Selasa, 20 Januari 2009

Mari Memboikot Produk Israel

Ada yang masih skeptikal untuk memboikot syarikat yang ada hubungan dengan Israel. Atau produk-produk yang menyumbang ke arah kemajuan ekonomi Israel.

KFC & McDonalds

Kalau tidak menjamah ayam KFC, pasti kamu masih boleh menjamah ayam goreng di pasar-pasar malam. Aku tahu ayam goreng di pasar-pasar malam tidak sesedap mana tapi kamu patut lupakan erti kesedapan itu, kerana rakyat Palestin di sana entah makan entahkan tidak sewaktu kamu meratah ayam goreng itu.

Jika kamu bimbang ramai rakyat Malaysia yang bakal kehilangan kerja jika KFC menutup kedai di Malaysia, jangan kamu risau. Pekerja-pekerja KFC tadi boleh berniaga ayam goreng di pasar malam. Oh, bukankah kamu telah bertukar dari memakan ayam goreng KFC kepada ayam goreng pasar malam? Kamu dengan sendiri telah meningkatkan permintaan ayam goreng pasar malam, gerai menjual ayam goreng pasar malam pasti memerlukan tambahan pekerja.

Begitu juga dengan burger McDonalds. Pekerja-pekerja McDonalds bakal menjadi usahawan burger yang berjaya.

Boikot Yang Perlu

Jika kamu sekarang menggunakan pemproses Intel, maka tidak perlu kamu tidak menggunakan komputer kamu sekarang. Idea boikot barangan Israel adalah dengan tujuan untuk kamu beralih kepada barangan alternatif.

Jika label yang perlu diboikot tiada alternatifnya, maka janganlah kamu membodohkan diri kamu.

KFC, alternatifnya ayam goreng pasar malam.
McDonalds, alternatifnya burger tepi jalan.
Starbucks, alternatifnya kopi jantan atau kopi-kopi lain yang berlambak di pasaran.
Maggi, alternatifnya bihun sup.
Kotex, alternatifnya tuala good morning (?) .
Coca-cola, alternatifnya Mecca Cola.

Ah, jangan kamu memberi alasan lagi untuk tidak memboikot kerana hampir semua barang tersebut ada alternatifnya. Jangan beralasan lagi.

Boikot jangan tak boikot!

9 ulasan:

  1. tukar sket.. cuba bayangkan.. tiap kali kita ratah kfc/kunyah mc'd, ibarat kita ratah dan kunyah daging saudara islam kita di palestin.. tiap kali kita guna produk yg menyokong israel, ibarat kita gunakan sendi dan kudrat saudara palestin kita yg sedang nyawa2 ikan bersabung nyawa. Dan apa jawab kita padaNya bila ditanya ttg jihad membantu saudara seIslam di Alam Satu Lagi nnti.

    BalasPadam
  2. kotex = tuala good morning?

    ngeri aku memikirkan kemungkinan yang terjadi!

    BalasPadam
  3. betul ke kfc tidak boleh dimakan?
    katanya KFC Malaysia telah dimiliki olek Johor Copr.
    ...
    ada sesiapa yg tahu pasal nie..

    BalasPadam
  4. Suhaimi,
    i got an email re KFC. Can f/w it to u if u post ur email address...

    BalasPadam
  5. slow betol la..
    klu keseluruhan kfc kat malaysia ni hak milik org melayu sekalipun..
    hasil tahunannye kompem byar kat ibu pejabat kfc yg besar kat us tu..
    dia la pengasas n simpan resepi rahsia kfc..
    duit tu nti beli senjata utk israel laknatullah..

    BalasPadam
  6. camie_bart@yahoo.com

    tq siti

    BalasPadam
  7. wahai saudara2 kaum Musliminku, jgn la takut nak boikot produk yg membawa kenuntungan kpd Israel & sekutunya, aku penah baca blog mengenai boikot ni, memang usaha ini rumit & perlu usaha berpanjangan, ada yg prihatin sekiranya produk2 ini diboikot (spt McD & KFC) ramai org Melayu kita akan kehilangan pekerja, suka aku nak kongsi dari apa yg aku baca di Timur Tengah usaha memboikot produk yg membantu ekonomi Israel adalah sgt berjaya, Coca Cola & Pepsi hampit tak dpt menjual kerana diboikot dan keadaan ini membenarkan pesaingan yg diberi oleh Zam Cola, produk alternatif keluaran Muslim, restoran McD di Mesir & Jordan gulung tikar & mereka guna nama samaran utk cuba terus hidup tp gagal,
    jgn la risau, sbb kalau KFC & McD gulung tikar di M'sia ni kan satu perkara yg baik sbb kita Muslim tak patut sumbangkan kpd ekonomi Israel, alternatifnya kita bole makan makanan segera, ayam goreng yg kita suka tu kt Radix Fried Chicken contohnya, selain makan dpt kumpul mata kps ahli HPA, ingat la setiap brg ada alternatifnya klau kita betul2 iklhlas nak boikot & sygkan saudara2 kita yg menderita angkara perang, yg pakai Intel tu jgn la lps ni bakar plak PC korang cuma klau bole lps ni jgn la beli produk Intel/Dell, AMD kan ade.. harap AMD tak sumbangkan kpd Israel,
    jadi marilah kita teruskan usaha berpanjangan memboikot barangan Israel, hentikan makan McD, KFC, Coke, Pepsi, Spritr, product Nestle spt Milo, Nescafe, Maggi dll, yg minat hp Nokia tu, try la brand lain plak, ade je brand yg bole bagi fungsi yg sama tp korang tak sumbangkan kpd ekonomi Israel

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...