Rabu, 11 Februari 2009

Hospital Swasta Atau Hospital Kerajaan

Hari ini aku ingin bercerita fasal kesihatan. Kita sewajarnya menjaga kesihatan kita dengan baik. Lakukan senaman dengan kerap dan berjadual serta makan daripada makanan yang halal dan baik (halaalan toyyiban).

Namun sihat atau sakit itu datang daripada Allah. Hari ini kita sihat, bersenam dan makan makanan yang baik, esoknya kita sakit. Kuasa mutlak adalah pada Allah. Bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi.

Bila kita sakit, ke arah mana kita tuju? Hospital kerajaan/awam atau ke hospital swasta?

Ramai yang mampu, akan ke hospital swasta. Apabila hospital swasta tidak mahu memburukkan rekod perkhidmatan mereka dengan banyak kematian di hospital tersebut, ia akan hantarkan pesakit ke hospital awam juga. Perlu mati di hospital awam juga. Bermandi air mutlak juga. Berkafankan kain putih juga. Disembahyangkan juga (tidak pernah ada yang bangun sembahyang sendiri). Masuk kubur yang tidak berhawa dingin juga.

Maka bagi mereka yang ingin dirawat dengan  mesra bagi menghilangkan sakit mereka, hospital swasta akan menjadi pilihan. Itupun kalau mampu membayar bil yang tinggi itu. Kalau tidak mampu dan masih lagi berharap untuk mendapat layanan istimewa, maka mereka akan membeli insurans untuk mendapat manfaat rawatan hospital itu.

Aku sendiri lebih suka memilih rawatan di hospital awam. Salah satu sebabnya adalah kerana ia ditanggung oleh majikan. Dan sebab-sebab yang lainnya adalah kerana hospital awam adalah hospital yang tidak mementingkan wang ringgit dalam perkhidmatan mereka. Apa saja yang kakitangan hospital lakukan adalah kerana untuk merawat kita, bukan kerana kita membayar bil yang mahal. Dengan kata lain, keikhlasan mereka lebih berbanding hospital swasta. Ya, ya, mereka kerja sebab dibayar gaji. Aku tahu itu.

Aku tahu ramai yang akan menentang dan mendedahkan keburukan rawatan di hospital awam. Tapi aku bersyukur, dengan hospital awam inilah kesihatan sebahagian besar rakyat Malaysia terjaga. Hospital swasta hanya untuk yang berduit dan perasan banyak duit sahaja.

Apa pentingnya layanan istimewa semasa menerima rawatan?

Bagi aku, masa sakit adalah masa untuk bermuhasabah diri. Adakah kita masih mengingati Allah atau kita mudah lupa dengan nikmat kesihatan yang diberikan sebelum itu.

Caranya mudah. Kalau kita lupa dengan nikmat kesihatan itu, pastinya kita sentiasa mahu dilayan bagus-bagus, sepertimana layanan yang kita terima semasa kita sihat.

Kalau kita tidak lupa, pasti kita terfikir, oh, sudah lama aku tidak sakit, hari ini  Allah menguji aku dengan sedikit kesakitan dan layanan yang tidak mesra daripada kakitangan hospital awam ini. Aku bersyukur sebelum ini aku sihat dan menerima layanan-layanan mesra dari orang sekelilingku.

Orang tua-tua pesan, masa sakit itu Allah mahu memberi ingat bahawa kita telah lama sihat. Jadi kalau kita ingat itu, kita akan bersyukur. Aku cadangkan begini. Bersyukur dengan bersedekah pasti lebih baik.

Daripada masuk ke hospital swasta dan bayar RM4000, lebih baik masuk hospital awam dan bayar RM40. Selebihnya itu, bersedekah atau adakan majlis kesyukuran atau doa selamat. Pasti itu lebih baik bukan? Itu tandanya kita bersyukur.

Atau, daripada mencarum RM100 sebulan dalam insurans semata-mata untuk dapat manfaat rawatan di hospital swasta, apakata menabung di Tabung Haji untuk menunaikan haji?

