Sabtu, 30 Disember 2006

Raya Korban Di Kelantan Lebih Meriah

Setiap kali tiba hari raya korban, semua orang cakap, katanya raya di Kelantan lebih meriah. Betul ke?

Saya mula merantau sejak berumur 18 tahun. Mulanya ke Johor, kemudian ke Pahang beberapa tahun. Kemudian merantau lagi ke Johor selama beberapa tahun dan seterusnya ke Putrajaya. Terakhir, kini, saya menetap di Pulau Pinang dan berumah tangga di sini, sudah masuk tahun ketiga. Bila tiba saja hari raya korban, ketika ingin balik kampung, pasti terdengar kawan-kawan mengatakan raya korban di Kelantan lebih meriah. Mana mereka tahu?

Tadi pun semasa servis kereta, mekanik yang seorang tu bertanya,
"Raya korban di Kelantan lebih meriah kan?"

Saya tidak tahu. Bagi saya biasa-biasa saja, mungkin sebab saya selalu raya di kampung, maka saya tidak dapat bezakan di mana lebih meriah.

Saya cuma dapat satu jawapan. Raya korban di Kelantan mungkin lebih meriah kerana ibadat korban dilakukan secara gotong royong - sembelih binatang korban di depan/belakang rumah, sama-sama melapah daging, potong daging, agih-agihkan daging, masak daging untuk jamuan, semuanya dilakukan bersama-sama.

Tidak seperti ibadat korban di kebanyakan negeri lain yang menyerahkan ibadat korban untuk diuruskan oleh jawatankuasa masjid.

Jadi, di Kelantan, orang-orangnya sibuk dengan ibadat korban.

Di kebanyakan negeri lain, ahli jawatankuasa masjid saja yang sibuk dengan ibadat korban, yang lain duduk depan tv tengok sarkis. Macam mana raya korban nak meriah? :-P

~leLabu~

nota: Saya akan balik ke kampung esok, jadi, blog ini akan bersawang selama seminggu. Jumpa lagi minggu hadapan. Selamat Hari Raya Idul Adha.

Seminar Pembiayaan Kpd Peniaga & Usahawan Bumiputera

Salam Sejahtera,

Saya ada satu pengumuman. Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan seminar pembiayaan pada 13 Januari 2007 (Sabtu) dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Besar, NPC, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Seminar ini bertujuan memberi pendedahan dan menyesuaikan keperluan usahawan kepada pelbagai kemudahan pinjaman yang disediakan. Kali ini daripada bank-bank, antaranya, Bank Rakyat dan SME Bank.

Yang paling penting, anda akan mendapat format permohonan pinjaman daripada SME Bank. Kerana seminar ini sehari suntuk, makan tengahari disediakan, jangan risau, anda tidak akan dibiarkan mati kelaparan...

Berapa perlu bayar? Tak perlu bayar apa-apa!!

Jika ditanya, cakap saja saya yang ajak anda datang. Senang bukan?

Jumpa anda di sana. Cari saya di sana! Kalau ada masalah, tanyakan kepada urusetia seminar!

Ikhlas,
~leLabu~

Selasa, 26 Disember 2006

Blog Saifulsham Di Hack

Saya tidak tahu, rupanya atas muka bumi ini masih ramai yang busuk hati.

Saya mengunjungi blog Saifulsham.com tadi, dan dapati blog mereka sudah dihack. Ini kerja yang tidak bertanggungjawab. Kenapa perlu merosakkan harta orang?

Diharap gang Saifusham boleh bersabar dengan cabaran ni.

~leLabu~

Jumaat, 22 Disember 2006

Rabu, 20 Disember 2006

Untuk Melayu Pulau Pinang Lagi..

#petikan Berita Harian, 19.12.2006

PELABURAN Hartanah Bumiputera Bhd (PHBB) memulakan langkah awal dalam memenuhi matlamatnya meningkatkan pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah komersial di bandar dengan membeli tiga bidang tanah seluas 50 hektar di Pulau Pinang.

Ketiga-tiga bidang tanah itu akan dimajukan dengan projek perumahan mampu milik serta ruang perniagaan bagi memastikan Bumiputera tidak terpinggir dan kekal tinggal di bandar.

