Semua orang mahu jadi kaya. Dan menurut petua abang aku, ada tiga cara untuk kamu menjadi kaya. Satu, kamu dilahirkan dalam keluarga kaya. Dua, kamu berkahwin dengan orang kaya. Dan tiga, kamu menyertai multi level marketing (MLM).
Mungkin petua abang aku itu betul, mungkin juga tidak.
Multi Level Marketing
Ada ahli keluarga aku mula terpengaruh dengan hasutan penjual produk MLM. Produknya sangat mudah, kopi. Kopi tadi dibungkus elok-elok, dikotakkan dengan cukup lawa, dan dijual dengan harga RM280 untuk 12 sachet. Dikatakan kopi ini dapat menghilangkan pelbagai penyakit, sangat berkhasiat. Disebabkan itulah, secawan kopi ini dikatakan berharga RM23.
Itu semua karut marut taukeh MLM!
Adik beradik MLM adalah skim cepat kaya dari mazhab skim piramid. Skim cepat kaya ini adalah haram kerana ia adalah aktiviti penipuan yang menindas peserta terakhir yang menyertainya. Bila sudah tepu, dari mana lagi akan datangnya duit?
Modus Operandi Skim Cepat Kaya
Norman Hakim (bukan nama sebenar) akan menjadi kepala. Norman memerlukan sepasang downline. Maka Norman merekrut Abby Abadi (bukan nama sebenar) dan Memey Suhaiza (bukan nama sebenar). Untuk menjadi downline Norman, Abby dan Memey perlu membayar RM100 seorang. Dalam masa sebulan, janjinya Abby dan Memey akan mendapat pulangan RM10 daripada seorang downlinenya.
Norman sudah mendapat RM200 daripada downlinenya Abby dan Memey. Jika Norman merekrut lebih ramai downline, maka banyak lagi yang Norman akan dapat.
Abby dan Memey pula, untuk dapatkan balik harga modal RM100 mereka tadi, akan merekrut downline pula. Lagi ramai, lagi bagus. Setiap downline perlu membayar RM100 kepada Norman. Daripada seratus itu, RM10 diberikan kepada Abby dan RM10 lagi diberikan kepada Memey.
Downline Abby dan Memey perlu pula mencari downline untuk mendapatkan kembali modal RM100. Begitulah seterusnya sehinggalah sudah tiada yang mahu menyertai skim tersebut. Sudah tepu. Maka peserta yang paling akhir menyertai tidak akan dapat mencari downline dan hanguslah wang RM100 tadi.
Norman akan kaya, Abby dan Memey akan kaya kerana mereka orang yang awal menyertai.
Modus Operandi MLM
Semuanya sama seperti di atas. Tapi kali ini peserta tidak membayar kepada Norman RM100 tapi perlu membeli kopi (atau produk lain) daripada Norman yang berharga RM280. Sebenarnya harga kopi tadi hanya RM50 sahaja. Duit yang selebihnya akan menjadi keuntungan Norman.
Jika Abby dan Memey berjaya mencari downline, maka RM280 akan dibayar kepada Norman dan kopi diberikan kepada peserta. Abby dan Memey akan mendapat RM10 daripada hasil jualan kopi itu.
Begitulah seterusnya.
Kalau skim cepat kaya memerlukan peserta membayar tunai, MLM pula memerlukan peserta membayar dengan cara membeli kopi yang mahal itu.
Norman mendapat dua punca keuntungan. Satu daripada hasil jualan kopi dan satu lagi daripada yuran peserta (yang dimasukkan sekali dalam harga kopi).
Ringkasnya, MLM ini adalah sama seperti skim cepat kaya. Cuma MLM ada produk yang dijadikan sandaran (dengan harga jualan yang melampau-lampau) dan skim cepat kaya tiada produk sandaran.
Produk Kesihatan
Biasanya produk yang menjadi sandaran adalah produk-produk yang kononnya mempunyai khasiat untuk kesihatan. Siapa mahu membeli kopi dengan harga RM280? Tetapi bila dikatakan kopi tersebut boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dan dengan sogokan komisen jika mencari downline, pastinya ramai yang akan membelinya.
Produk kesihatan dipilih kerana keberkesanan produk ini tidak dapat dilihat dengan cepat. Kalau jual bateri contohnya, pasti dapat dilihat keberkesanan bateri dengan hanya memasang lampu picit. Sebab itu tiada MLM yang menawarkan produk bateri yang bertahan sebulan contohnya.
Jual Barang Dapat Komisen, Jana Downline Dapat Komisen
Ramai menyertai MLM kerana faktor komisen yang lumayan. Tanpa mereka sedari, mereka menipu pelanggan dengan menjual produk yang sebenarnya produk biasa. Dan mereka juga tidak sedar mereka menindas pelanggan dengan menjual dengan harga yang melampau.
Juga, komisen mereka dapat hasil daripada titik peluh downline juga tidak tentu halalnya. Sepatutnya, hanya downline yang mendapat komisen bila dapat merekrut ahli baru dan menjual produk, sebab itu hasil usahanya. Kenapa pula uplinenya mendapat komisen juga sedangkan uplinenya tidak berusaha pun. Ada pendapat yang mengatakan sumber pendapatan begini dikira menindas downline dan hukumnya haram.