Sebelum ini aku mencarum RM108 sebulan sejak 2004 semata-mata untuk manfaat kesihatan itu, tapi selepas terfikir akan hal syukur tidak bersyukur; swasta vs awam ini, aku hentikan caruman itu, dan buka akaun Tabung Haji.

Ada yang lebih penting daripada mendapat layanan istimewa di hospital swasta.

Oh, entri ini adalah respons kepada promosi insurans Bard. Haha. Saja nak bagi Bard susah hati dan berkemungkinan terasa jaki dengan aku.

20 ulasan:

  1. ala...mcm tau2 jer org nak tanya dia pasal insurans prudential nih....aduyai...

    BalasPadam
  2. honey - nak tau pasal insurans prudential?? jengok la ke blog saya http://badrulhafiz.blogspot.com

    leLabu - aku akui memang hospital kerajaan sekarang nie pun service dia dah meningkat naik.. ramai yg salah faham amik insurans coz nak gi hospital swasta.. bukan itu macam la kawan.. sebab apa aku amik insurans?? aku pernah keja kat hospital dulu.. so aku didedahkan la jugak dengan caj2 pembayaran dan sebagainya.. didapati walaupun kita nie keja gomen, kos rawatan tidak ditanggung sepenuhnya.. contohnya kalau kena implan apa2.. kos alat ganti tersebut tidak ditanggung.. hanya kos pembedahan ditanggung.. dah ramai yg aku jumpa menghadapi masalah kewangan di saat akhir mereka benar2 memerlukan untuk menyelamatkan nyawa insan tersayang..
    apa-apapun korang ada otak.. bak kata 'nabil' lu pikirla sendiri.. hihihi

    p/s.. tabung haji masuk.. insurans pun masuk.. bekerjalah seolah2 akan hidup seribu tahun lagi.. beribadah lah seolah2 akan mati esok hari.. betul tak?

    BalasPadam
  3. rileks la bro. gua saja nak bagi lu hangat.

    gomen cover utk caj rawatan saja. itu gua tahu. mcm lu beli kereta, free servis tu utk labour charge saja. spare part tak kira. sama la dgn tanggungan perubatan gomen pun.

    tapi betul ke dengan insurans lu ni cover dgn kos spare part sekali? spare part tu plak senang ker nak cari? pikiran jahat aku kata: dia cover mungkin sebab dia tahu spare part susah nak cari. hehe.

    tp kalu gomen, katakan lu sakit buah pinggang kena cuci tiap-tiap minggu, kos cuci tu gomen cover. yerla, sementara lu dpt spare part tu. hehe.

    walau apapun, gua tak nafikan yg ada pentingnya jgk insurans nih.

    bro, lu nak jual insurans kena ada jawapan utk orang2 skeptik dan pesimis macam gua ni..

    BalasPadam
  4. untuk makluman tuan.. insurans juga men'cover' caj2 untuk ganti spare part.. bagi prudential bsn takaful.. caj co-insurance dikenakan sebanyak 10% ke atas bil perubatan.. tertakluk minimum RM 300 dan maximum RM 1000.. bermakna sekiranya bil tuan kurang daripada RM 3K.. tuan still kena caj RM 300 dan sekiranya bil tuan lebih daripada RM 10K tuan hanya dikenakan caj RM 1K..

    untuk makluman tuan .. saya tidak jual insurans.. wife saya yg jual.. saya hanya ingin share benda yg baik agar sahabat2 saya mendapat manfaat dan bagi mengelakkan sesuatu yg tidak diingini berlaku..

    tuan juga sendiri pernah memberi comment berkenaan perkhidmatan di hospital kerajaan.. rujuk artikel tuan http://lelabu.com/blog/2007/10/30/dr-hospital-balik-pulau-macam-celaka/

    sehubungan dengan itu, segala kemusykilan boleh diajukan kepada saya untuk penjelasan selanjutnya..

    sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  5. gua penah tidak puas hati dgn servis seorang dr. bukan dengan servis sebuah hospital. sangat berbeza antara dr dan hospital.

    gua x nafikan insurans penting. sama-samalah kita menghebahkan insurans ini. nak masuk x nak masuk kena pikir sendiri. insurans bukan untuk hospital sahaja kan? pasti ada manfaat lain lagi.

