Isnin, 30 Oktober 2006
Rahsia Suami
Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya.
"Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita? "
Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab "Sayang , setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai tanda penyesalan. "
Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya.
Kemudian Sue bertanya lagi, " Tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ? "
Dengan suara terketar-ketar suaminya menjawab, "Setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ."
Ahad, 29 Oktober 2006
Jam Tiruan
"Seribu ringgit," jawab lelaki itu dengan bangga.
"Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?"
Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab, "Di sinilah!"
Sabtu, 28 Oktober 2006
Nasi Kandar Line Clear
- nasi kandar Line Clear yang tersohor di Penang letaknya hanyalah di lorong antara dua bangunan.
- bermula sejak dahulu, zaman jamban pakai bucket.
- asal usul nama Line Clear : bila nak buka kedai pagi-pagi, kena tunggu pengangkut najis habis kerja, sebab lorong tadi menjadi laluan pengangkut najis. Bila kerja pengangkut najis telah selesai, maka bertempiklah pekerjanya, " Okey, Line Clear!". Semua pun mulalah menyusun meja dan sebagainya untuk mulakan perniagaan.
- Line Clear hanya menyediakan hidangan nasi kandar yang tersedap di Penang.
- bila ambil order, pelayan akan berkata, "Line clear!". Maksudnya, OK.
- pekerja-pekerja Line Clear orang sama dari dulu sampai sekarang, jangan harap akan jumpa pelayan yang cantik molek. Restoran nasi kandar di seluruh Penang tak pernah ada pelayan perempuan. (yer ker?)
Line Clear boleh survive sampai hari ini. Purata harga makanan setiap orang dalam RM7.00 sekali makan. Line Clear dibuka 24 jam sehari. Pengalaman aku, Line Clear yang boleh memuatkan hampir 50 orang satu-satu masa, dan setiap masa penuh. Cubalah kira berapa keuntungan setiap hari.
Fikir-fikir, macam mana Line Clear boleh survive dan menarik pelanggan. Mungkin servis diorang yang memang baik. Nak makan nasik kandar, mai Penang, pi Line Clear!
~leLabu~
Jumaat, 27 Oktober 2006
Kurang Cocok
Calon 1
- Apa nama?
- Erni
- Umur berapa?
- 22 tahun tuan.
- Berkahwin atau belum?
- Ahh..tuan... masih bujang.
- Kenapa tak kahwin?
- Belum ada yang COCOK.
Calon 2
- Apa nama?
- Esah
- Umur berapa?
- 24 tahun tuan.
- Berkahwin atau belum?
- Sudah tuan...sudah ada yang COCOK.
Calon 3
- Apa nama?
- Piah
- Umur berapa?
- 23 tahun tuan.
- Berkahwin atau belum?
- Ahh..tuan...sudah bercerai.
- Aii..muda-muda lagi dah bercerai?
- Kurang COCOK tuan...
nota: Cocok sama ker dengan cucuk?
Khamis, 26 Oktober 2006
Usahawan Di Sisi Islam
Post kali ini adalah untuk memberi motivasi kepada yang baru nak berjinak-jinak dalam perniagaan atau keusahawanan. Tidak kiralah usahawan online atau offline.
Usahawan berkait rapat dengan bidang perniagaan. Dari perspektif Islam, perniagaan mempunyai ciri tersendiri. Perniagaan atau tijarah dalam bahasa Arab bermaksud ‘pertukaran’.
Ibn Khaldun mentakrifkan perniagaan mengikut istilah muamalat Islam sebagai usaha untuk mendapatkan keuntungan dengan mengembangkan harta secara membeli barang dengan harga murah dan menjualkannya dengan yang lebih, sama ada barang itu tepung, tanaman, binatang ternakan atau kapas. Kadar yang lebih itulah yang dinamakan untung.
Ada beberapa ayat dalam al-Quran menyentuh mengenai perniagaan. Perkataan perniagaan di dalam al-Quran ini boleh ditafsirkan sebagai pelaksanaan dakwah atau perniagaan sesama manusia.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta berjuang membela agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
“Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta tempat tinggal yang baik dalam syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar.†(Surah as-Saff, ayat 10 hingga 12)
Mengikut ayat di atas Allah menjanjikan syurga kepada orang yang berniaga barangan Allah dan barangan Allah ialah berdakwah.
Perniagaan di antara kita dengan Allah adalah perniagaan yang tidak mengalami kerugian. Namun, perniagaan dengan manusia ada masa menguntungkan dan kerugian.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah, mendirikan sembahyang dan mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terang, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.†(Surah Faatir, ayat 29)
Semua mukmin amat beruntung jika mereka berniaga dengan Allah. Perniagaan yang hakiki ialah berniaga barang Allah iaitu berdakwah ke jalan-Nya. Barang dakwah ini walaupun tidak laku, kita masih mendapat keuntungan daripada Allah.