Akhirnya aku menyedari bahawa betul petua abang aku. Salah satu cara untuk menjadi kaya adalah menyertai MLM.
Memang boleh kaya. Tapi adakah kekayaan itu halal? Kita asyik melihat halal haram daripada apa yang kita makan. Tapi tidak pernah melihat sumber kewangan kita adakah caranya halal atau haram. Sebelum aku menyertai mana-mana MLM, aku mahu lihat, adakah MLM itu mempunyai sijil halal.
Bila sumber haram, maka tiada lagi keberkatan dalam rezeki itu. Patutlah kebanyakan peserta MLM yang kaya-kaya, yang pernah aku kenali sangat kedekut. Rupanya rezeki mereka tiada kaf-ba-ra-kaf-alif-ta-nun. Mereka takut berbelanja kerana takut duit mereka habis... heheh.
Oh, jika kamu tidak kisah dengan halal haram, aku sarankan kamu memulakan syarikat jualan langsung berkonsepkan MLM dengan menjual belacan dengan harga RM200 seketul. Pasti akan ada yang terpengaruh dan membelinya.
Belacan ini sangat berkhasiat. Ia dapat menguatkan tenaga batin dan memberikan tenaga sepanjang hari. Ia juga boleh mengubati penyakit sengau, resdung dan penyakit-penyakit hidung yang lain. Aku boleh membekalkan belacan ini. Penang maiii...
Ada berani?
p/s: Kakitangan awam dilarang menyertai skim cepat kaya. Oleh itu, lebih baik kakitangan awam juga menjauhkan diri dari MLM yang seibu sebapa dengan skim cepat kaya ini.
Rabu, 21 Januari 2009
Selasa, 20 Januari 2009
Mari Memboikot Produk Israel
Ada yang masih skeptikal untuk memboikot syarikat yang ada hubungan dengan Israel. Atau produk-produk yang menyumbang ke arah kemajuan ekonomi Israel.
KFC & McDonalds
Kalau tidak menjamah ayam KFC, pasti kamu masih boleh menjamah ayam goreng di pasar-pasar malam. Aku tahu ayam goreng di pasar-pasar malam tidak sesedap mana tapi kamu patut lupakan erti kesedapan itu, kerana rakyat Palestin di sana entah makan entahkan tidak sewaktu kamu meratah ayam goreng itu.
Jika kamu bimbang ramai rakyat Malaysia yang bakal kehilangan kerja jika KFC menutup kedai di Malaysia, jangan kamu risau. Pekerja-pekerja KFC tadi boleh berniaga ayam goreng di pasar malam. Oh, bukankah kamu telah bertukar dari memakan ayam goreng KFC kepada ayam goreng pasar malam? Kamu dengan sendiri telah meningkatkan permintaan ayam goreng pasar malam, gerai menjual ayam goreng pasar malam pasti memerlukan tambahan pekerja.
Begitu juga dengan burger McDonalds. Pekerja-pekerja McDonalds bakal menjadi usahawan burger yang berjaya.
Boikot Yang Perlu
Jika kamu sekarang menggunakan pemproses Intel, maka tidak perlu kamu tidak menggunakan komputer kamu sekarang. Idea boikot barangan Israel adalah dengan tujuan untuk kamu beralih kepada barangan alternatif.
Jika label yang perlu diboikot tiada alternatifnya, maka janganlah kamu membodohkan diri kamu.
KFC, alternatifnya ayam goreng pasar malam.
McDonalds, alternatifnya burger tepi jalan.
Starbucks, alternatifnya kopi jantan atau kopi-kopi lain yang berlambak di pasaran.
Maggi, alternatifnya bihun sup.
Kotex, alternatifnya tuala good morning (?) .
Coca-cola, alternatifnya Mecca Cola.
Ah, jangan kamu memberi alasan lagi untuk tidak memboikot kerana hampir semua barang tersebut ada alternatifnya. Jangan beralasan lagi.
Boikot jangan tak boikot!

Sup Ayam dan Nasi Goreng Kampung
Hari itu aku sakit kepala. Dengan secara automatiknya membuatkan aku berasa lapar. Memang begitu, kalau aku lapar aku akan berasa sakit kepala dan jika aku sakit kepala aku akan berasa lapar. Ceritanya sama seperti cerita ayam dan telur, yang mana keluar dahulu?
Tanpa melengahkan masa dan dengan tidak menghadirkan diri ke latihan pasukan perahu panjang di Dataran Pahlawan, aku terus ke Restoran Mimi.
Restoran Mimi terletak bersebelahan Petronas di Jalan Langgar. Petronas adalah betul-betul sebelum selekoh kiri ke Plaza Tol Alor Setar Utara. Tanpa memanaskan punggung dengan lebih lama, aku pun memesan semangkuk sup ayam panas dan sepinggan nasi goreng kampung. Oh, tidak dilupakan juga segelas teh O ais!
Nampak macam sedap! Mungkin disebabkan aku kurang sihat ketika itu, kedua-dua masakan ini aku rasakan sungguh tidak sedap. Padahal Restoran Mimi adalah restoran kegemaran aku bila saja aku menggigil badan mahukan tom yam.
Mungkin kamu semua perlu cuba sendiri keenakan masakan ala Thai di Restoran Mimi ini.