Pembangunannya akan dilaksana secara berperingkat bermula suku pertama tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2010.

PHBB, syarikat milik penuh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) yang memulakan operasinya September lalu itu, semalam memeterai dua perjanjian masing-masing dengan Island & Peninsular Development Sdn Bhd (I&P Development) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Di bawah perjanjian dengan I&P Development, ia membeli tanah pegangan bebas seluas 44.408 hektar di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada harga RM97.5 juta, sementara dengan TNB pula membabitkan tanah pegangan bebas seluas 2.4 hektar di Gelugor pada harga RM14 juta dan tanah pajakan seluas 23,140 meter persegi di Pengkalan Weld pada harga RM5 juta.

Pada majlis yang diadakan di Pulau Pinang itu, PHBB diwakili Ketua Eksekutifnya, Kamalul Arifin Othman; I&P Development oleh Pengarah Urusannya, Datuk Jamaludin Osman, manakala TNB oleh Naib Presidennya, Datuk Abdul Razak Abdul Majid.

nota: Satu lagi respon untuk isu Melayu Pulau Pinang terpinggir. Saya teringat dalam satu mesyuarat di peringkat jabatan, ada seseorang meluahkan, "Nak majukan Melayu Pulau Pinang lagi susah dari nak tolong orang asli. Orang asli, bila diberi bantuan, dibuat itu ini, tidak pandai komplen. Tapi Melayu Pulau Pinang, beratus juta pun dibantu, masih lagi komplen!"

~leLabu~

Jumaat, 15 Disember 2006

Report Percuma Lagi

Selepas The Death Of Adsense & The Death Of Internet Marketing, kini muncul satu lagi peluang untuk buat duit dengan menyebarkan laporan percuma.

Secara jujurnya, saya mendapat $18 dalam masa satu jam (belum lagi dimasukkan ke paypal saya) selepas mempromosikan laporan tersebut kepada kawan-kawan. Anda bayangkan sendiri berapa yang telah saya dapat selepas mempromosikan laporan ini selama 2 hari. Saya bertungkus lumus 2 hari pertama ini kerana saya akan bercuti ke Langkawi esok, dan pulang semula ke Penang pada hari Ahad.

Kini ada lagi satu laporan percuma yang anda boleh download iaitu "Give PPC The Finger".

Laporan ini menceritakan tentang alternatif pengiklanan kepada PPC (pay per click) dan search engine. Ia cuma setebal 11 mukasurat sahaja.

Penulis ingin memperkenalkan sistem terbarunya ModernClick.com.

Jika anda ingin cepat, terus daftar di laman web http://tinyurl.com/ygg2h4

Berita baiknya, anda boleh mendapatkan wang dengan hanya refer orang untuk download laporan percuma tersebut. Yang lebih baiknya ialah komisen diberi kepada 3 peringkat.

Peringkat 1: USD1.00
Peringkat 2: USD0.75
Peringkat 3: USD0.50

Mari kita buat kira-kira sikit ;)

Jika anda mendapat 100 orang yang download, dan 100 orang tadi mendapat 10 setiap seorang dan 1000 orang pula mendapat lagi 10, berapa yang anda akan dapat?

Peringkat 1: USD1.00 x 100 = USD100
Peringkat 2: USD0.75 x 1,000 = USD750
Peringkat 3: USD0.50 x 10,000 = USD5,000

Jumlah: USD5,850 secara percuma! Anda cuma perlu mempromosi sahaja dan tiada belian perlu dibuat.

Itu cuma illustrasi sahaja.. Semuanya bergantung kepada usaha anda untuk promosi. http://tinyurl.com/ygg2h4

Apa tunggu lagi? Daftar percuma sekarang sebelum terlambat di http://tinyurl.com/ygg2h4

Bayaran dibuat melalui paypal. Anda boleh menggunakan duit dalam akaun paypal ini untuk membeli atau membayar pelbagai servis/produk di internet.

Selamat Berjaya!!

~leLabu~

Isnin, 11 Disember 2006

Sayangi Isteri Anda!