Amalan perniagaan menunjukkan tiga perkara yang berkaitan iaitu adanya proses membeli, menjual dan bertujuan mendapatkan keuntungan.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Saudagar atau perniagaan yang amanah, benar, menghayati tuntutan Islam akan ditempatkan bersama dengan syuhada pada hari kiamat kelak.â€
Seluruh ulama sependapat perniagaan adalah suatu bentuk muamalah yang fardu kifayah dalam Islam. Maka, beruntunglah orang yang menjalankan perniagaan menurut batas yang ditetapkan oleh Allah dan rasul-Nya kerana Allah menjanjikan syurga kepada golongan sedemikian.
nota: Senang cerita, dalam mengejar keuntungan dunia, jangan lupa berdakwah, nanti dua-dua dapat. Keuntungan perniagaan dapat, syurga pun dapat. Wallahu a'lam.
Rabu, 25 Oktober 2006
Jiran Miskin
Dengan tergopoh-gopoh Neva yang masih kecil itu masuk ke rumah.
"Ayah....Ibu ...!!" teriaknya.
"Jiran kita itu pasti orang miskin ....."
Si Ayah dan si Ibu sangat terkejut mendengar katanya itu kerana sesungguhnya daerah tempat tinggal mereka adalah daerah orang yang berada.
"Mengapa kamu mengatakan begitu, sayang?"
"Sebab, mereka sudah kecoh hanya kerana anaknya menelan duit syiling lima puluh sen."
Selasa, 24 Oktober 2006
Selamat Hari Raya
Aku juga ingin memohon maaf di atas segala keterlanjuran semasa menulis di blog ini. Kalau ada yang terluka, terguris, tersentuh, tertakpuas hati, terasa nak marah, aku dengan rendah diri memohon keampunan daripada semua.
Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu atas kelemahan diri aku sendiri.
Selamat Hari Raya Idilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas,
~leLabu~
nota: Automatic post. Aku sedang beraya di kampung, di Kota Bharu, Kelantan.
Isnin, 23 Oktober 2006
Panggilan Kecemasan
"Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!"
Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap... dari tingkat 13 itu.
Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak tidak ada isteri..
Setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar yang dia belum berkahwin..
Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar..
Ahad, 22 Oktober 2006
September 11 - Conspiracy?
Check this out - make sure you do the Microsoft Word thing at the end. Read below.
- New York City has 11 letters
- Afghanistan has 11 letters.
- Ramsin Yuseb (The terrorist who threatened to destroy the Twin Towers in 1993) has 11 letters.
- George W Bush has 11 letters.
- Antony Blair has 11 letters.
This could be a mere coincidence, but this gets more interesting:
- New York is the 11th state.
- The first plane crashing against the Twin Towers was flight number 11.
- Flight 11 was carrying 92 passengers. 9 + 2 = 1 1
- Flight 77 which also hit Twin Towers was carrying 65 passengers. 6+5 = 11
- The tragedy was on September 11, or 9/11 as it is now known. 9 + 1 + 1 = 11
- The date is equal to the US emergency services telephone number 911. 9 + 1 + 1 = 11.
Sheer coincidence?! Read on and make up your own mind:
- The total number of victims inside all the hi-jacked planes was 254. 2 + 5 + 4 = 11.
- September 11 is day number 254 of the calendar year. Again 2+ 5 + 4 = 11.
- The Madrid bombing took place on 3/11/2004. 3 + 1 + 1 + 2 + 4 = 11.
- The tragedy of Madrid happened 911 days after the Twin Tower incident.
Now this is where things get totally eerie:
The most recognised symbol for the US, after the Stars & Stripes, is the Eagle. The
following verse is taken from the Quran, the Islamic holy book:
"For it is written that a son of Arabia would awaken a fearsome Eagle. The wrath of the Eagle would be felt throughout the lands of Allah and lo, while some of the people trembled in despair still more rejoiced: for the wrath of the Eagle cleansed the lands of Allah and there was peace." That verse is number 9.11 of the Quran.
Still unconvinced about all of this?! Try this and see how you feel afterwards, it made my hair stand on end:
Open Microsoft Word and do the following:
- Type in capitals Q33 NY. This is the flight number of the first plane to hit one of the Twin Towers.
- Highlight the Q33 NY.
- Change the font size to 48
- Change the actual font to WINGDINGS
What do you think now?!
----------email tamat di sini------------------
nota: Seorang kawan mengirimkan email. Aku tak tahu la mana dia dapat email ni. Tapi bila aku cari dalam Al-Quran, takder pun ayat macam kat atas tu. Nampak macam ayat Bible jer. Tak eloklah mencemarkan kesucian Al-Quran. Ini mungkin email nih bukan orang Islam yang sebarkan, tapi musuh Islam. Yang hairannya, kita yang Islam ni dok sebar tanpa usul periksa. Apa pendapat kawan-kawan?
Sabtu, 21 Oktober 2006
Beranak Dalam Lif
"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hostipal".
"Tak maulah doktor, saya malu.."
Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk
punya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"
Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak.... Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.
Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....
nota: Automatic post. Ketika ini aku dalam perjalanan balik kampung.
Jumaat, 20 Oktober 2006
Zakat Fitrah Jangan Dilupa
Hari ini elok kita belajar sedikit pasal zakat. Banyak jenis zakat tetapi hari ni kita khususkan kepada zakat fitrah. Hari raya pun dah dekat, jangan lupa pulak nak bayar zakat fitrah.
Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri, keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Nilai zakat fitrah ditetapkan oleh pemerintah agama setiap negeri berdasarkan harga segantang beras (2.6 kg) /makanan ruji (ini kita ikut mazhab Hanafi, kalau ikut mazhab Syafi'i kena bagi segantang beras/makanan ruji sesuatu tempat).