    cuma kalo masuk insurans semata-mata nak dapatkan manfaat hospital tu, gua kena pikir dua tiga kali lagi. gua setakat ini telah kembali yakin dgn perkhidmatan hospital kerajaan. kalo gua yg keja gomen tak yakin dgn servis gomen, mcm mana org awam nak yakin dgn servis gomen.

    gua rasa mcm bertanggungjawab mempromote servis gomen. kalo byk syarikat insurans promote hospital swasta secara tidak langsung, gua dgn ini mengisytiharkan yang gua sedang mempromote hospital kerajaan.

    sekian, terima kasih. heheh.

    BalasPadam
  6. kalau untuk bersalin .. memang disyorkan pergi ke hospital kerajaan.. coz insurans yg cover utk bersalin amat terhad dan dgn syarat2 yg kurang munsabah.. produk utk bersalin nie setahu aku.. MAA Master Wanita dan Takaful Puteri.. tapi xberbaloi..

    hospital kerajaan sekarang nie pun memang dah banyak baguih kalau nak banding dgn dulu.. tambahan pulak hospital2 yg menggunakan bangunan baru.. kalah hospital swasta.. nak kata lama menunggu.. standard la.. dah patient ramai.. swasta pun sama je.. xde org komplen pun..

    aku sokong hospital kerajaan gak..

    BalasPadam
  7. Ayh aku keje gomen sepanjang career die..
    Aku juga anak hosp. k'jaan dgn herge RM8 je caj bayaran tp dpt gynaecologist yg terbaik di perak..

    Hosp swasta pun ramai.. Aritu aku gi Sentosa Hosp, masuk kul 9, kul3 baru settle sumer sb ade blood test..nurse2 die pun garang..lebih kurang jer mcm org govt..

    Lebih baik gi hosp.swasta, FOC..

    Pergila PPUM, pentadbiran die efisyen..

    BalasPadam
  8. setuju.

    PPUM mmg best.

    doktor pelatih yg comel dan mesra dgn pesakit lelaki.

    BalasPadam
  9. jgn dork galak la....

    pasal laki mcm ang la ......

    ramai pelatih nursing............
    yang jadik x tahwan!!!!!!!!!

    BalasPadam
  10. ada client pernah tanya saya, kenapa orang kaya makin kaya.

    because they have proper financial planning.

    walaupun kaya mereka ada medical card. cover hospitalisation.

    bukannya mahal just RM100 sebulan untuk coverage Rm500K.

    itu la duit mereka tak habis.

    kita Rm100 pun berkira, masuk hospital makin habis duit

    BalasPadam
  11. kalau anda lari dr insurans konvensional, tahniah sy ucapkn..
    tp klau anda lari dr takaful, takziah sy ucapkan..
    berbeza dgn insurans,
    konsep takaful adlh menderma..smbil bantu antara satu sama lain..
    anda dpt pahala setiap bulan..

    berapa byk yg anda derma kn kpd msjid @ rumah anak2 yatim sebulan sekali?
    pernah cecah 50? atau duit merah pun tak berani nk bagi..?

    atau....brape byk yg anda habiskn dgn cikaro?wayang,modified keta, etc??


    pernah sekali masuk paper, skrg ni ramai indon & bangla pn beratur utk dptkn khidmat hospital kerajaan..terpaksala kite beratur dgn mereka..
    min 3 bulan klau nk dpt rawatan kanser..
    tak sempat nk berubat, dh pergi tak kembali..
    harap2 sempat bertaubat. tp make sure takde tinggalkan hutang kt famili.

    BalasPadam
  12. Err... orang kaya makin kaya,
    Org miskin makin banyak alasan..bukan tuan punya blog ni...
    salah gov juge sebab lambat nak perbaiki mutu gaji rkyt msia ni...

    Aku kerja swasta...Wife aku ada insuran konvensional ..lepas bersalin dpt duit RM450 benefit bersalin..pastu aku tukar wife punya pada takaful...