~Aku menggunakan bahasa Melayu dengan cubaan penggunaan nahu dan tatabahasa yang betul supaya Google dapat menterjemahkan penulisan di blog ini dengan tepat. Ramai Mat-mat Salleh diluar sana yang mahu membaca blog ini, mungkin. Maaf jika kamu terasa seperti membaca buku cerita darjah satu.

Khamis, 15 Januari 2009
Sarang Tebuan Jangan Dijolok
Sarang tebuan yang baru dibina, eloklah dijolok awal-awal, nanti memudaratkan pengunjung Dataran Pahlawan di depan Wisma Darul Aman.
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Rabu, 14 Januari 2009
Cerita Char Koay Teow, Koay Teow Sup dan Nasi Goreng Kampung
Semalam aku ada training untuk pasukan perahu panjang. Entah kenapa aku rasa tersangat lapar dan tidak dapat menahan diri daripada berhenti di gerai Nani Bihun Sup Simpang.
Untuk sampai ke gerai ni: Dari tol Alor Star Utara, traffic light masuk kanan, terus sahaja. Sebelum sampai traffic light, belah kiri, situlah tempatnya. Senang cerita, sebelum traffic light Hutan Kampung. Kalo terus pergi ke hospital, kalau kiri pergi jalan Hutan Kampung.
Bihun sup sini sedap jugak. Aku suka koay teow sup lauk ayam. Kelembutan isi ayam dan kegaringan kulit ayam tu seperti memberikan satu rasa yang berbeza dalam mulut aku. Rasa rempah yang cair dalam mulut itu menambah kenikmatan sup.
Ini pulak gerai Syafri yang meniaga bermacam-macam nasi goreng.
Ini pula pemandangan gerai-gerai lain yang ada kat situ. Ada jual burger, nasi ayam, sate dan char koay teow.
Aku order koay teow sup. Dan teh O ais.
Moshuchi order nasi goreng kampung dan teh O ais.
Dengan lafaz bismillah Moshuchi ngap nasi goreng kampung.
Dengan sepantas kilat koay teow sup habis kubedal.
Selera makan masih belum hilang. Aku order pulak char koay teow. Seorang peminat koay teow yang tegar akan menghabiskan char koay teow dalam masa dua tiga minit sahaja.
Licin.
Alhamdulillah.
Inilah saja cerita aku untuk hari ini.

Isnin, 12 Januari 2009
Derma Untuk Saudaraku: Sekadar Termampu
Aku menyeru kepada kawan-kawan untuk sama-sama kita menderma kepada saudara kita di Palestin. Aku sudah, korang bila lagi?
Menyumbanglah kepada saudara-saudara kita di Palestine. Ini yang kita mampu.
Bertindak sekarang! Inilah sahaja yang mampu kita lakukan!

16 Perkara Tentang leLabu
Ada yang mengetag aku lagi. Tak payah cerita panjang pasal apa dia tag ni. Aku perturunkan apa dia 16 perkara pasal diri aku.
Pandai Di Sekolah, Bodoh Di Universiti
1. Aku seorang yang pandai di alam persekolahan. Di sekolah rendah, aku mendapat nombor satu dalam setiap peperiksaan kecuali peperiksaan yang pertama kali aku duduki (awal tahun darjah 1 - masa ni blur apa dia sekolah) dan peperiksaan yang terakhir aku duduki (akhir tahun darjah 6 - sudah mula mengenal cinta monyet).
2. Di sekolah menengah aku memang terer habis. Masa orang lain sibuk study dalam minggu SPM aku sibuk khatamkan buku Imam karya bapak Mala. Itu novel pertama dan terakhir aku baca. Still, aku dapat 8A dan 2 C3 (kimia dan English). Masa minggu percubaan SPM aku sibuk khatamkan naskhah Sejarah Melayu yang penuh bahasa pelik itu.
3. Di universiti, aku sibuk mengurat awek dari satu tahun ke satu tahun yang lain. Aku pernah ada awek yang aku bagi nama manja Katak. Final year, semua kawan-kawan grad dengan 3 point plus, aku grad dengan 2.5 saja. Masih tidak menyesal. Kalau aku grad dengan above 3.0, pasti sekarang aku masih lagi kerja dalam kilang-kilang multinational seperti Sony, Panasonic, Pioneer etc. Aku suka kerja aku sekarang!
Hipokritis
4. Semasa di sekolah dan universiti, aku sibuk menganjurkan pelbagai kem motivasi. Aku menjadi penceramah dan fasilitator yang amat bagus. Tapi menyedari, semasa aku menjadi fasilitator itu aku menjadi seorang yang hipokrit, aku lupakan semua peranan itu. Aku menjadi seorang yang kosong kembali.
5. Semasa sesi public speaking untuk satu sesi interview kerja pada tahun 2004, aku memberikan talk yang cukup berkesan, sampai semua peserta lain asyik teringatkan term-term yang aku gunakan. Bagaimana untuk aku bagus semasa itu, adalah dengan menganggap semua pendengar talk aku adalah semuanya bodoh. Itu satu motivasi untuk aku. Oleh itu, sampai sekarang aku tidak mahu membodohkan orang lain, jadi kamu tidak akan melihat aku banyak bercakap.