Pada kebiasaannya ketua keluarga akan membayar kepada amil di masjid yang berdekatan dalam bulan Ramadhan.
Kalau bayar kepada fakir miskin pun boleh juga. Banyak lagi asnaf-asnaf yang boleh terima zakat. Sapa-sapa student yang tak boleh balik kampung sebab takder duit tambang pun boleh pergi pejabat agama minta duit zakat.
Waktu membayar (perkataan membayar digunakan sebab pakai duit, mengeluarkan jika pakai beras/makanan ruji) zakat fitrah terbahagi kepada 5 :-
- Waktu wajib - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
- Waktu yang paling afdhal - Sebelum sembahyang hari raya
- Waktu sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
- Waktu makruh - Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- Waktu haram - Selepas terbenam matahari satu Syawal
Walau bagaimanapun dinasihatkan supaya zakat fitrah dikeluarkan pada hari pertama bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang hari raya pada satu Syawal bagi mengelakkan kesukaran kepada amil-amil yang mengutip zakat.
Berkenaan waktu yang paling afdhal mengeluarkan fitrah, terdapat banyak pendapat ulama', tetapi yang confirm ia dikeluarkan sebelum sembahyang hari raya. Seperti yang dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah seperti berikut yang bermaksud :
...Maka sesiapa mengeluarkan (fitrah) sebelum sembahyang Hari Raya maka itulah zakat yang diterima dan sesiapa mengeluarkannya sesudah sembahyang Hari Raya maka pengeluarannya itu merupakan sedekah sahaja. (Riwayat Ibnu Majah)
Maklumat lanjut boleh didapati di Pusat Urus Zakat Pulau Pinang.
Khamis, 19 Oktober 2006
Kongsi Raya - Haram atau Halal?
- kerana membabitkan akidah. Fikir balik apa rukun Islam yang pertama. Iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.
- jika tiada penyembahan tuhan-tuhan hindu/buddha/kristian, adakah perayaan deepavali, tahun baru cina & krismas? kerana wujud kepercayaan akan kewujudan tuhan-tuhan inilah maka terciptanya agama-agama, dan dalam agama-agama itu tercipta perayaan-perayaan.
- bila kita menyertai perayaan-perayaan ini, secara tidak langsung kita mengiktiraf perayaan tadi, seterusnya mengiktiraf agama-agama tadi, dan seterusnya mengiktiraf tuhan-tuhan tadi.
- bila kita mengiktiraf tuhan-tuhan lain selain Allah, maka akidah kita sudah rosak. Kita sudah mengiktiraf bahawa ada tuhan lain yang disembah selain Allah. Kita sudah kufur, bukan Islam lagi.
Kenapa pemimpin-pemimpin mengatakan tidak mengapa dan membelakangkan fatwa ulamak-ulamak, mufti-mufti?
- kerana mementingkan perhubungan antara kaum khususnya di Malaysia. Kerana mereka menganggap boleh bersatu dengan perkongsian kebudayaan/perayaan. Mereka lupa, kebersatuan manusia hanyalah melalui agama Islam. Jika bersatu boleh diwujudkan hanya dengan berkongsi perayaan, Nabi (saw) tidak akan bersusah payah mengembangkan Islam.
Adakah perhubungan antara kaum lebih penting daripada akidah sebagai muslim?
- berbalik kepada pegangan pemimpin-pemimpin tadi, jika tunjang perjuangan adalah kerana bangsa atau kaum, maka jawabnya, ya lebih penting.
- jika perjuangan semata-mata kerana Allah, maka akidah lebih penting. Akidah yang lebih perlu diselamatkan, bukannya perhubungan kaum.
Apakah jalan penyelesaian paling baik/muktamad?
- semua kaum boleh bersatu atas nama Islam - tidak kira apa bangsa, memeluk Islam, maka akidah hanya satu, tiada lagi tuhan-tuhan lain, tiada lagi agama-agama lain, dan tiada lagi perayaan-perayaan lain.
- tidak mungkin semua bangsa boleh menjadi satu bangsa. Tetapi semua bangsa boleh menjadi satu agama.
nota: Kenapa kita yang Islam, tidak mahu menurut keputusan yang pakar dalam hal agama Islam (ulamak-ulamak, mufti-mufti). Sedangkan jika dalam bidang lain, senang sangat kita menurut keputusan yang pakar (sakit - kita ikut cakap doktor, design rumah - kita percaya pada arkitek, pengiraan matematik - kita percaya kepada guru matematik). Kenapa kita sering menganggap agama sebagai benda remeh dan mengangkat diri sendiri sebagai pakar? Mengapa ketika sakit tidak pula kita menentang arahan doktor? Fikir-fikirlah, jangan kerana beberapa pemimpin itu, akidah kita rosak.
Rabu, 18 Oktober 2006
Wordpress Theme
Boring jugak bila dok pakai theme yang sama jer. Dah 3 bulan pakai theme K2 tu, dan hari nih aku tukar pakai theme Regulus pulak. Theme K2 ada sedikit kelemahan iaitu:
- bila view dengan IE jadi tak berapa betul, salah satu post aku jadi tulisan Rusia bila view dengan IE
- bila view dengan IE jugak sidebar akan jadi turun ke bawah, selepas main page
- plugin sociable jadi tak best sebab antara icon letaknya jauh-jauh. Semacam jer bila aku tengok
Itu jerlah masalahnya, bukan banyak pun. Tapi kira kritikal jugak sebab masih ramai yang pakai IE bila surf internet. So, aku tak dapat deliver the best kepada yang pakai IE.