Assalamulaikum,

Saya tahu, sudah agak lama saya tidak mengemaskini blog yang semakin bersawang ini.

Keghairahan saya untuk menjadi seorang bapa akhirnya terbantut jua. Saya bercuti dari tugas di pejabat pada 6 Disember 2006 dan esok barulah saya kembali ke ofis. Semuanya demi insan tersayang yang bergelar isteri.

Isteri saya terpaksa dimasukkan ke ward selama satu hari untuk aktiviti pembersihan rahim setelah mengalami missed abortion (saya tak tahu betul ke nama ni sebab dengar-dengar macam tu je apa yang doktor cakap). Dengan bahasa senangnya, janin itu tiada degup jantung dan terpaksa digugurkan, masa itu isteri saya sudah 11 minggu hamil.

Saya menjadi peneman setia untuk beberapa hari ini, dan tidak berkesempatan untuk menjengah blog dan penjualan ebook saya. Saya berharap semua yang mengirimkan email kepada saya bersabar. Saya sedang membalas email anda semua satu persatu.

Mungkin apa yang saya lakukan adalah sangat kecil berbanding isteri saya yang menemani saya selama ini. Walaupun sedikit kecewa kerana belum berpeluang menjadi seorang bapa, saya redha bahawa saya belum ada rezeki.

Pengajaran paling bermakna, sayangi isteri anda! Anda akan jadi kelam kabut walaupun cuma sehari ketiadaannya.

~leLabu~

Isnin, 4 Disember 2006

Ajaran Sesat Lagi..

Kebelakangan ini, berita yang menjadi topik hangat adalah berita kesesatan kumpulan Al-Arqam yang diharamkan pada tahun 1994. Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan mereka difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam dan merosakkan akidah.

Isu Aurad Muhammadiah dan Asaari Muhammad muncul kembali selepas penangkapan 100 orang dari pertubuhan Rufaqa yang sedang mendengar ceramah di Selangor. Memang sebelum ini pun saya pernah terbaca satu forum yang melibatkan penyokong Asaari. Nampak sangat ketaksuban puak-puak ini kepada pemimpin mereka.

Alhamdulillah, semua rakyat Malaysia sekarang sudah sedar bahawa ajaran menyeleweng daripada Arqam dahulu telah diwarisi Rufaqa. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar, dan berwaspada apabila berurusan dengan Rufaqa.

Khamis, 30 November 2006

Mula Berniaga

Dua hari yang lalu, keluarga saya (ditunjangi 2 orang abang ipar) memulakan perniagaan gerai burger. Perniagaan part time ini (selepas waktu bekerja) dijalankan waktu malam saja. Dah siang semua kerja...

Gerai burger tersebut diletakkan di hadapan pintu masuk ke Pangsapuri Air Putih, Balik Pulau. Bagi saya, memang ada potensi besar untuk berjaya, sebab itu adalah kawasan perumahan yang baru dibuka. Sekarang ni ramai pembeli rumah tengah usung barang masuk rumah baru.

Yang bestnya, gerai burger kami adalah gerai pertama yang tumbuh di kawasan tu. Jualan setakat ni not bad, boleh jual 30 biji burger satu malam, itu pun baru lebih kurang 10% pembeli rumah yang ada, yang lain belum masuk rumah baru lagi.

Nak best lagi, satu blok pangsapuri akan jadi asrama student sebuah kolej dekat-dekat situ. Nampak tak potensi gerai burger ni?

Best lagi, kawasan perumahan ini baru siap 50 ekar, lagi 150 ekar dalam construction lagi. Nampak tak potensi dia? Paling kurang pun gerai burger kami akan berikan servis kepada 1000 buah rumah (bila semua projek siap). Belum kira isi rumah lagi...

Yang paling penting, kami bertindak pantas. Bayangkan di kawasan perumahan yang baru dibuka, kedai-kedai belum buka lagi, tiba-tiba tercongok sebijik gerai burger dengan tebaran aroma daging goreng yang menyelerakan. Yang malas nak keluar jauh-jauh, pastinya akan merapati gerai burger kami...
Bang! Burger satu! Special!"