    Bab bersalin wife aku prefer k`jaan sebab kalau swasta mahal tapi sakit tetap sama...tapi kalau sakit selain bersalin aku perlukan medical card utk gi hospital swasta..lebih cepat dan tak perlu menunggu, nak ada kabellah (kalau dgn gomen- dah ada pengalaman ngan kisah mak mentua aku)..

    kalau nak buat pilihan cari medical card yg tak buat itemised..biar semua masuk.

    yang penting jgn bersifat general terhadap semua perkara...siasat tul-tul.

    Anak perempuan aku amikkan insuran sejak umur dua bulan..tahun kedua admit hospital swasta sebab demam teruk..percutian 3 hari 2 mlm tu kena charge rm1800...semua free...alhamdullilah mudah sebab usaha untuk mengelak susah di lain hari nampak hasil...la ni anak aku dah umur tujuh tahun...tengok duit cash yang boleh kasi keluar dia dlm insuran kira alhamdullilah..mana tahu dia nak pergi Konvoi Pandu Puteri kat Phillipines ke masa tingkatan 3..duit kos aku korek dari situ je..jimat duit simpanan aku...heheh

    Ada rakan bujang aku berkeras tak nak beli insuran katanya kalau dia mati pun masatu mak bapak dia tentu dah tua sangat tak perlu duit pampasan insuran...laa aku tanya balik "sekarang ni ko bagi duit , kalo ko takde? dan yang pentingnya..kenapa ko cakap mcm ko yakin sangat esok ko masih hidup?" diam dia jap...life has it`s uncertainties dan di tambah pula ramai yang mungkin bergantung pada kita...jadi kita pikiaqlah sendiri

    tabung haji tabung haji jugek...zakat pendapatan ada buat juga kaa?

    BalasPadam
  13. Err... orang kaya makin kaya,
    Org miskin makin banyak alasan..bukan tuan punya blog ni...
    salah gov juge sebab lambat nak perbaiki mutu gaji rkyt msia ni...

    Aku kerja swasta...Wife aku ada insuran konvensional ..lepas bersalin dpt duit RM450 benefit bersalin..pastu aku tukar wife punya pada takaful...

    Bab bersalin wife aku prefer k`jaan sebab kalau swasta mahal tapi sakit tetap sama...tapi kalau sakit selain bersalin aku perlukan medical card utk gi hospital swasta..lebih cepat dan tak perlu menunggu, nak ada kabellah (kalau dgn gomen- dah ada pengalaman ngan kisah mak mentua aku)..

    kalau nak buat pilihan cari medical card yg tak buat itemised..biar semua masuk.

    yang penting jgn bersifat general terhadap semua perkara...siasat tul-tul.

    Anak perempuan aku amikkan insuran sejak umur dua bulan..tahun kedua admit hospital swasta sebab demam teruk..percutian 3 hari 2 mlm tu kena charge rm1800...semua free...alhamdullilah mudah sebab usaha untuk mengelak susah di lain hari nampak hasil...la ni anak aku dah umur tujuh tahun...tengok duit cash yang boleh kasi keluar dia dlm insuran kira alhamdullilah..mana tahu dia nak pergi Konvoi Pandu Puteri kat Phillipines ke masa tingkatan 3..duit kos aku korek dari situ je..jimat duit simpanan aku...heheh

    Ada rakan bujang aku berkeras tak nak beli insuran katanya kalau dia mati pun masatu mak bapak dia tentu dah tua sangat tak perlu duit pampasan insuran...laa aku tanya balik "sekarang ni ko bagi duit , kalo ko takde? dan yang pentingnya..kenapa ko cakap mcm ko yakin sangat esok ko masih hidup?" diam dia jap...life has it`s uncertainties dan di tambah pula ramai yang mungkin bergantung pada kita...jadi kita pikiaqlah sendiri

    tabung haji tabung haji jugek...zakat pendapatan ada buat juga kaa?

