Selasa, 20 Januari 2009

Sup Ayam dan Nasi Goreng Kampung

Hari itu aku sakit kepala. Dengan secara automatiknya membuatkan aku berasa lapar. Memang begitu, kalau aku lapar aku akan berasa sakit kepala dan jika aku sakit kepala aku akan berasa lapar. Ceritanya sama seperti cerita ayam dan telur, yang mana keluar dahulu?

Tanpa melengahkan masa dan dengan tidak menghadirkan diri ke latihan pasukan perahu panjang di Dataran Pahlawan, aku terus ke Restoran Mimi.

Restoran Mimi terletak bersebelahan Petronas di Jalan Langgar. Petronas adalah betul-betul sebelum selekoh kiri ke Plaza Tol Alor Setar Utara. Tanpa memanaskan punggung dengan lebih lama, aku pun memesan semangkuk sup ayam panas dan sepinggan nasi goreng kampung. Oh, tidak dilupakan juga segelas teh O ais!

Sup Ayam & Nasi Goreng Kampung

Nampak macam sedap! Mungkin disebabkan aku kurang sihat ketika itu, kedua-dua masakan ini aku rasakan sungguh tidak sedap. Padahal Restoran Mimi adalah restoran kegemaran aku bila saja aku menggigil badan mahukan tom yam.

Mungkin kamu semua perlu cuba sendiri keenakan masakan ala Thai di Restoran Mimi ini.

~Aku menggunakan bahasa Melayu dengan cubaan penggunaan nahu dan tatabahasa yang betul supaya Google dapat menterjemahkan penulisan di blog ini dengan tepat. Ramai Mat-mat Salleh diluar sana yang mahu membaca blog ini, mungkin. Maaf jika kamu terasa seperti membaca buku cerita darjah satu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...