Ketakutan dan Kegelian
6. Aku geli takut tengok katak. Sebab aku pernah dimomokkan ada orang yang pernah mati digigit katak. Aku tidak pernah belajar biologi, jadi aku percaya saja yang gigitan katak boleh mengakibatkan kematian. Jadi aku takut dengan katak.
7. Aku tidak geli. Urat-urat geli aku telah lama terputus mengakibatkan aku susah untuk geli. Cuma belaian-belaian manja di malam hari saja mengakibatkan aku sedikit kegelian dan mengalami sindrom kekerasan di bahagian-bahagian tertentu.
8. Kegelian itu, sekiranya berlaku biasanya akan berakhir dengan kenikmatan, keselesaan. Ah, kamu semua tahu apa yang aku maksudkan.
Warna dan Pemandangan
9. Aku tidak tahu kenapa aku sangat sukakan warna maroon. Mungkin sebab dulunya aku pernah belajar di IPTA yang berwarna maroon di selatan tanah air.
10. Pemandangan aku cepat kabur bila melihat pemandangan gunung-ganang, lurah-lurah dan longkang-longkang yang terdapat merata-rata dalam masyarakat kita. Bentuk-bentuk gunung, lurah dan longkang itu sangat menggiurkan. Lupakan rupa paras, itu boleh ditutup dengan paper bag.
11. Aku tidak suka memandu waktu malam kerana mata aku sensitif dengan silau. Aku perlu memeriksa mata dan menambah power spec serta darjah kesilauannya.
Kerja Dahulu Kala
12. Aku pernah bekerja menjual ais krim, kerja di bengkel kereta, memasang antena pemancar telekomunikasi dan membaiki kapal tangki. Semua kerja tersebut memerlukan aku berada di tengah panas. Dulu aku cerah sikit... haha.
13. Aku tidak pandai main bola, tapi aku tengok bola terutamanya EPL. Padan muka Chelsea kalah dengan Manchester United semalam. Oh, Kedah cuma kuat dengan adanya awang import.. hehe, pasti ada orang panas hati dengan statement aku ini.
Makanan
14. Aku sangat ketagih makan tomyam. Aku mahu selalu makan tomyam. Sekurang-kurangnya sekali seminggu, badan aku akan menggigil mahu makan tomyam. Begitu jugak dengan nasi kandar ahmediah pokok ceri, lauk ayam goreng, sayur kobis dan kuah campur..
15. Kebiasaanya, di rumah, aku yang akan memasak sebab isteri aku kurang pandai memasak. Tapi aku tetap sayang dia. Kalau dia pandai memasak macam Quntum, pasti aku sayang dia lebih lagi... hehe. Sayang jangan marah ek...
Asal Usul
16. Untuk pengetahuan kamu, aku orang Kelantan. Dilahirkan di Kelantan dan membesar di Kelantan sehingga umur 17 tahun. Kemudian aku merantau ke Johor, ke Pahang, ke Johor, ke Putrajaya, ke Pahang, ke Pulau Pinang dan sekarang di Alor Star, Kedah. Melalui percakapan aku, kamu mungkin akan tidak menyangka aku orang Kelantan, aku tidak salahkan kamu kerana kamu orang ke berapa ratus yang begitu.
Tamat. Aku tidak mahu mengetag sesiapa kali ini. Titik.

Jumaat, 9 Januari 2009
Perutusan Hari Keputeraan Ke-29
Hehe. Bunyi macam raja-raja pulak.
Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah, aku masih lagi berdiri dan bernafas di muka bumi Allah ini. Pada suatu ketika setiap hari, aku berasa sangat takut mengenangkan kengerian kedatangan malaikatul maut. Sebab itu pernah aku katakan kepada seorang rakan, aku tidak pernah ingin ingat mati. Kerana bila aku mengingatkan akan hal kematian, aku berasa sangat takut dan tiba-tiba menjadi sedih.
Namun, dalam usaha untuk melupakan perihal kematian, masih lagi setiap hari aku terfikir adakah aku akan mati dalam masa terdekat ini. Juga mengenangkan sudah dua orang adik beradik yang mengadap Ilahi, aku pasti bahawa kematian itu semakin dekat.
Dan umur yang meningkat ini juga mengingatkan aku akan hal kematian. Adakah sempat aku melepasi umur 58 tahun, bersara dan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan tenang dalam sebuah rumah, di kampung yang terpencil daripada kesibukan kota.
Biasanya, apabila ulangtahun, semua akan mengenang kembali apa yang telah dilalui dalam tahun-tahun yang sudah berlalu. Tapi aku kira, aku tidak perlu menoleh ke belakang lagi kerana yang lebih penting adalah menghadapi masa depan yang belum pasti.
Tinggal berapa tahun lagi untuk aku, aku tidak tahu. Tapi aku berharap 29 tahun yang aku gunakan sebelum ini adalah 29 tahun yang mendapat keredhaan Allah. Dan entah berapa tahun lagi untuk aku mencari keredhaanNya. Mungkin satu tahun lagi, mungkin 5 tahun lagi, atau mungkin 40 tahun lagi. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Oleh yang demikian, aku selalu mengingatkan diri aku supaya tidak mencari murkaNya, dan tidak bermegah-megah, atau mabuk dengan sedikit pangkat dan kuasa di atas dunia ini. Aku menyerahkan kepada Allah agar membukakan hati-hati rakan-rakan yang mungkin sudah terleka dengan sedikit takhta, harta dan wanita yang diperoleh hari ini.
