Ada yang mengetag aku lagi. Tak payah cerita panjang pasal apa dia tag ni. Aku perturunkan apa dia 16 perkara pasal diri aku.
Pandai Di Sekolah, Bodoh Di Universiti
1. Aku seorang yang pandai di alam persekolahan. Di sekolah rendah, aku mendapat nombor satu dalam setiap peperiksaan kecuali peperiksaan yang pertama kali aku duduki (awal tahun darjah 1 - masa ni blur apa dia sekolah) dan peperiksaan yang terakhir aku duduki (akhir tahun darjah 6 - sudah mula mengenal cinta monyet).
2. Di sekolah menengah aku memang terer habis. Masa orang lain sibuk study dalam minggu SPM aku sibuk khatamkan buku Imam karya bapak Mala. Itu novel pertama dan terakhir aku baca. Still, aku dapat 8A dan 2 C3 (kimia dan English). Masa minggu percubaan SPM aku sibuk khatamkan naskhah Sejarah Melayu yang penuh bahasa pelik itu.
3. Di universiti, aku sibuk mengurat awek dari satu tahun ke satu tahun yang lain. Aku pernah ada awek yang aku bagi nama manja Katak. Final year, semua kawan-kawan grad dengan 3 point plus, aku grad dengan 2.5 saja. Masih tidak menyesal. Kalau aku grad dengan above 3.0, pasti sekarang aku masih lagi kerja dalam kilang-kilang multinational seperti Sony, Panasonic, Pioneer etc. Aku suka kerja aku sekarang!
Hipokritis
4. Semasa di sekolah dan universiti, aku sibuk menganjurkan pelbagai kem motivasi. Aku menjadi penceramah dan fasilitator yang amat bagus. Tapi menyedari, semasa aku menjadi fasilitator itu aku menjadi seorang yang hipokrit, aku lupakan semua peranan itu. Aku menjadi seorang yang kosong kembali.
5. Semasa sesi public speaking untuk satu sesi interview kerja pada tahun 2004, aku memberikan talk yang cukup berkesan, sampai semua peserta lain asyik teringatkan term-term yang aku gunakan. Bagaimana untuk aku bagus semasa itu, adalah dengan menganggap semua pendengar talk aku adalah semuanya bodoh. Itu satu motivasi untuk aku. Oleh itu, sampai sekarang aku tidak mahu membodohkan orang lain, jadi kamu tidak akan melihat aku banyak bercakap.
Ketakutan dan Kegelian
6. Aku geli takut tengok katak. Sebab aku pernah dimomokkan ada orang yang pernah mati digigit katak. Aku tidak pernah belajar biologi, jadi aku percaya saja yang gigitan katak boleh mengakibatkan kematian. Jadi aku takut dengan katak.
7. Aku tidak geli. Urat-urat geli aku telah lama terputus mengakibatkan aku susah untuk geli. Cuma belaian-belaian manja di malam hari saja mengakibatkan aku sedikit kegelian dan mengalami sindrom kekerasan di bahagian-bahagian tertentu.
8. Kegelian itu, sekiranya berlaku biasanya akan berakhir dengan kenikmatan, keselesaan. Ah, kamu semua tahu apa yang aku maksudkan.
Warna dan Pemandangan
9. Aku tidak tahu kenapa aku sangat sukakan warna maroon. Mungkin sebab dulunya aku pernah belajar di IPTA yang berwarna maroon di selatan tanah air.
10. Pemandangan aku cepat kabur bila melihat pemandangan gunung-ganang, lurah-lurah dan longkang-longkang yang terdapat merata-rata dalam masyarakat kita. Bentuk-bentuk gunung, lurah dan longkang itu sangat menggiurkan. Lupakan rupa paras, itu boleh ditutup dengan paper bag.
11. Aku tidak suka memandu waktu malam kerana mata aku sensitif dengan silau. Aku perlu memeriksa mata dan menambah power spec serta darjah kesilauannya.
Kerja Dahulu Kala
12. Aku pernah bekerja menjual ais krim, kerja di bengkel kereta, memasang antena pemancar telekomunikasi dan membaiki kapal tangki. Semua kerja tersebut memerlukan aku berada di tengah panas. Dulu aku cerah sikit... haha.
13. Aku tidak pandai main bola, tapi aku tengok bola terutamanya EPL. Padan muka Chelsea kalah dengan Manchester United semalam. Oh, Kedah cuma kuat dengan adanya awang import.. hehe, pasti ada orang panas hati dengan statement aku ini.
Makanan
14. Aku sangat ketagih makan tomyam. Aku mahu selalu makan tomyam. Sekurang-kurangnya sekali seminggu, badan aku akan menggigil mahu makan tomyam. Begitu jugak dengan nasi kandar ahmediah pokok ceri, lauk ayam goreng, sayur kobis dan kuah campur..
15. Kebiasaanya, di rumah, aku yang akan memasak sebab isteri aku kurang pandai memasak. Tapi aku tetap sayang dia. Kalau dia pandai memasak macam Quntum, pasti aku sayang dia lebih lagi... hehe. Sayang jangan marah ek...
Asal Usul
16. Untuk pengetahuan kamu, aku orang Kelantan. Dilahirkan di Kelantan dan membesar di Kelantan sehingga umur 17 tahun. Kemudian aku merantau ke Johor, ke Pahang, ke Johor, ke Putrajaya, ke Pahang, ke Pulau Pinang dan sekarang di Alor Star, Kedah. Melalui percakapan aku, kamu mungkin akan tidak menyangka aku orang Kelantan, aku tidak salahkan kamu kerana kamu orang ke berapa ratus yang begitu.
Tamat. Aku tidak mahu mengetag sesiapa kali ini. Titik.
Bagus! pandai pun kau jawab tag. Kau dan aku punya persamaan di point 7, 8, 10, 11.
BalasPadam