Untuk theme ni aku dah try dengan Firefox dan IE 7, dan takder masalah. Mungkin browser lain ada masalah, aku tak tahu. Sesapa yang bila view blog ni tapi tak dapat yang terbaik, atau ada error, boleh bagi komen. Komen anda amat dihargai.
Thanks.
~leLabu~
Selasa, 17 Oktober 2006
Swiss Cash ?
- Swiss Cash bukannya skim piramid/skim cepat kaya
- Swiss Cash uruskan offshore investment
- Tidak bercanggah dengan undang-undang Malaysia sebab pelaburan di luar negara, bukan di Malaysia
- Pelaburan yang dibuat melalui Swiss Cash tidak libatkan perjudian & arak
- Pelaburan Swiss Cash melibatkan sektor IT, sumber asli, utiliti, pertanian dan mata wang
- Dua Datuk yang ditahan tiada kaitan dengan Swiss Cash
Bersungguh-sungguh mengajak aku join Swiss Cash. Siap tunjuk penyata bank lagi. (memang betul dia dapat RM15 000 dalam masa beberapa bulan saja) Aku pun rasa macam hampir-hampir terpengaruh jugak. Tapi tidak kesampaian kerana :
- Pelaburan yang meragukan : tiada pengesahan betul ke pelaburan dibuat dalam sektor disebutkan sahaja (isu halal haram kritikal bagi aku)
- Ada unsur pertambahan pendapatan bila refer orang lain join, sama macam skim piramid ler kot, cuma satu level sahaja.
- Tiada pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia : katalah Swiss Cash lesap, (harap-harap tidak) nak report kat sapa? Kerajaan mesti tak layan punya!
- Yang paling PENTING : aku tak der duit nak invest, dah sedekah kat masjid ngan buat bayar zakat fitrah! (banyak pahala sedekah di bulan Ramadhan nih ;-) )
Mungkin kawan-kawan ada maklumat terkini. Yang penting kita kaji dua-dua pihak. Tak semestinya TV3 betul. Bank Negara sendiri pun beri kebenaran melabur di luar negara asal tidak lebih amount tertentu. Ada pandangan?
~leLabu~
Isnin, 16 Oktober 2006
Restoran Sri Raju
Datang Raj, buka Restoran Sri Raaju betul-betul di sebelah restoran Raju. Susun atur, imej restoran semua ditiru daripada restoran Raju. Hatta signboard pun sama.
Akibatnya, Restoran Sri Raju tidak dikunjungi, tetapi Restoran Sri Raaju ramai orang - dengan mencuri pelanggan Raju.
Penyelesaian - Raju letak tanda "entrance" di depan Restoran Sri Raju, dan kembali ramai orang.
Kenapa? Sebab pelanggan ingatkan dua-dua restoran adalah sama.
Akhirnya Restoran Sri Raju dapat kembali pelanggan dengan menambah hanya satu signboard.
Brilliant Idea from Petronas!
~leLabu~
nota: Keterangan lanjut boleh didapati dengan menonton iklan Deepavali daripada Petronas.
Ahad, 15 Oktober 2006
Kasut Ketat
Macam mana pun kasut itu sempit dan tak berapa muat untuk dipakai oleh pengantin perempuan. Sebab dah tak ada kasut lain, maka terpaksalah pengantin perempuan memakai kasut tersebut. Sepanjang majlis itu pengantin perempuan terpaksa menahan sakit, tapi dia masih dapat mengontrol kejelitaan di tengah majlis itu.
Sebaik tamat majlis bersanding, pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dalam bilik tidur. Perkara pertama yang hendak dibuat oleh pengantin perempuan ialah menanggalkan kasut milik adiknya itu. Kakinya pedih tak tertahan. Ketika itu keluarga lelaki dan perempuan berada tidak jauh dari bilik tidur mereka. Alangkah terperanjat mereka bila mendengar bunyi suara perempuan mendengus dan mengerang kesakitan dari bilik pengantin.
Tiba-tiba terdengar pengantin lelaki berkata, "Osshh! Ketatnya!".
Keluarga pengantin perempuan dengan bangga berkata kepada keluarga sebelah lelaki, "Kan saya dah cakap, anak perempuan saya tu masih dara lagi....."
Tak berapa lama kemudian terdengar pengantin perempuan menjerit kesakitan. Pengantin lelaki berkata, "Akhirnya dapat juga cabut. Jangan takut sakit sikit je sayang".
Kedua-dua keluarga bertambah hairan bila terdengar pengantin lelaki berkata, "Mari cuba yang satu lagi. Yang ni abang rasa mesti lebih ketat. Jangan takut, kita buat perlahan-lahan. Sayang, tahan ye."
Keluarga kedua belah pihak berpandangan kehairanan...ahak..ahak...ahak......
moral: kena ler standby...kasut kahwin 2 ker..3 ker..... Tak ler kalut macam kejadian di atas...