~leLabu~

Selasa, 28 November 2006

Resell Right : Easy Affiliate

Assalamualaikum kawan-kawan,

Kalau kawan-kawan pernah tersua dengan website yang menjual ebook Easy Affiliate, dan ragu-ragu untuk membeli, jangan risau, kerana website tersebut sememangnya diberikan hak jual semula bagi ebook Easy Affiliate saya. Saya hanya bercadang memberikan hak jual semula kepada 7 orang sahaja.

Sehingga post ini, saya telah memberikan hak jual semula kepada dua orang iaitu Labanon di www.jomberniaga.com dan juga kepada Fuad dari AlmariBuku. Saya juga mensyaratkan harga jualan tidak melebihi RM25. Hak jual semula ini pula saya hadkan untuk jualan sehingga 1 Januari 2007 sahaja. Oleh itu, siapa cepat, dia akan dapat membuat jualan, dan keuntungan disimpan untuk diri sendiri.

Sesiapa yang ingin mendapatkan ebook ini tanpa hak jualan boleh klik di sini dan lima orang pertama (sahaja) yang ingin membeli ebook dengan hak jualan, boleh klik di sini. Harga ebook tanpa hak jual semula adalah RM25 dan harga bagi ebook dengan hak jual semula adalah RM47.

Selepas 1 Januari 2007, anda tidak lagi diberikan hak untuk jualan ebook Easy Affiliate, dan mungkin saya akan menarik balik / tidak menjual lagi ebook tersebut.

Oleh itu, pesan saya, rebut peluang ini sekarang!!

~leLabu~

Ahad, 26 November 2006

Apa atau Siapa?

Bila kecoh pasal kes kononnya ramai orang melayu murtad, yang menjadi perhatian adalah siapa yang menyebarkan khabar angin tersebut, bukannya mencari bukti adakah khabar tersebut benar?

Isu murtad ini pula berkait dengan dakwaan kononnya Azhar Mansor murtad dan akan membaptiskan orang melayu yang akan murtad di Ipoh. Semua kecoh, kemudian Azhar menafikan, di satu sidang media semasa Perhimpunan Agung UMNO. Namun yang peliknya, bila diminta melafazkan syahadah, Azhar enggan. Soalan ; jika anda seorang Islam, adakah anda akan keberatan untuk bersyahadah? Di depan semua orang, malah seluruh dunia, aku akan berbangga melafazkan bahawa aku seorang Islam. Tapi tidak bagi Azhar... (semua perlu tanya diri sendiri, kalaupun Azhar masih Islam, boleh berbanggakah kita dengan orang Islam yang malu mengaku agamanya sendiri..)

Kemudian yang menjadi perhatian adalah Raja Sherina, yang menjadi pemula sebaran SMS mengatakan akan berlaku upacara pembaptisan orang melayu di Ipoh. Bagi aku, sepatutnya, yang dicari ke lubang cacing adalah benarkah apa yang dikhabaranginkan? Bukannya bertungkus lumus mencari siapa pemula sebaran SMS. Isu tidak selesai, yang ingin dipastikan benarnya adalah dakwaannya. Betulkah ramai melayu murtad?

Dengan tertawannya pemula sebaran, isu tidak dapat disenyapkan, kerana pokok pangkalnya belum diketahui. Seperti apa yang dikatakan Mufti Perak, di Berita Harian 25/11/2006:
GEORGETOWN: Kerajaan perlu menyiasat dakwaan ramai orang Melayu di negara ini murtad seperti didakwa wanita dikenali sebagai 'Raja Sherina' dan bukan menumpu kepada siapa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenainya. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata siasatan lengkap termasuk mengenai berapa ramai umat Islam yang dibaptiskan perlu dilakukan segera bagi mengelak kebimbangan umat Islam.

Katanya, pada masa ini siasatan lebih tertumpu kepada siapa yang menghantar SMS mengenai dakwaan itu berbanding isu asalnya iaitu murtad yang membimbangkan ramai umat Islam di negara ini.

Ć¢€Å“Apa yang patut kita lakukan bila dengar khabar angin itu, kita siasat lah. Kita kaji betul ke tidak (dakwaan) murtad kerana ini bukan benda kecil, sebaliknya boleh menimbulkan kekacauan.

