Jumaat, 9 Januari 2009

Perutusan Hari Keputeraan Ke-29

Hehe. Bunyi macam raja-raja pulak.

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah, aku masih lagi berdiri dan bernafas di muka bumi Allah ini. Pada suatu ketika setiap hari, aku berasa sangat takut mengenangkan kengerian kedatangan malaikatul maut. Sebab itu pernah aku katakan kepada seorang rakan, aku tidak pernah ingin ingat mati. Kerana bila aku mengingatkan akan hal kematian, aku berasa sangat takut dan tiba-tiba menjadi sedih.

Namun, dalam usaha untuk melupakan perihal kematian, masih lagi setiap hari aku terfikir adakah aku akan mati dalam masa terdekat ini. Juga mengenangkan sudah dua orang adik beradik yang mengadap Ilahi, aku pasti bahawa kematian itu semakin dekat.

Dan umur yang meningkat ini juga mengingatkan aku akan hal kematian. Adakah sempat aku melepasi umur 58 tahun, bersara dan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan tenang dalam sebuah rumah, di kampung yang terpencil daripada kesibukan kota.

Biasanya, apabila ulangtahun, semua akan mengenang kembali apa yang telah dilalui dalam tahun-tahun yang sudah berlalu. Tapi aku kira, aku tidak perlu menoleh ke belakang lagi kerana yang lebih penting adalah menghadapi masa depan yang belum pasti.

Tinggal berapa tahun lagi untuk aku, aku tidak tahu. Tapi aku berharap 29 tahun yang aku gunakan sebelum ini adalah 29 tahun yang mendapat keredhaan Allah. Dan entah berapa tahun lagi untuk aku mencari keredhaanNya. Mungkin satu tahun lagi, mungkin 5 tahun lagi, atau mungkin 40 tahun lagi. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Oleh yang demikian, aku selalu mengingatkan diri aku supaya tidak mencari murkaNya, dan tidak bermegah-megah, atau mabuk dengan sedikit pangkat dan kuasa di atas dunia ini. Aku menyerahkan kepada Allah agar membukakan hati-hati rakan-rakan yang mungkin sudah terleka dengan sedikit takhta, harta  dan wanita yang diperoleh hari ini.

Aku juga berdoa agar sepanjang hidup aku nanti agar dipermudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi. Agar aku dikurniai isteri-isteri yang baik, solehah dan menghormati suaminya, anak-anak yang soleh dan solehah yang mendoakan ibubapanya, ilmu-ilmu dan harta-harta yang dapat mengalirkan pahala yang berterusan sewaktu aku dikuburkan.

Syukur kerana Allah mengurniakan sedikit masa lagi untuk aku mengejar cita-cita ini. Doakanlah keselamatan dan kebahagian, serta redha Allah sentiasa bersamaku.

leLabu dot com.

ini adalah scheduled post. aku kini di Langkawi berbengkel.

7 ulasan:

  1. selamat menyambut ulang tahun keputeraan....

    BalasPadam
  2. Isteri-isteri?

    Kah kah kah kah kah... berniat jua rupanya sang Labu ni.

    Happy birthday!

    BalasPadam
  3. semoga doa incik labu diaminkan oleh para malaikat dan dimakbulkan Allah. Amin.

    BalasPadam
  4. isteri-isteri??????????????????

    BalasPadam
  5. dlm Islam, niat nak buat benda baik dah dapat pahala. buat tak buat tu lain citer..

    BalasPadam
  6. hehe. jgn marah aaa... tinggal isteri jer la tuh. yang isteri satu lagi tu dah potong...heheh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...