Bertambah Ilmu
- Wordpress - dulu tak pernah tahu pasal wp sebab ada blog di blogdrive & blogspot sahaja. Sekarang dah tahu serba sedikit pasal wp. Macam mana nak install, themes, plugins etc.
- Domain name & hosting - dulu pakai blogdrive & blogspot, free dan tak perlu hosting berbayar. Sekarang dah ada domain name sendiri dan hosting berbayar. Sebab itu juga, telah belajar bagaimana nak gunakan ftp etc. Sekarang pakai SmartFTP untuk upload & download apa-apa ke/dari server.
- HTML - dulu memang tak ambil kisah langsung pasal HTML sebab tak pernah ada website. Sekarang perlu jugak tahu, dan tahu serba sedikit walaupun masih perlukan WYSIWYG editor untuk bina website.
- PHP - dulu tak tahu langsung pasal PHP. Sekarang sudah tahu serba sedikit. Terima kasih kepada kelas PHP MdPai. Sekarang sudah tahu macam mana nak install script PHP sendiri. Script affiliate pun dah tahu macam mana nak install.
- Photoshop - dulu sepatah haram pun tak tahu macam mana nak guna. Sekarang dah boleh buat design sikit-sikit. Kalau dihitung, aku baru kenal Photoshop dalam sebulan lebih. Itu pun jenuh mencari masa nak belajar. Alhamdulillah ada buku pasal Photoshop yang ditulis oleh pensyarah UTM.
- Firefox - dulu asyik sangat pakai IE. Sekarang sudah bertukar kepada Firefox. Yang boleh aku cakap, Firefox lebih laju, tapi ada jugak yang tak best.
Mungkin ada lagi. Nanti muhasabah diri lagi. Muhasabah diri ni perlu setiap masa. Harap-harap ilmu pasal komputer dan internet aku akan lebih bertambah.
~leLabu~
Jumaat, 13 Oktober 2006
Naza Di Bertam, Pulau Pinang
- Industrial & Office Supply (consumable materials, tools, office materials & etc)
- Sub-material Supplier (lubricants, sealer, air condition gas, petrol & etc)
- Engineering & Equipment Supplies (equipment supply, maintenance, fabrication, servicing, installation, inspection facilities & etc)
- Construction & Design (building, interior design & etc)
- ICT Supplies (system application, networking, telecommunication, computer equipments & etc)
- Waste Material Management (wooden/cotton box scrap, paint sludge & etc)
- Landscape (landscaping)
- Cleaning & Services (house keeping)
- Hotel & Catering (accommodations & foods)
Pembukaan kilang Naza di Bertam, paling tidak pun akan memberi peluang bisnes kepada 400 lebih pembekal. Sebab kilang Naza di Gurun memberi peluang kepada 200 lebih pembekal, dan kilang di Bertam akan sekali ganda lebih besar daripada di Gurun.
Cepatlah rebut peluang, kilang dijangka siap dalam akhir 2007.
~leLabu~
Khamis, 12 Oktober 2006
Roda-roda Kehidupan
Kalau nak diikutkan, roda kehidupan aku sekarang ini berada di bawah. Ukuran yang aku gunakan adalah keseronokan untuk bekerja dan menyiapkan kerja.
- Semasa di atas : Aku rasa begitu semangat nak datang kerja. Seronok. :smile:
- Semasa di bawah : Aku mencari alasan untuk tidak datang kerja. Tak seronok. :sad:
- Semasa di atas : Tanggung kerja orang lain, dapat elaun tanggung kerja RM433 sebulan. Seronok. :grin:
- Semasa di bawah : Elaun tanggung kerja dipotong, sedang aku masih lagi tanggung kerja 1 setengah orang lain. Tak seronok. :cry:
Terasa betul-betul tiada motivasi untuk bekerja, bila elaun dipotong. Dulu, aku buat kerja 2 orang aku dapat elaun, sekarang buat kerja 2 orang setengah, tak dapat elaun. Terkadang rasa sakit hati. Kerja teruk-teruk tapi tak dapat apa-apa.
Inilah roda-roda kehidupan, kejap di atas, kejap di bawah. Kejap ada, kejap tak der (macam biskut). Kejap senang, kejap susah.
Dah la kontrak dah nak abis (masa abis kontrak kira roda tu pancit ler kot). Nampak gaya kena cari kerja lain ni.
Err.., encik, ada keje kosong tak? :oops:
~leLabu~
Rabu, 11 Oktober 2006
Jelingan Ayah
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.
Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi.
Apalagi, melatahlah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. Tak kiralah tok imam sembahyang maghrib ke, isyak ke, hatta sembahyang tarawih sekalipun.
Selasa, 10 Oktober 2006
Nuzul Al-Quran
Sempena nuzul al-quran, eloklah kiranya, kita belajar dan memahami apakah kandungan al-quran dan apakah hikmahnya diturunkan al-quran.
Anda boleh ke sini. Dan bacalah, semoga kita semua beroleh manfaat.
Selamat Memperingati Peristiwa Nuzul Al-Quran!
~leLabu~
Isnin, 9 Oktober 2006
Senator Klon AP
PUTRAJAYA: Syarikat yang dipercayai mengklon lebih 1,000 permit import (AP) kereta sehingga mengaut keuntungan RM500,000 sebulan sejak tiga tahun lalu, didapati milik seorang senator.