Ć¢€Å“Bila kita (umat Islam) terasa terancam, mereka bertindak," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Islam dan Cabaran Semasa' anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.

Harussani yang enggan mengulas lanjut, menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan menasihatkan orang ramai supaya jangan bertindak sesuka hati dalam menangani isu berkenaan.

Aku pasti, kawan-kawan pun, ingin tahu benarkah ramai melayu murtad lebih daripada siapa yang sebarkan berita.

Dunia akhir zaman, beginilah keadaannya.

~leLabu~

Ada satu artikel menarik tulisan Tok Guru di sini. Cuba kita fikir-fikirkan.

Sabtu, 25 November 2006

Berniaga Untuk Dapat Keredhaan Allah (Bhg 4 - Akhir)


  • Dalam berjual beli elok bersifat sempurna, baik perilaku, tidak menganiaya dan sentiasa berlebih kurang. Jangan sekali-kali lokek, terlampau berkira sangat dalam serba-serbi, sebab sifat -sifat murah dan baik itu akan menambah berkat.

  • Hendaklah peniaga itu senantiasa menanamkan perasaan ingin untuk mendapatkan keredhaan Allah dengan cara mengeluarkan zakat harta perniagaannya sebanyak 2.5%.

  • Jangan sampai perniagaan itu melupakan atau melalaikan seseorang daripada kewajipan-kewajipan agamanya, tentang mengingat Allah, sembahyang, haji, berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturrahim, berlaku ehsan terhadap sesama manusia, menunaikan hak-hak saudara dalam Islam dan hak-hak jiran.


Selain panduan yang disebutkan itu, banyak lagi perkara yang perlu diambil ingatan oleh para peniaga. Biasanya para peniaga sentiasa sibuk, sentiasa hidup dalam angka dan akaun. Pagi, petang dan malam menghitung untung dan rugi, menghitung wang keluar dan masuk.
Nabi (saw) bersabda: Maksudnya: "Peniaga yang benar lagi amanah bersama-sama para nabi, orang-orang yang benar (siddiqqin) serta para syuhada'." (Hadis riwayat Tirmidzi)

Para peniaga yang dikehendaki oleh Allah ialah peniaga yang digambarkan daripada firmanNya:
Tafsirnya: "(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung." (Surah an-Nur: 37-38)

Kesimpulannya, peniaga yang bersama-sama para nabi, siddiqqin serta syuhada' itu ialah:

  • peniaga yang tidak dilalaikan oleh perniagaannya,

  • sentiasa menunaikan kewajipan-kewajipan agamanya,

  • mengeluarkan zakat perniagaan,

  • tidak menahan atau mengumpul barang-barang perniagaan untuk dijual dengan harga yang lebih mahal,

  • tidak menaikkan harga dengan sewenangnya,

  • tidak menipu,

  • tidak bersumpah bohong semata-mata untuk melariskan barang-barang jualan; serta

  • tidak menjual barang-barang yang tidak halal.


Semoga dengan panduan yang diberikan, para peniaga khususnya, bukan hanya akan memperolehi keuntungan, malahan mendapat rezeki yang berkat dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala.

nota: post ini telah diolah dan disesuaikan (dari segi gaya bahasa sahaja) daripada Web Jabatan Mufti Kerajaan Brunei yang berdasarkan buku Irsyad Hukum 1995, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. Rasanya Jabatan Mufti Brunei tidak berkira sangat, kerana ilmu (dan segala makhluk) itu adalah hak cipta mutlak Allah.

Selasa, 21 November 2006

Ebook Yang Aku Tulis

Lupa pulak nak mewar-warkan. Aku dah siap tulis satu ebook menerangkan cara-cara nak install program affiliate sendiri. Aku tulis ebook ni berdasarkan pengalaman sendiri, mungkin tak sesuai dengan orang lain.

Yang penting, cara-cara yang aku tunjukkan ni, adalah untuk program affiliate yang ramai digunakan oleh usahawan internet di Malaysia. Dan terbukti berkesan!