Aku juga berdoa agar sepanjang hidup aku nanti agar dipermudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi. Agar aku dikurniai isteri-isteri yang baik, solehah dan menghormati suaminya, anak-anak yang soleh dan solehah yang mendoakan ibubapanya, ilmu-ilmu dan harta-harta yang dapat mengalirkan pahala yang berterusan sewaktu aku dikuburkan.
Syukur kerana Allah mengurniakan sedikit masa lagi untuk aku mengejar cita-cita ini. Doakanlah keselamatan dan kebahagian, serta redha Allah sentiasa bersamaku.
leLabu dot com.
ini adalah scheduled post. aku kini di Langkawi berbengkel.

Khamis, 8 Januari 2009
Nasi Goreng Kampung Yang Sedap
Semalam aku balik kerja lambat. Aku rasa lapar. Aku singgah kedai makan Kak Ani.
Kedai makan Kak Ani terletak di Jalan Hutan Jampung. Dari Alor Star, kedai ni sebelah kiri sebelum sampai Masjid Jamek Hutan Kampung. Dari Jitra of course lah sebelah kanan lepas Masjid Jamek Hutan Kampung. :-) Kedai ini beratap rumbia. Nampak macam kedai ala-ala bunian gitu.. hehe.
Aku order teh O ais dengan nasi goreng kampung.
Nasi goreng kampung kat kedai Kak Ani special sikit bagi aku. Biasanya nasi goreng kampung kat kedai lain warna putih, kat sini warna merah. Lepas tu lauk dia banyak:
Biasanya kedai lain bagi sambal belacan saja. Tapi Kak Ani siap bagi cabai potong dengan sup kosong. Biasanya kedai lain dalam nasi goreng tu tader dah ayam kalau masuk ikan bilis. Biasanya kedai lain tak bagi telur mata lembu.
Yang paling penting, biasanya kedai lain caj RM3.00 untuk nasi goreng kampung tanpa telur mata lembu, ayam, cabai potong dan sup kosong. Tapi Kak Ani caj RM3.00 jugak untuk nasi goreng kampung yang ada macam-macam.
Rasa nasi goreng kampung kedai ni macam masakan kat rumah, tak macam masakan kedai tomyam. Itu yang aku suka. Maklumlah jarang merasa masakan orang rumah.
Habis makan aku bayar RM4.00 untuk nasi goreng kampung yang sedap dan teh O ais.
Pagi tadi aku ingat mahu singgah kedai Kak Ani. Cari punya cari tak jugak aku jumpa kedai Kak Ani. Aku mula gelabah bila tak jumpa kedai Kak Ani. Aku cuba tanya orang yang ada kat situ. Orang tu kata memang tak pernah ada kedai kat situ. Aku dah saspen. Adakah kedai tempat aku makan semalam kedai bunian?
.
.
.
Cheh. Rupa-rupanya aku salah jalan. Kedai Kak Ani sebelah kiri dari Alor Star, bukan Jitra. Heheh.

- Sayur (bukan kangkong)
- Ayam
- Ikan bilis goreng
- Telur mata lembu
- Cabai potong
- Sup kosong

Rabu, 7 Januari 2009
Cerita Fasal Kemalasan, Boleh?
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka, tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, Raja membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya "Saya adalah yang paling malas!"
Raja pun bertanya "Apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut, "Kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya."
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi, katanya, "Saya lebih malas lagi daripada dia, tuanku."
Raja pun bertanya kepadanya, "Sampai mana pulak tahap malas awak?"
Maka jawabnya, "Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan."
Maka Raja pun terdiam...
Tanpa disangka-sangka datang seorang lelaki kepadanya sambil
berkata, "Saya adalah yang paling malas, tuanku."
Raja pun bertanya, "Bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
leLabu pun menjawab, "Nak cerita pun malas..."
Kesimpulannya: Aku tengah bermalas-malasan. Boleh gitu? Terima kasih kepada penghantar email cerita malas ni.

Selasa, 6 Januari 2009
Barang Lama Banyak Bagus
Masa aku balik kampung hari tu, aku sempat ambil gambar peti ais ni.
Cap Kelvinator. Umur peti ais ni sama macam umur aku, dah dekat 30 tahun. Tapi masih elok dan boleh digunakan. Nak buat air batu, memang air yang letak dalam tu akan keras sekeras kerasnya.
Sangat berbeza kualiti barang dulu dan kini. Sapa ada peti ais yang dah umur lebih 10 tahun. Aci kerat jari, susah nak jumpa. Oh, rumah aku adalah rumah pertama yang ada peti ais kat kampung tu.. heheh.
Tengok tu, kat luar dah berkarat.
Barang lama sangat bagus kot, sebab tu lah, agaknya Siti pilih Dato' K, barang lama manyak bagus ooo.. Chua Soi Lek pun pasti setuju... hahak.

Isnin, 5 Januari 2009
Kepustakaan Ilmu Dalam Bahasa Melayu
Apa isunya dengan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)? Sampai ada yang mahu mengambil tindakan undang-undang?