    BalasPadam
  14. Yaa btul, hospital kerajaan mmg murah dan ikhlas memberi layanan..tp kalo kita dtimpa musibah,nk difikirkan agak krital jgk laa, tp bila smpi hospital kerajaan, selama 4 atau 5 jam kena tgg,smbil menahan sakit..atas alasan,ada lg pesakit yg krital..sanggup ke saudara menahan sakit yg amat hanya utk mdapatkan rawatan yg tak smpi 5min pun bila masuk jmpa doktor..tgg nyer 5 jam,masuk jmpa doktor 5min jer pastu kluar amik ubat next dtg blk jmpa doktor.. Berbaloi kalo bayar mahal pun kat swasta,selesa dan mesra sekurang2 nyer bleh laa kurang kan sakit..
    Saudara mungkin tak penah langsung masuk hospital swasta kot,sbb tu saudara berkata demikian,cuba kalo saudara masuk hospital swasta,silap2 taknk balik kang..

    BalasPadam
  15. Hospital kerajaan hampeh dan buang masa!!!!

    BalasPadam
  16. Beza nyer sgt ketara..
    Masuk Hospital Kerajaan mmg murah, tp nk masuk kena ada refer letter dpd klinik. Daftar beratur panjang,tgg nk jmpa doktor smpi 5 ke 6 jam, masuk bilik doktor tak smpi 5 min pun, doktor kata takda apa2 or "its normal.." Agak2 daa nazak baru laa diaorg terhegeh2 nk admit dlm wad,tp sume nyer daa tlmbt..
    Masuk swasta plak,walaupun mahal tp berbaloi,yg berakal panjang dan bijak akan amik insurans,senang masa depan diaorg..beratur panjang?? susah nk tgk bila kat hospital swasta org beratur.. hospital kerajaan kata "hmm takda apa2 ni, its normal.." tp hospital swasta kata, "esok u admit ward,lusa kita akan buat surgery,teruk daa ni.." So, which one da best??

    BalasPadam
  17. tu le sayang je RM 100 , tapi nanti kalau eksiden tesadai kat hospital gomen sebab tade dr , kemane jugak ye nak pegi.pehtu abih plak duit yang di simpan bertahun tahun . pehtu seperti biasa tuding jari sane sini , hospital swasta salah cekik darah semua.

    Common sense la , income protection ,saving/investment protection dan health protection mesti ada.

    RM 100-200 untuk medical card/protection untuk benda yang penting nampak besar kan , tapi kalau rokok sehari sekotak dah 300 da sebulan.

    sekali pi tesco dah abih 100-200 padahai mende yang dibeli tak pakai pun.

    pegi haji yes simpan mende wajib tu , tapi kalau udah sakit takleh tahan gi hospital swasta takde ke duit tabung haji tu jugak diambil buat bayar bil? jadi ape kate buat financial planning secara bijak .