Sesiapa yang berminat, boleh ke sini. Sesiapa yang nak dapat free, boleh bagi email kat ruangan komen post ini, nanti aku emailkan (10 orang pertama sahaja). Tapi bersyarat, sapa-sapa yang nak baca free, kena bagi testimonial, komen, kritikan. Kalau tak best cakap tak best. Kalau best cakap best.

Update:

Ebook ini diberi percuma sekarang kerana gua dah bersara dari dunia perniagaan internet. Terima kasih. Download.

Laptop Masuk Bengkel

Apa khabar semua?

Memang,..memang betul. Kebelakangan ini aku agak jarang menulis. Sebabnya, di ofis agak sibuk dan tidak sempat menulis. Di rumah pula tidak berkesempatan menulis kerana laptop rosak. Hari Rabu nanti barulah spare part sampai ke Penang dan insyaAllah laptop IBM Thinkpad (Lenovo) tu akan boleh diguna semula.

Tapi agak puas hati, sebab servis IBM tu memang cepat. Aku call hari ini, esoknya dah datang technician dia. Rupanya system board rosak. Seminggu baru sampai spare part.

So, dalam minggu lepas dan minggu ini, aku akan agak kurang menulis.

Harap-harap semua masih sudi menjengok.

~leLabu~

Ahad, 19 November 2006

Berniaga Untuk Dapat Keredhaan Allah (Bhg 3)


  • Jangan bersumpah bohong, bahkan hendaklah dielakkan supaya tidak bersumpah sekalipun dalam perkara yang benar. Nabi (saw) menamakan sumpah bohong itu sebagai sumpah palsu (al-Ghamus) maksudnya orang yang bersumpah itu akan tenggelam dengan dosa di dunia dan di dalam api neraka di akhirat dan Allah tidak akan melihat orang itu pada hari akhirat. Bersumpah dengan nama Allah ketika berjual beli tidak akan mendatangkan berkat.

  • Jangan mengambil kesempatan menaikkan harga barang untuk mengaut keuntungan yang berlebihan apalagi jika harga itu telahpun ditetapkan oleh kerajaan. Menaikkan harga barang dengan kadar keuntungan yang tidak munasabah adalah suatu jenayah terhadap pengguna, kerana ini akan menyebabkan kesempitan hidup kepada pengguna-pengguna, khasnya mereka yang berpendapatan rendah.


Ma'qil bin Yasar pernah meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah (saw) semasa dia sakit yang membawa kematiannya. Dia berkata kepada orang yang di sekelilingnya: "Tolong kamu dudukkan saya supaya saya menyampaikan hadis Rasulullah (saw) kepada kamu." Setelah mereka mendudukkannya, dia pun berkata: "Saya pernah mendengar Rasulullah (saw) bersabda:
Maksudnya: "Sesiapa yang memasukkan sesuatu harga (barangan belian) orang-orang Islam dengan tujuan untuk menaikkan (harga penjualan) kepada mereka, maka adalah menjadi hak Allah untuk menempatkannya bersama tulang-tulang daripada api pada hari kiamat." (Hadis riwayat Ahmad, Thabarani dan al-Hakim)

Kemudian ada orang bertanya kepada Ma'qil: "Adakah hadis itu tuan dengar langsung daripada Nabi (saw)?" Ma'qil menjawab: "(Aku mendengarnya) bukan sekali saja bukan pula hanya dua kali ". Ertinya Nabi (saw) mengulanginya berkali-kali kerana besarnya bahaya perkara menaikkan harga jualan.

nota: Jangan boring ekk,..kita kena rileks dulu, sambung nanti...

Khamis, 16 November 2006

Berniaga Untuk Dapat Keredhaan Allah (Bhg 2)


  • Jangan menipu, mengkhianati pembeli atau memutar belit dan mengelirukan orang.