Aku terpaksa berfikir-fikir dengan otakku yang berkarat, kenapa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik diInggeriskan dahulu.
Yang sempat aku ingat adalah supaya pelajar-pelajar tidak berasa kekok apabila sampai ke tahap pembelajaran di universiti, sama ada di dalam dan luar negara. Kerana kebanyakan subjek pengajian tinggi bagi sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Juga kerana rujukan utama bagi subjek sains dan teknologi masih lagi bersumberkan kajian luar negara.
Juga perkembangan teknologi amat pantas berlaku.Seingat aku, masa aku membaca komik GTO dalam awal tahun 2000, di Jepun sudah ada teknologi 3g. Dalam komik itu, gadis Jepun dengan uniform sekolah, berskirt pendek dan berbuah dada besar menghubungi boyfriendnya dengan telefon 3g. Tapi, bilakah masanya Malaysia mengaplikasikan 3g? Terbelakang bukan?
Teknologi yang pantas ini, ilmunya dibukukan dalam bahasa Inggeris kebanyakkannya. Ilmu kejuruteraan elektronik yang aku pelajari dari tahun 1998-2002 pastinya sudah dianggap outdated atau obselete sekarang ini. Dan semasa aku belajar dulu pun, di universiti dalam negara, banyak proses pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Buku-buku rujukan semuanya dalam bahasa Inggeris. Sangat sedikit buku-buku rujukan dalam bahasa Melayu. Kalau ada pun dua tiga buku dari penerbit universiti.
Cuba Fahami Kerangka Isu Ini.
(1) Ilmu sains dan teknologi (buku-buku dan sebagainya) banyak dalam bahasa Inggeris. (2) Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam bahasa Inggeris juga di universiti. (3) Kebanyakan pelajar yang memasuki universiti tidak faham istilah bahasa Inggeris dalam pembelajaran sains dan teknologi. Jadi, (4) pelajar didedahkan dengan istilah bahasa Inggeris subjek sains dan teknologi sejak dari alam sekolah. Harapannya supaya pelajar lebih memahami di peringkat universiti.
Isu ini cuba diselesaikan dengan menyelesaikan masalah yang aku tandakan sebagai nombor (4), tidak cuba pula diusahakan masalah yang aku tandakan sebagai nombor (1).
Apakah akar umbi masalah sebenarnya? Adakah masalah nombor (4) atau masalah nombor (1)? Sama-sama perlu kita fikirkan.
Bagi aku penyelesaian yang terbaik adalah menyelesaikan perkara (1). Ini hujah aku:
Kepustakaan Ilmu.
Kita perlu ada himpunan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu. Usaha menterjemah karya-karya asing perlu digiatkan dan dicepatkan supaya dapat mengejar perkembangan ilmu yang pantas itu. Kerajaan Islam dulu-dulu, berkembangnya tamadun mereka kerana cendikiawan mereka sibuk menterjemah sumber dari bahasa asing. Baghdad pernah menjadi tempat perkumpulan buku-buku ilmiah - Baitul Hikmah, sebuah pusat penterjemahan. Namun semuanya hancur selepas kedatangan Mongol.
Penerbit-penerbit di universiti seharusnya menggiatkan dan menggalakkan karya terjemahan diterbitkan. Tesis-tesis dan laporan-laporan perlu semuanya dibahasa Melayukan.
Bila sumber rujukan sudah dalam bahasa Melayu, maka proses pengajaran dan pembelajaran di universiti dalam Malaysia akan berlaku dalam bahasa Melayu juga.
Pelajar universiti akan lebih faham istilah-istilah sains dan teknologi kerana ia dalam bahasa Melayu yang mereka sejak lahir atau sejak alam sekolah lagi faham.
Dan tidak perlu lagi belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah kerana ilmu telah tersedia dalam bahasa Melayu.
Tamadun dan bangsa-bangsa hebat di dunia mengembangkan ilmu dalam bahasa ibunda masing-masing. Dengan cara penterjemahan, bukannya cara mempopularkan dari awal bahasa asing.
Rusia, China, Jepun, menterjemahkan ilmu ke dalam bahasa masing-masing dan mereka berjaya mengejar ketamadunan ilmu yang hebat. Negara-negara ini mengambil contoh ketamadunan ilmu yang diperkenalkan oleh khilafah Islamiyah dahulu. Jadi kenapa kita tidak mengambil contoh ini?
Dua Pilihan.
Kita mempunyai dua pilihan. Untuk menyusahkan cendikiawan, pengkaji, profesor, pensyarah dan penulis supaya mereka giat menterjemah sumber-sumber ilmu dalam bahasa asing ke dalam bahasa Melayu, dan seterusnya ilmu itu tersebar dalam bahasa Melayu. Dan dengan mudah dapat dicerna oleh anak-anak atau cucu-cucu kita.
Atau kita memberikan tanggunjawab menghadam ilmu dalam bahasa Inggeris itu kepada anak-anak kecil kita. Mereka perlu belajar bahasa Inggeris, supaya mereka menguasai ilmu, seterusnya ilmu dikembangkan dalam bahasa Inggeris juga. Dan kita paksa pula cucu-cucu kecil kita untuk belajar bahasa Inggeris lagi.. begitulah seterusnya.
Hasbullah menyatakan ini sebagai sumbatsemuadisekolahisme.
