Selasa, 17 Februari 2009

Sayangi Ibubapa Anda

Selagi kita tidak merasai sendiri sesuatu itu, kita tidak akan sedar betapa berharga dan bermaknanya ia.

Kita tidak pernah mengambil endah bila ibubapa kita memarahi kita setiap kali kita bermain hujan, atau bermain tengah panas, atau bermain di tempat-tempat kotor. Oh, itu contoh yang aku boleh bagi. Mungkin bagi budak-budak sekarang tiada lagi istilah main hujan dan sebagainya. Mungkin budak-budak sekarang lebih suka duduk di rumah bermain Playstation.

Aku biasanya setiap kali disuruh balik ketika sedang leka bermain, akan berasa sangat tidak puas hati dan menunjukkan sedikit tingkahlaku protes. Terasa seperti ibubapa kita cuba merenggut kebahagiaan kita, kegembiraan kita.

Rupa-rupanya ibubapa kita sangat sayangkan kita dan bimbangkan keselamatan dan kesihatan kita.

Bila kita bermain hujan atau berpanas, kita sebagai budak-budak mudah untuk jatuh sakit atau demam. Dan bila kita demam, ibubapa kita akan berasa sangat susah hati.

Ketika kita demam, kita tidak tahu betapa gusarnya hati ibubapa ketika itu.

---------------------------------------------

Minggu lepas Izz demam sampai seminggu. Gusi bengkak dan berdarah serta sakit kerongkong. Izz tak boleh minum susu sebab sakit mulut. Biasanya Izz habiskan dalam 5-6 botol susu setiap hari. Tapi masa demam itu Izz cuma minum sebotol saja sehari. Langsung tak makan apa-apa.

Aku pula berada jauh dari Izz. Dapat menjenguk Izz bila hujung minggu saja. Perasaam risaukan keselamatan anak ini kadang-kadang membuatkan aku rasa sangat sedih. Tapi demi khidmat kepada negara, aku tabahkan hati.

Saat itulah aku mula rasa, beginilah perasaan ibubapa aku ketika aku demam dulu. Perasaan risau yang teramat dan bimbang yang Tuhan saja tahu. Kalau aku tahu begini perasaannya, pasti dulu aku akan selalu mengikut sahaja apa kata ibubapaku.

Ini baru seorang anak. Bila anak bertambah, kerisauan dan kebimbangan itu mungkin akan bertambah. Mungkin juga inilah yang dikatakan kasih sayang ibubapa kepada anak-anak. Selalu inginkan anak-anaknya berada dalam kesihatan dan keselamatan.

Huh. Jadilah seorang ibu/bapa untuk memahami perasaan ibubapa kita!

Aku insaf dan tidak mahu jadi anak derhaka. Biarlah ramai yang menderhaka di Perak sahaja.

5 ulasan:

  1. Totally agree with you..
    Lagi ramai anak, lagi bertambah kerisauan..
    Walaupun aku tak de anak lagi, tapi dulu aku asuh adik aku..anta die n amik die gi sekolah, pastikan die makan, mandi, buat kerja sekolah..Bile die da boleh berdikari, aku plak yg risau bile die tak lagi perlukan aku.. Perasaan seorang kakak pun cmni, apetah lagi jadi ibu/bapa...

    BalasPadam
  2. untuk kebebasan dari kerisauan.. amiklah insurans.. hehe

    BalasPadam
  3. Pe hal lak ada ujungnya derhaka di Perak? Orang menderhaka di Perak ke? Kisah si Tenggang di Perak ke? Ke politik punya hal? Derhaka ke orang yg mempertahankan hak mereka?

    BalasPadam
  4. Pe hal lak ada ujungnya derhaka di Perak? Orang menderhaka di Perak ke? Kisah si Tenggang di Perak ke? Ke politik punya hal? Derhaka ke orang yg mempertahankan hak mereka?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...