Aku tidak tahu apa maksudnya dengan ketumbangan Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak. Namun apa yang aku tahu, kerja rakan-rakan di Perak akan bertambah mudah kerana bakal mendapat kerjasama daripada semua jabatan-jabatan negeri.
Walau apa pun, kerajaan Perak yang bakal terbentuk pastinya satu lagi kerajaan yang tidak stabil. Bila ramai katak-katak menyertai politik, beginilah jadinya. Lompat melompat tidak akan menyelesaikan masalah.
Mungkin selepas kerajaan Perak yang baru dibentuk, ada pula yang akan melompat-lompat lagi.
Pandangan peribadi aku, Perak perlukan kerajaan yang lebih stabil. Ada baiknya juga kalau Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan.
Jangan bagi peluang lagi kepada politikus yang suka lompat melompat.
kawe suko nengok parti kedua tertua kat malaysia nih...kuat sungguh pendirie demo...hok seko pung takdok yg nak lompak-lompak...
BalasPadamhok parti baru2 lo nih kuak melompak2...heheeh
Ada yang mengatakan salah Anuar yang mengajak untuk melompat parti, tetapi yang sebenaranya kerajaan BN yang mendahului perkara sedemikian. Buktinya apa yang berlaku disabah dahulu. Ramai dari parti bersatu sabah yang dahulunya pembakang telah diajak oleh BN melompat parti. jadi kepada rakyat seluruh malaysia renungilah dan bertaubatlah berfikir dengan waras demi kesejahteraan negara kita malysia..
BalasPadamalaa bn lompat parti kat sabah dulu tuh pun anwar la punya keje.
BalasPadamDulu berdoa mintak tuka kerajaan.
Skang nih tuhan dah makbulkan permintaan.
Sesungguhnya ape yg terjadi itu adalah qada dan qadar Allah S.W.T yg lebih tahu ape yg terbaik untuk kita semua.
So tahniah kepada anwar doa dia untuk menukar kerajaan telah termakbul
kalo org parti melompat2 tukar barisan.. org kerajaan pong melompat2 jugak.. melompat pencak silat nak layan karenah pemimpin yg rencam asam garamnya
BalasPadam