Maka tiada lagi cita-cita kepustakaan Melayu.
Dengan hancurnya kepustakaan ilmu dalam bahasa Arab, umat Islam tidak lagi gah dalam bidang ilmu. Umat Melayu bagaimana? Belum pun tercipta kepustakaan ilmu mereka! Akan adakah kehebatan ketamadunan Melayu?
Fikir-fikirkan...

Ya Allah, Kau Bantulah Saudaraku Di Palestin
Negara Arab dan Palestin
Ada yang tanya aku, kenapa negara-negara Arab tidak membantu rakyat Palestin semasa Israel menyerang mereka dengan rakus tanpa perikemanusiaan.
Jawapan senang yang terkeluar dari mulut aku ketika itu adalah sebab bangsa Arab sama jahatnya dengan Israel. Mulut tanpa insurans aku terus terbuka tanpa aku sempat merasionalkan teori aku.
Arab dan Amerika
Arab Saudi pun, tanpa segan silu membenarkan tentera Amerika menjadikan bumi mereka sebagai markas dan pusat untuk menyerang umat Islam di Iraq. Jadi, adakah negara Arab Saudi itu akan menghiraukan nasib umat Islam di Palestin.
Bangsa Yang Jahat
Dengan pantas aku berpandangan bangsa Arab adalah bangsa yang jahat. Kalau tidak kerana Islam mereka adalah bangsa yang jahat. Malah sesudah Islam pun mereka tidak mempedulikan nasib saudara Islam mereka. Betapa jahatnya mereka.
Lihat pula Mesir. Mesir mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Bangsa Arab Mesir tidak mempedulikan saudara Islam di Palestin malah menjalinkan hubungan dengan Israel. Sudah Islam dan menjadi pusat penyebaran Islam pun mereka tidak mempedulikan saudara Islam mereka. Eloknya demi menunjukkan bahawa mereka lebih mengutamakan saudara Islam mereka, hubungan diplomatik dengan Israel diputuskan.
Hampir semua negara Arab adalah negara yang kaya raya. Jika Amerika boleh membantu Israel dengan membekalkan senjata dan bantuan berbillion dollar setiap tahun. Kenapa tidak negara-negara Arab yang jauh lebih kaya daripada Amerika membantu pejuang Palestin dengan membekalkan senjata dan bantuan berbilion riyal setiap tahun. Arab Saudi pasti mampu, Qatar pasti mampu, UAE pasti mampu. Namun kenapa mereka tidak membantu? Jawapannya mudah, mereka ini bangsa yang jahat yang hanya mengaku Islam tetapi tidak mempedulikan saudara Islam yang lain. Mereka hanya mempedulikan perut mereka sendiri.
Arab dan Yahudi, Yang Mana Lebih Jahat?
Kita sering diceritakan bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang jahat kerana membelasah rakyat Palestin. Tapi bila kita ingat kembali sejarah, bangsa Arab adalah lebih jahat kerana merekalah yang mendiskriminasi bangsa Yahudi sejak zaman Nabi Musa lagi. Jahat sama jahat. Apabila satu bangsa kuat, maka yang jahat yang lemah itu menjadi mangsa.
Mungkin sebab itu juga Nabi Terakhir diturunkan di kalangan bangsa Arab. Supaya Nabi dapat membetulkan tingkah laku jahat bangsa yang jahat yang mementingkan diri sendiri itu. Oleh kerana bangsa Yahudi juga bangsa yang jahat, maka Nabi-nabi lain diturunkan di kalangan mereka. Menjadi tugas berat Nabi-nabi membawakan iman kepada kaum Yahudi dan menjadi tugas berat Nabi Muhammad membawakan iman kepada bangsa Arab.
Namun, tidak dikira beriman bila kamu tidak mencintai saudara kamu seperti mana kamu mencintai diri sendiri. Sebab itu aku berani mengatakan bangsa Arab dan bangsa Yahudi adalah bangsa-bangsa yang jahat. Negara-negara Arab boleh membenarkan Amerika menggunakan tanah air mereka untuk menyerang negara Iraq dan saudara Islam, tetapi tidak sanggup membantu kepada negara Palestin untuk membeli senjata mempertahankan diri. Tidakkah ini cukup membuktikan bahawa bangsa itu adalah bangsa yang jahat?
Demonstrasi Yang Tidak Democrazy (Sebab ada KayJay?)
Umat-umat Islam dari Asia sahaja yang kelihatan bersungguh-sungguh menyatakan kebencian kepada Yahudi walaupun tanpa duit berbilion. Aku melihat demonstrasi anti Yahudi yang cukup besar di Indonesia. Juga demonstrasi yang kecil-kecilan di Malaysia, yang kelihatannya ingin dijuarai KayJay. Namun tidak pernah pula aku melihat demonstrasi dari mana-mana negara Arab menyatakan sokongan kepada Palestin.
Kita selalu menuding jari kepada Amerika. Sudahlah. Mereka memang jahat dan membantu yang jahat. Tapi mengapa umat Islam yang paling dekat dengan Palestin tidak mahu menolong rakyat Palestin. Itu yang membuatkan aku marah.