    BalasPadam
  18. aku da banyak kali masuk hospital...start kat hospital kerajaan hospital serdang..mmg bagus doktor bagus,nurse bagus..facilties bagus mmg puas hati.aku masuk kelas 1 bayar rm50 sehari..cuma utk pembedahan mmg kena tanggung kos sparepart tapi kos lain smua takde mahal pun... dalam 5k total je tp kena cancel pasal ada orang lagi kritikal...padahal aku dah kat wad ni esok nak operate...zzzzzzz..pastu aku g pusrawi lak...kena tahan wad 2minggu+fisio terapi..dua kali masuk pusrawi..bilik 4katil sebilik sama mcm kat hospital serdang dan sekali kelas 1 (1katil/bilik) ...smua benda sama facilities apa kejadah sgala smua sama takde beza dgn hospital serdang..cuma staff aku tgk sangat bersabar yelah bayar kan..kos jadi 20k kalau kat hospital kerajaan 5k tapi kena tunggu tah bila baru boleh aku jalan...pastu aku kena admitted ke sri kota medical..amek vip room..smua nye takde beza dgn hospital serdang dan pusrawi..padstu aku masuk ke hospital klang ampuan rahimah..wad kelas 3...mmg dasyat la..ngeri lah..pasal nurse kuang ajar smua cukup la tp nak buat mcm mana dah free..emergency case takleh nak pilih2 wad kalau bleh pilih aku pilih....lagi pun bukan aku yg kena marah2 dgn nurse kuang ajar...so aku tak komplen apa2 pun cuma facilties masih kelakar lagi la mcm zaman purba..asal mintak pape dorang kate takde kena bawak sendiri dari rumah smua la even botol nak kencing pun dorang taknak bagi..hahahahah...so aku tukar ke wad kelas 1..bayar rm50 sehari..trus puas hati..tekan panggil2 nurse selalu pun tak kena marah2 siap offer nak tolong aku if nak buang air lagi ..kat wad free takde benda tekan2...kena jerit pekik panggil pastu datang dgn kasar orang da takleh gerak dia paksa gak bagi gerak sakitnye tuhan je tau..lepas pindah wad kelas 1 takde komplen dah..smua okay...rm50 tu sangat berbeza..serius..pastu aku ke KPJ SMC ramai dia sama gak mcm hospital gomen menunggu smua sama lama ...utk pembedahan pun kena tunggu gak 1bulan 2 bulan mcm tu pasal bukan alasan ada pesakit lagi kritikal tapi pasal sparepart kena import dari luar negara payah nak cari..kalau nak cepat kos sparepart jadi mahal gila babi...kalau nak murah so tunggu je lah...sama je dgn hospital kerajaan...kena tunggu jugak...cuma hospital kerajaan xde duit ada duit tetap tunggu...swasta kalau ada duit lagi byk lagi cepat..hahaha..tu pengalaman aku la..tp KPJ SMC aku rasa berbaloi la dgn setiap sen spent ...owh mcm mana aku boleh kluar masuk hospital? aku ada insurans..so kalau korang rasa korang tak berapa sihat tu pikir2 kan lah...kalau kena kat korang, korang rasa mampu ke cari 20k, 15k ,setiap kali kena operate dan operation kena cepat pasal takleh tunggu lama....so korang pikir la...kalau rasa sihat tubuh badan takpayah amek...baik modified krete kan? hahhahah...aku sangat syorkan amek la..sape pun taktau apa jadi esok lusa...kisah benar ni...berbaloi-baloiiiii!!!!!

    BalasPadam
  19. owh...satu g aku lupa buat point menarik kalau kat hospital govt dorang klau tak serius sgt dorang just chill je bagi makan ubat n tahan 2, 3 hari tgk asal nampak sinar2 nak sembuh dorang da discharge (ramai lagi nak pakai katil)....tp kalau kat swasta...benda asal boleh operate/ proceudre nak repair dorang akan syorkan kadang2 demam pun tahan seminggu konon suspek denggi( dapat duit dari insurans)..asal boleh even minor dorang akan syorkan procedure....nak kata cekik darah boleh atau nak kata rawatan terbaik kononnye pun boleh ,terpulang..pasal dorang just boleh syorkan...tapi pilihan kat tangan kita....tanya doktor apa kaedah rawatan terbaik utk sakit tu..pastu tanya ada cara lain lagi ke atau ada cara terbaik ke(selalunye mahal)..pastu decide sendiri smua...terpulang..kadang2 aku minta 2,3 cara rawatan..pastu lepas pikir pro n con baru aku pilih mana aku nak...so jangan dengar kata doktor bulat2 je, insist jugak nak tahu kaedah rawatan lain selain yang dia dok syorkan konon2 terbaik tu.. ..ingat dorang pun cari makan gak.kalau nak lagi best dapat kan 2nd opinion dari doktor lain ke atau buat bacaan kat internet skrang banyak gila bacaan google je..kalau kat hospital gomen takyah risau la kalau takde pape sangat dorang discharge je....kalau kat swasta tu yg byk pilihan rawatan tetiba serabut otak pikir mana satu nak pilih..kena bijak pilih la...ikut kemampuan (coverage insuranse) heheheh..

    BalasPadam
  20. aper la...boleh pulak fikir macam tu...kita nak yang kebih baik dan lebih baik.memangla kate hospital kerajaan bagus , tak la pulak nak kater hospital gomen ni tak bagus, sana lagi banyak pakar tapi masalah nya, kita nak keselesaan, kecepatan.agaknya abang ni tak penah kena lg macam excident ke aper ke...skali dah kena, abang tunggu la 5 jam kat situ, last2 skali cuci luka ngan panadol 1 bundle.berbaloi ke...saye lebih syang masa sy dari duit sy.asalkan selesa dan tak membazir masa ...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...