Isnin, 5 Januari 2009

Mawi dan Ekin: Best Main Badminton?

Buku Mawi dan Ekin ada di pasaran. Ada orang bukak-bukak, selak-selak buku tu. Kat rumah aku sampai ada dua bijik buku tu. Bini aku kecoh-kecoh bila tengok gambar Ekin dalam tu yang tengah main badminton dengan Mawi, kejap pakai tudung, kejap tak pakai tudung.

Aku hairan apasal dia tak sibuk-sibuk, kecoh-kecoh, bila dalam gambar tu Mawi main badminton pakai seluar pendek. Dedah aurat jugak. Dalam buku tu ada gambar Ain yang dedah lurah longkang dada. Dia tak kecoh jugak...

Sama jugak kes bila sorang kawan aku mintak aku sembelih ayam yang dia baru curi. Dah mencuri tu haram, buat apa ayam hasil haram tu nak disembelih. Tetap hukum makan ayam itu haram.

Ada jugak masanya aku tulis apakah pekerjaan sebagai artis itu haram?

Rupanya ada dua tiga kali aku menulis pasal isu halal haram dalam blog ni.

Sebenarnya point aku adalah Mawi berkenan dengan Ekin, atau mahukan Ekin bertudung bukannya disebabkan Mawi mahu menjaga aurat isterinya. Kalau Mawi mahu menjaga aurat isterinya, pastinya lebih lagi dia mahu menjaga aurat dirinya sendiri. Bila Mawi sendiri bermain badminton berseluar pendek, apalah sangat dengan Ekin yang membuka tudung.

Tudung bagi orang Malaysia, hanyalah satu adat orang Melayu, bukannya satu adab Islam. Pasti korang boleh bezakan antara adat dan adab.

Jadi, bila korang belum sampai seru untuk bertudung (baca: bertudung untuk memenangi hati Mawi), maka usahlah korang bertudung kerana korang akan melihatkan kejahilan dan kebiadaban korang. Juga, kalau korang bertudung sebab janji korang sebelum pegi haji, sebelum kawin untuk bertudung, maka korang bertudung kerana manusia, bukan kerana manutup aurat.

Justeru, bertudungnya korang adalah kerana adat bukan kerana adab Islam.

Apa aku melalut ni? Korang kena ikhlaskan diri, ikhlaskan diri...

p/s: tulisan ini ditujukan khas untuk Mawi dan Ekin.

4 ulasan:

  1. wah, aku suka kalau bercakap tentang isu tudung. dan aku setuju dengan kau bahawa hawa di sini memakai tudung bukan kerana ianya satu tuntutan, tapi sebab trend. kalau pakai tudung, tapi masih berlengan pendek pun tak guna jugak kan?

    BalasPadam
  2. kiter sebenarnya lupa.. yg lelaki lupa (menasihati yg wanita), yg wanita lupa (batasan auratnya) walaupun saban hari mengucapkan kalimah2 Allah.. kalo dgn pencipta pong kita ada aurat.. inikan pula sesama makhluk

    kalo ikot norma masyarakat islam di Malaysia.. telekong tu hanyalah pakaian sembahyang.. bukan panduan batasan aurat..

    BalasPadam
  3. sila post gambar Ain dedah buah dada.

    BalasPadam
  4. errk. buku tu ada kat rumah di balik pulau. aku skang ni kat alor star.

    ko beli jer buku tu kat kedai-kedai mamak jual surat khabar yg berhampiran.

    ceh, scara x langsung mempromosikan mawi plak. apa kes anti-mawi buat promo utk mawi?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...