Agak klise untuk mengucapkan selamat tahun baru di tahun baru. Aku lebih prefer untuk mengucapkan selamat maal hijrah. Marilah kita bersama-sama hijrah. Daripada baik kepada lebih baik, kepada better dan kepada the best. Erk! bunyi macam klise jugak! Bak kata Nasir, .. tiada kata, yang tak klise, bagai habis bahasa bermutu..
Minggu lepas aku balik ke kampung. Hari aku balik tu, hujan dari aku kat Kulim, sampailah aku ke kampung aku, masuk rumah, makan malam, tidur, duduk kat Kelantan selama 3 hari, packing barang dan balik ke Penang, still hujan. Nasib tidak bah..
Ah, entah kenapa tiba-tiba aku teringat kat seorang kawan masa universiti, bila aku tengok sticker universiti yang masih utuh kat kapcai aku tu.
Perghh.. terkenang masa aku cakap menggunakan perkataan-perkataan ek, gobok, icebox. Bila bagi tahu jalan kat orang, lu tegak jer brader.. Bila lagi aku bleh kembali menjadi pemastautin di Johor. Cara jugak kalau boleh balik Johor.. huhuh.
Kawan aku tu masa kelas Masyarakat Malaysia, lecturer ni tanya apakah perkataan-perkataan penjajah yang ditinggalkan dan digunakan oleh rakyat Malaysia. Dengan selamba dia jawab, perkataan dari Belanda yang ditinggalkan ialah... blender! Memang mangkuk mamat ni. Masa tu nametag dia tulis MKS Minh. Kitorang ingat diorang ni dari Vietnam, rupanya orang Melaka, lahabau punya budak. Sekarang ni dia mengajar kat mana aku tak tahu la... (ramai member grad pastu masuk KPLI).
Aku pun dah tak tahu nak merapu apa. Buang masa korang jer...
wah, kaler pink gitu sticker UTM. very the feminine.
BalasPadamsticker motor usm kawan aku menyebabkan aku dilepaskan mudah oleh polis trafik ketika buat roadblok. mungkin dia ingat aku budak "baik" walaupun masa tu tak der lesen. heheheh
aku masih tampal pelekat L walau dah dapat full 10 tahun lepas. apahal?
BalasPadam