Santau Saja Israel
Pernah aku ditanya, kenapa mereka-mereka yang hebat dalam ilmu santau tidak membentuk satu batalion penyantau lalu menyantau sahaja askar-askar Israel. Hantar sahaja santau angin, tidak perlu susah-susah tempah tiket MAS ke Palestin, kata mereka. Biar askar-askar Israel mati berbuih mulut.
Itu yang aku cakap tadi, yang jahat hanya akan menolong yang jahat. Jin-jin penyantau itu pun jin kafir, takkanlah jin itu mahu menolong umat Islam. Pastilah jin itu akan berpihak kepada Israel.
Iman Yang Lemah
Selemah-lemah iman adalah membenci dengan hati. Tapi kamu ada mulut dan tangan, setiap kali sembahyang, gunakan mulut dan tangan kamu untuk berdoa kepada Allah supaya rakyat Palestin diberi perlindungan.
Jangan jumudkan fikiran bahawa tangan digunakan untuk mengankat senjata atau menggunakan kekerasan. Tangan boleh diangkat untuk berdoa!
Allah hu Akbar!!

Mawi dan Ekin: Best Main Badminton?
Buku Mawi dan Ekin ada di pasaran. Ada orang bukak-bukak, selak-selak buku tu. Kat rumah aku sampai ada dua bijik buku tu. Bini aku kecoh-kecoh bila tengok gambar Ekin dalam tu yang tengah main badminton dengan Mawi, kejap pakai tudung, kejap tak pakai tudung.
Aku hairan apasal dia tak sibuk-sibuk, kecoh-kecoh, bila dalam gambar tu Mawi main badminton pakai seluar pendek. Dedah aurat jugak. Dalam buku tu ada gambar Ain yang dedah lurah longkang dada. Dia tak kecoh jugak...
Sama jugak kes bila sorang kawan aku mintak aku sembelih ayam yang dia baru curi. Dah mencuri tu haram, buat apa ayam hasil haram tu nak disembelih. Tetap hukum makan ayam itu haram.
Ada jugak masanya aku tulis apakah pekerjaan sebagai artis itu haram?
Rupanya ada dua tiga kali aku menulis pasal isu halal haram dalam blog ni.
Sebenarnya point aku adalah Mawi berkenan dengan Ekin, atau mahukan Ekin bertudung bukannya disebabkan Mawi mahu menjaga aurat isterinya. Kalau Mawi mahu menjaga aurat isterinya, pastinya lebih lagi dia mahu menjaga aurat dirinya sendiri. Bila Mawi sendiri bermain badminton berseluar pendek, apalah sangat dengan Ekin yang membuka tudung.
Tudung bagi orang Malaysia, hanyalah satu adat orang Melayu, bukannya satu adab Islam. Pasti korang boleh bezakan antara adat dan adab.
Jadi, bila korang belum sampai seru untuk bertudung (baca: bertudung untuk memenangi hati Mawi), maka usahlah korang bertudung kerana korang akan melihatkan kejahilan dan kebiadaban korang. Juga, kalau korang bertudung sebab janji korang sebelum pegi haji, sebelum kawin untuk bertudung, maka korang bertudung kerana manusia, bukan kerana manutup aurat.
Justeru, bertudungnya korang adalah kerana adat bukan kerana adab Islam.
Apa aku melalut ni? Korang kena ikhlaskan diri, ikhlaskan diri...
p/s: tulisan ini ditujukan khas untuk Mawi dan Ekin.

Khamis, 1 Januari 2009
Entri Buang Masa : Tak Yah Baca
Agak klise untuk mengucapkan selamat tahun baru di tahun baru. Aku lebih prefer untuk mengucapkan selamat maal hijrah. Marilah kita bersama-sama hijrah. Daripada baik kepada lebih baik, kepada better dan kepada the best. Erk! bunyi macam klise jugak! Bak kata Nasir, .. tiada kata, yang tak klise, bagai habis bahasa bermutu..
Minggu lepas aku balik ke kampung. Hari aku balik tu, hujan dari aku kat Kulim, sampailah aku ke kampung aku, masuk rumah, makan malam, tidur, duduk kat Kelantan selama 3 hari, packing barang dan balik ke Penang, still hujan. Nasib tidak bah..
Ah, entah kenapa tiba-tiba aku teringat kat seorang kawan masa universiti, bila aku tengok sticker universiti yang masih utuh kat kapcai aku tu.
Perghh.. terkenang masa aku cakap menggunakan perkataan-perkataan ek, gobok, icebox. Bila bagi tahu jalan kat orang, lu tegak jer brader.. Bila lagi aku bleh kembali menjadi pemastautin di Johor. Cara jugak kalau boleh balik Johor.. huhuh.
Kawan aku tu masa kelas Masyarakat Malaysia, lecturer ni tanya apakah perkataan-perkataan penjajah yang ditinggalkan dan digunakan oleh rakyat Malaysia. Dengan selamba dia jawab, perkataan dari Belanda yang ditinggalkan ialah... blender! Memang mangkuk mamat ni. Masa tu nametag dia tulis MKS Minh. Kitorang ingat diorang ni dari Vietnam, rupanya orang Melaka, lahabau punya budak. Sekarang ni dia mengajar kat mana aku tak tahu la... (ramai member grad pastu masuk KPLI).
Aku pun dah tak tahu nak merapu apa. Buang masa korang jer...

Langgan:
Catatan (Atom)