Khamis, 8 Januari 2009

Nasi Goreng Kampung Yang Sedap

Semalam aku balik kerja lambat. Aku rasa lapar. Aku singgah kedai makan Kak Ani.

Kedai makan Kak Ani terletak di Jalan Hutan Jampung. Dari Alor Star, kedai ni sebelah kiri sebelum sampai Masjid Jamek Hutan Kampung. Dari Jitra of course lah sebelah kanan lepas Masjid Jamek Hutan Kampung. :-) Kedai ini beratap rumbia. Nampak macam kedai ala-ala bunian gitu.. hehe.

Kedai Makan Kak Ani

Aku order teh O ais dengan nasi goreng kampung.

Nasi Goreng Kampung

Nasi goreng kampung kat kedai Kak Ani special sikit bagi aku. Biasanya nasi goreng kampung kat kedai lain warna putih, kat sini warna merah. Lepas tu lauk dia banyak:

  1. Sayur (bukan kangkong)

  2. Ayam

  3. Ikan bilis goreng

  4. Telur mata lembu

  5. Cabai potong

  6. Sup kosong


Biasanya kedai lain bagi sambal belacan saja. Tapi Kak Ani siap bagi cabai potong dengan sup kosong. Biasanya kedai lain dalam nasi goreng tu tader dah ayam kalau masuk ikan bilis. Biasanya kedai lain tak bagi telur mata lembu.

Yang paling penting, biasanya kedai lain caj RM3.00 untuk nasi goreng kampung tanpa telur mata lembu, ayam, cabai potong dan sup kosong. Tapi Kak Ani caj RM3.00 jugak untuk nasi goreng kampung yang ada macam-macam.

Rasa nasi goreng kampung kedai ni macam masakan kat rumah, tak macam masakan kedai tomyam. Itu yang aku suka. Maklumlah jarang merasa masakan orang rumah.

Habis makan aku bayar RM4.00 untuk nasi goreng kampung yang sedap dan teh O ais.

Pagi tadi aku ingat mahu singgah kedai Kak Ani. Cari punya cari tak jugak aku jumpa kedai Kak Ani. Aku mula gelabah bila tak jumpa kedai Kak Ani. Aku cuba tanya orang yang ada kat situ. Orang tu kata memang tak pernah ada kedai kat situ. Aku dah saspen. Adakah kedai tempat aku makan semalam kedai bunian?

.

.

.

Cheh. Rupa-rupanya aku salah jalan. Kedai Kak Ani sebelah kiri dari Alor Star, bukan Jitra. Heheh.

4 ulasan:

  1. incik, entry ini buat saya lapar incik. tolong2..

    BalasPadam
  2. aku dah lapar. skang aku nak makan nasi goreng bunian.

    BalasPadam
  3. aku da la x lunch...x kira aku nak makan nasi goreng jap lagi.....huhu

    BalasPadam
  4. len kali balik a.s. nak singgah la kat nsik goreng kak ani nih..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...