Masa aku balik kampung hari tu, aku sempat ambil gambar peti ais ni.
Cap Kelvinator. Umur peti ais ni sama macam umur aku, dah dekat 30 tahun. Tapi masih elok dan boleh digunakan. Nak buat air batu, memang air yang letak dalam tu akan keras sekeras kerasnya.
Sangat berbeza kualiti barang dulu dan kini. Sapa ada peti ais yang dah umur lebih 10 tahun. Aci kerat jari, susah nak jumpa. Oh, rumah aku adalah rumah pertama yang ada peti ais kat kampung tu.. heheh.
Tengok tu, kat luar dah berkarat.
Barang lama sangat bagus kot, sebab tu lah, agaknya Siti pilih Dato' K, barang lama manyak bagus ooo.. Chua Soi Lek pun pasti setuju... hahak.
barang lama payah cari...barang baik payah dapat...
BalasPadamaku setuju dengan ikram =)
BalasPadameh, rumah aku dulu pun guna peti sejuk kelvinator! hihihihi
peti sejuk rumah aku jenama National. lagi tua dari aku. mmg sgt bagus
BalasPadam