Sumber-sumber berkata, senator berkenaan disyaki bekerjasama dengan anak lelakinya, juga seorang ahli perniagaan, menjalankan kegiatan menjual AP kereta klon.
Siasatan awal Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung isu itu mendapati kerajaan memang pernah meluluskan pemberian AP kepada sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama senator terbabit.
Bagaimanapun, syarikat beroperasi di Lembah Klang sejak kira-kira tiga tahun lalu itu, dikatakan diuruskan oleh anak senator berkenaan yang menjual kereta import.
“Dalam siasatan awal, senator terbabit mendakwa beliau tidak tahu menahu kegiatan menjual AP klon dikatakan dilakukan anak lelakinya menerusi syarikat terbabit.
“Adalah tidak munasabah bagi senator itu tidak mengetahui apa-apa mengenai aktiviti anak lelakinya di syarikat miliknya sendiri. Dia sepatutnya lebih bertanggungjawab dan mengambil berat,†kata sumber itu.
KDRM membentuk pasukan penyiasat khas diketuai Pengarah Bahagian Pencegahan, Mohamed Adnan Ariffin menyiasat kes itu dan kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara (AG) dalam tempoh terdekat.
Sumber itu berkata, KDRM mempunyai bukti kukuh selepas merampas 20 kereta mewah dijual syarikat itu menggunakan AP klon.
Walaupun siasatan turut dijalankan terhadap syarikat lain yang disyaki mengklon AP, KDRM memberi keutamaan kepada kes ini kerana ia mempunyai bukti konkrit terhadap senator berkenaan.
Semalam, Berita Minggu melaporkan sebuah syarikat milik usahawan bergelar Datuk disyaki mengklon lebih 1,000 AP setakat ini.
Syarikat terbabit dikatakan, menjual AP yang diklon dengan harga antara RM30,000 hingga RM40,000 setiap satu kepada syarikat pengimport yang berdaftar dengan kerajaan.
Laporan itu adalah susulan kenyataan Ketua Pengarah KDRM, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid, Jumaat lalu yang mendedahkan tiga syarikat terkemuka akan didakwa kerana disyaki melakukan tiga kesalahan berbeza mengikut Akta KDRM 1967. - NST
nota: Senangkan nak kaya? Sebab ada pengaruh politik, mohon AP dapat, jual AP, klon pulak AP. Nak cari makan pun biarlah halal. Lepas ni jangan pulak muncul si YB Jasin backing si Senator ni sudah. Syabas KDRM yang tak takut dengan orang politik!
Ahad, 8 Oktober 2006
Kuih Raya
Dah dekat-dekat raya, pastinya bisnes kuih raya menjadi keutamaan. Termasuklah mak mentua aku. Tapi tahun ni tak bukak bisnes, buat untuk makan sendiri sahaja. Maklumlah dia sibuk jadi pengasuh 3 orang cucu dan 3 orang lagi cucu saudara.
Sesiapa yang nak bahan-bahan mentah yang murah untuk buat kuih, untuk bisnes atau untuk makan sendiri, boleh cuba ke Lebuh Carnavon, Pulau Pinang. Cari satu kedai yang namanya Sim Hin (aku pun lupa..lebih kurangla bunyi nyer). Kedai tu kira macam one stop centre untuk bahan-bahan buat kuih. Murah, dan boleh beli secara runcit atau borong.
Bukanlah aku nak promosikan kedai tersebut, tujuan utama untuk mereka yang berkecimpung dalam bisnes kuih raya, yang ada dekat-dekat Penang atau Kedah boleh dapat bekalan bahan mentah yang murah.
Itu saja yang aku nak kongsikan hari ini.
Selamat berbisnes kuih raya!
~leLabu~
Jumaat, 6 Oktober 2006
Dialog Dua Hantu
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku. Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rileks dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk rumah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis semua bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.
Khamis, 5 Oktober 2006
Dewan Cina Bantah
Kalau semua baca akhbar Berita Harian hari ni, ada satu tajuk di muka utama. Dewan Cina bantah usaha bantu Melayu Pulau Pinang. Apa yang dipertikaikan adalah Draf Rancangan Struktur Pulau Pinang (2005-2020). Isunya :
- kuatkuasakan kuota 30% bumiputera untuk unit rumah dan unit komersial;
- keutamaan kepada bumiputera dalam semua sektor ekonomi;
- 30% ruang perniagaan dalam shopping complex kepada bumiputera;
- kuota 30% yang tidak terjual tidak dilepaskan kepada bukan bumiputera;
- kuota 30% bumiputera yang tidak terjual diambil alih oleh kerajaan;
- penandaan plot bumiputera dalam skim perumahan.
Kenapa bumiputera di Pulau Pinang perlukan semua ini? Sebabnya, ekonomi bumiputera belum stabil. Harga hartanah di Pulau Pinang pula mahal. Kuasa beli bumiputera tidak ada. Yang akhirnya, kuasa geopolitik bumiputera di Pulau Pinang kian menipis dan terkakis.
Sampai bila pun, kuota pemilikan 30% hartanah oleh bumiputera di Pulau Pinang tidak akan tercapai selagi pendapatan kaum bumiputera tidak ditingkatkan. Kenapa?
