Aku, dalam hidup aku pernah kenal dua orang yang sangat menjaga auratnya. Seorang perempuan dan seorang lagi lelaki.
Yang perempuan aku tidak ingat namanya kerana dia pernah menolak cintaku. Aku kenal dengannya sewaktu menyertai satu program khidmat masyarakat di sebuah universiti selatan tanah air dan ketika itu aku mengikuti kursus asas kefasilitatoran. Orangnya sangat comel dan berjilbab labuh. Sangat menjaga aurat sehingga tiada siapa, walaupun rakan sebilik yang pernah melihat rambutnya. Ke bilik air sekalipun masih bertudung litup.
Lelaki yang aku kenal yang sangat menjaga auratnya adalah rakan semasa di sekolah menengah yang bernama Luqman (bukan nama sebenar). Luqman tidak pernah memakai seluar pendek apatah lagi menanggalkan baju di di depan kawan-kawan.
Ke bilik air sekalipun Luqman akan berpakaian lengkap. Luqman akan menjadi manusia yang paling awal mandi atau yang paling akhir mandi, ketika tiada siapa-siapa. Pakaian kegemaran adalah seluar track hitam dan kemeja t putih yang labuh.
Oh, rupa-rupanya Luqman malu sebab badannya penuh kurap...
Aku pernah mengalami sejarah hitam dengan Luqman. Duit aku pernah hilang dan ada saksi yang mengatakan bahawa Luqman yang ambil. Lalu aku bersemuka dengan Luqman. Oleh kerana Luqman berbadan besar, aku dengan mudah ditundukkan dalam pertarungan itu. Haha.
Nasib baik Rauhunt datang dengan muka konon-konon cemas dan berlari-lari anak masuk ke dorm,.
"Weh, weh... Cikgu Lan naik weh!"
Aksi menyelamatkan yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Macam mana boleh terfikir nak bagi ayat macam tu. Budak cerdik ni. Patutlah sekarang tak habis-habis belajar. Kawan-kawan lain dah beranak pinak dia masih lagi belajar.
Terus pertarungan itu segera ditamatkan.
Lepas PMR, Luqman tiada lagi di sekolah itu. Aku kembali hidup aman.
moral of the story: tutup litup pun, kalau niat tak elok, akan terbongkar juga kurapnya.. hehe.
Bila tu kes mu ngan lukman? aku tok brp ingat ..dan siap ada aku dlm babak tu?
BalasPadamTp yg pasti aku ingat ttg kulit dia tu ..haha mmg menjaga aurat orgnya lukman nul hakim b zaid kamal
masa tu kita dok A11 lagi. form 2 aku rasa. kita belum join AC Milan lagi.
BalasPadamaku ingat. you're my hero lah.. hahah