- pekerja kilang di level operator hampir semuanya bumiputera
- eksekutif pula semuanya bukan bumiputera
- bumiputera yang ingin berniaga kecil-kecilan perlu bersaing dengan peniaga bukan bumiputera yang sememangnya ada jaringan yang kuat
- gerai di kompleks beli-belah sewanya amat tinggi
- sebuah rumah kedai di Jelutong harga minimumnya setengah juta ringgit
- sikap sendiri yang terlalu harapkan bantuan kerajaan
Bagi aku, yang termampu dilakukan, itulah, seperti di atas. Kita sekat. Tapi sampai bila mahu disekat? Kalau bumiputera belum mahu berubah.
Orang Cina ada kuasa beli, bumiputera tiada kuasa beli. Habis, takkanlah yang tidak terjual itu tidak dijual. Bagaimana pula dengan pemaju?
nota: cadangan-cadangan dalam draf rancangan struktur datangnya dari ofis aku, yang desk officer bahagian perumahan pulak aku. bila dewan Cina bantah, terasa pulak macam mereka membantah usaha aku. apa-apa pun, yang semua tahu, bumiputera terlalu mengharapkan bantuan. bila kita boleh berdikari?
Ada cadangan bagaimana nak tingkatkan ekonomi bumiputera?
Selasa, 3 Oktober 2006
Nasib Seorang PKS
Pekerja PKS, dalam perjanjiannya, hanya dibenarkan bekerja tidak melebihi lima jam sehari. Dan satu lagi klausa perjanjian yang aku nak highlightkan, pekerja PKS tidak layak menuntut elaun lebih masa. Dengan kata lain;
- arahan bekerja hanyalah untuk maksimum lima jam sehari;
- dan sebab itu, jika bekerja lebih lima jam, tidak boleh menuntut elaun lebih masa.
Ini semua dipersetujui di dalam perjanjian. Situasinya begini: Pekerja PKS tadi diarahkan oleh Penaung Kelab Ehem-ehem untuk bekerja lebih lima jam, malah sampai lebih 3 jam sehari. Persoalan aku;
- adakah pekerja PKS tadi layak diberi elaun lebih masa untuk 3 jam kerja lebih masa yang diarahkan dilakukan?;
- siapakah yang melanggar perjanjian? Penaung Kelab Ehem-ehem atau pekerja PKS;
Pendapat aku, bukan pekerja tadi yang melanggar perjanjian, kerana arahan bekerja adalah oleh Penaung Kelab Ehem-ehem. Bagi aku, sepatutnya pekerja tadi dibayar elaun lebih masa, atau arahan supaya bekerja lebih masa tadi tidak dikeluarkan. Biarlah dia senang bekerja setakat 5 jam sehari daripada bekerja tanpa dibayar upah selama 3 jam.
Dalam semangat Islamnya pulak, Nabi (saw) sendiri menyuruh dibayar upah bagi setiap pekerjaan, malah sebelum kering peluhnya. (ini bukan setakat peluh dah kering, malah diperah-perah pulak keringatnya :sad: )
Penyelesaian cadangan:
- pekerja PKS tadi dibayar elaun lebih masa untuk kerja lebih masa;atau
- arahan untuk bekerja lebih masa tidak dikeluarkan;
Dengan cadangan penyelesaian di atas, bermaksud, kedua-dua yang menandatangani perjanjian bersetuju, jika Penaung Kelab Ehem-ehem meminta pekerja PKS bekerja lebih masa, maka wajarlah untuk dibayar elaun lebih masa. Jika Penaung Kelab Ehem-ehem tidak bersedia membayar elaun lebih masa, jadi tidak usahlah meminta pekerja PKS tadi melakukan kerja lebih masa.
Kerja = dibayar upah, kerja yang tidak dibayar upah, namanya adalah perhambaan. (sukarela/sumbangan ikhlas: bila pekerja tadi ikhlas bekerja. siapa yang ikhlas bekerja setiap hari tanpa dibayar upah?)
Konklusi: Apakah Penaung Kelab Ehem-ehem sedang cuba menghidupkan kembali sistem perhambaan?
nota: Dokumen perjanjian adalah standard di seluruh Malaysia. Kalau anda seorang ketua yang bertanggungjawab, anda tidak akan memaksa anak buah anda bekerja tanpa dibayar upah. Kalau anda seorang pengurus/pentadbir yang bijak, anda pasti kenal istilah "bend the rules..." Kalau anda seorang pengurus/pentadbir yang berani, anda pasti berani membend the rules, kerana anda tahu tindakan anda menepati sunnah Nabi (saw) dan konsep perhubungan sesama manusia.
Siapa yang tidak bersetuju? Sila angkat tangan. Aku pun nak tahu macam mana nak settlekan masalah begini.
Isnin, 2 Oktober 2006
Kahwinlah Cepat
Post kali ini aku tujukan khas kepada sesapa yang tak kawin lagi. Kawinlah cepat, kalau boleh bulan syawal nanti, cuti sekolah, kawin. Banyak faedahnya bila berkahwin ni. Macam sabda Nabi (saw), nikah itu sunnah dia. Jangan dok simpan janggut tapi tak nak nikah, itu simpan janggut sebab minat Mike Shinoda namanya.
Apa yang akan anda dapat jika berkahwin:
1. Anda akan dapat laki atau dapat bini.
2. Bagi yang laki, anda tidak perlu lagi basuh baju, masak maggi, goreng telur. Itu semua bini anda yang comel akan lakukan. Bagi yang pompuan, anda tidak perlu lagi angkat tong gas sorang-sorang, laki anda yang gagah akan lakukan.
3. Anda tidak perlu lagi menjadi monyet, bergayutan dengan telefon. Laki atau bini anda ada di hadapan anda. Cakaplah sepuas hati, tak payah bayar bil telefon beratus sebulan. Bayar lump sum masa kawin jer, lagi untung, boleh cakap sampai bila-bila, kredit tak expired.
4. Yang laki tak payah lagi singgah warung nasi kandar sebab kat rumah bini anda dah sediakan banyak lauk untuk anda. Yang pompuan kalau tak terer masak boleh beli jer kat kedai sebab sekarang laki anda dah bagi duit gaji bulan-bulan kat anda.
5. Yang laki boleh menaikkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa 5 bulan (pengalaman sendiri :lol: ) dan susah nak turun. Yang pompuan boleh cuba naikkan berat badan dan boleh turun balik lepas 9 bulan 10 hari. Magik kan?
Apa? Tak cukup duit? ...Boleh cari duit. Tak tahu? ...Tanya la Shuth di link kat bawah. Klik jer...
Ahad, 1 Oktober 2006
Gila Kuasa
KE dianggotai oleh kakitangan sebuah agensi kerajaan yang terdiri daripada semua peringkat. Daripada pegawai hinggalah pemandu. Semua kakitangan agensi tersebut adalah ahli KE secara automatik. Dari segi jawatankuasa, Pengarah agensi adalah secara automatik dilantik sebagai Penaung KE. Secara pentadbirannya, sepatutnya Penaung bukanlah pembuat keputusan, tidak lebih sebagai penasihat sahaja.
Hari Jumaat lalu aku menghadiri mesyuarat KE untuk mencapai kata sepakat untuk jumlah duit raya kepada ahli dan mencapai kata sepakat untuk mengadakan sambutan hari raya. Namun, apa yang terjadi adalah ahli jawatankuasa tidak lebih daripada menerima arahan.
Naik berbulu aku dengar ayat ini daripada mulut Pengerusi (Timbalan Pengarah) "Kita telah bersetuju untuk mengadakan sambutan hari raya di rumah Pengarah agensi (Penaung)."
Siapa kita? Kita adalah Penaung, Pengerusi & Setiausaha KE. Jadi ahli jawatankuasa lain hanya dipaksa menerima keputusan tersebut. Apabila aku bersuara, maka awal-awal lagi Penaung menolak! Siapa Penaung untuk campur tangan urusan KE. Sepatutnya mesyuarat jawatankuasa pun dia tidak sepatutnya dijemput. Aku tidak boleh bertegang leher dengan Penaung kerana dia adalah Pengarah agensi, bos aku. Jadi terang-terang dia telah memperkudakan KE untuk kepentingan peribadi. Dan aku tidak dapat berbuat apa-apa, nanti dituduh ingkar perintah.
Pengerusi pula bersuara begini, "Kami ingin mendapatkan kelulusan Penaung untuk..."
Kenapa dapatkan kelulusan Penaung? Ini KE, bukannya agensi. Dapatkanlah persetujuan ahli jawatankuasa, bukan kelulusan Penaung.
Aku sudah nampak kepincangan pengurusan KE. Semua keputusan telah awal-awal lagi dibuat. Perbincangan hanyalah antara Penaung, Pengerusi dan Setiausaha. Pastinya tidak mewakili kehendak semua ahli. Ahli jawatankuasa hanya dipanggil sebagai formaliti. Keputusan ditangan mereka. Kami hanya dibawa ke bilik mesyuarat untuk dipaksa bersetuju. Sebarang bantahan, akan dipatahkan oleh Penaung. Kelicikan mereka memang terserlah.
Kami semua tahu, apa-apa sahaja keputusan, Penaung yang akan untung. Contohnya buat sambutan hari raya di rumah Penaung, maka tidak perlulah lagi Penaung mengadakan sambutan raya di rumahnya, jimatlah perbelanjaannya. Sedangkan kami ahli-ahli KE sememangnya tidak pernah redha untuk duit KE dipergunakan untuk kepentingan Penaung semata.
Kami hanya mampu berdoa, "Ya Allah, murahkanlah rezeki Penaung kami, naikkanlah pangkatnya, agar cepat dia BERAMBUS dari sisi kami, barulah kami lega dan dapat hidup tenang dan bekerja dengan lebih bersemangat. Amin Ya Rabbal Alamin."
~leLabu~
nota: Aku hanya mewakili hasrat kakitangan bawahan, yang suara dan kehendak mereka tidak pernah dihiraukan. Penaung dan Pengerusi sepatutnya lebih mendekati kakitangan bawahan yang selama ini bertungkus lumus untuk kepentingan agensi. Janganlah terlalu memandang jawatan kalian yang tinggi. Roda ini berputar. Bila kalian sudah pencen, dengan tingkah laku kalian sekarang, tiada siapa yang ingin hormati (aku pun tak ingin). Biarlah orang hormati kerana sikap dan peribadi mulia, bukan kerana pangkat. Dan sekarang, terus terang, kami terpaksa hormati kalian kerana pangkat kalian, bila ia tiada,..entahlah.