Sabda Nabi (saw), maksudnya: "Sesiapa yang menipu kita, maka dia bukan dari golongan kita." (Hadis riwayat Muslim dan lainnya)

Pernah Nabi (saw) menemui seorang sedang berjual makanan lalu disentuh makanan itu dengan jarinya didapati sebelah dalamnya basah. Maka Baginda pun bersabda kepada penjual makanan itu: "Wahai penjual apa ini?" Jawab penjual : "Itu kena hujan tadi." Sabda Baginda lagi : "Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya pembeli nampak. Barangsiapa yang menipu kita, bukan dari golongan kaum muslimin."

  • Jangan memonopoli barang-barang dagangan (menahan atau mengumpul barang-barang dagangan untuk dijual dengan harga yang lebih mahal). Memonopoli itu adalah haram.


Sabda Rasulullah (saw): maksudnya: "Barangsiapa memonopoli, maka dia adalah bersalah." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Maksud menyimpan, atau mengumpul barang-barang adalah membeli bahan makanan (contohnya) masa harganya meningkat. Sebab orang ramai nak sangat makanan ketika itu, kemudian disembunyikan dan disimpan dengan tujuan untuk dijual dengan harga yang lebih mahal. (Macam kes gula lah, sebab nak naikkan harga punya pasal, sorok gula. Tokei-tokei gula tu sedarlah, haram!)

Jika dia membeli pada waktu harga murah untuk dijual apabila harganya naik, ataupun didapati suatu masa makanan sedang banyak dan berlebih-lebihan, kemudian disimpan atau disorok bahagian yang lebih itu untuk dijual bila harganya naik, maka itu perbuatan itu dihukum terlarang (makruh) kerana akan membebankan kebanyakkan kaum muslimin.

nota: bersambung lagi...

Rabu, 15 November 2006

Jangan Cakap Besar

Kisahnya, malam Isnin, aku masuk ke ruang sembang-sembang di forum wangcyber.com.

Dalam satu topik, aku postkan satu reply pasal boleh ke komputer rosak kalau pasang berjam-jam. Mungkin ingin berbangga diri, sebab komputer aku tak penah rosak walaupun pasang lama-lama. Dan mungkin jugak sebab laptop aku pun tak penah rosak walaupun pasang lama-lama. Dalam post tu aku cakap,...tak rosak, walaupun pasang komputer/laptop lama-lama...

Sadisnya, malam Selasa, bila aku nak on kan laptop, tak boleh. Try caj bateri, tak boleh. Senang ceritanya, laptop tuh dah rosak.

Jangan cakap besar! Tuhan nak tunjuk sekejap jer. Lepas post reply dalam forum, switch off laptop, esok dah tak boleh on. Sekejap jer...

moral: Jangan cakap besar! Walaupun dalam internet. Kalau komputer kita tak pernah rosak, maka yang patut cakap, alhamdulillah....

~leLabu~

Isnin, 13 November 2006

Berniaga Untuk Dapat Keredhaan Allah (Bhg 1)

Sebagai suatu langkah ke arah mendapat keredhaan Allah dalam perniagaan, tidak kiralah offline atau online, berikut ialah beberapa garis panduan mengenai perniagaan;-





  • Jangan menjual atau membeli sesuatu kecuali dengan akad ijab dan qabul yang sah, kerana bertukar tangan di dalam jual beli tanpa ijab dan qabul tidak mencukupi, kecuali yang diharuskan oleh setengah ulama iaitu pada benda-benda yang kecil yang tidak bernilai tinggi.




  • Barang-barang yang diperniagakan itu halal, bukan yang diharamkan oleh syara' seperti arak, sekalipun yang akan membelinya bukan orang Islam, kerana laknat dalam perkara arak ini termasuk tukang perah, pembawa ke mana arak itu dihantar, tukang petik (buah untuk dijadikan arak), penjual, yang menerima hasil jualan dan lain-lain siapa saja yang terlibat dalam perkara arak ini.




  • Jangan berjual beli dengan riba, kerana riba itu suatu dosa besar dan bahaya yang berat. Banyak ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis memberikan ancaman demikian.


nota: bersambung....

Ahad, 12 November 2006

Kematian Pemasaran Internet!

Selepas laporan, kononnya tentang kematian Google Adsense, kini wujud satu lagi laporan berhubung kematian pemasaran internet pula.

Aku sudah membaca laporannya. Dan bagi aku, no comments. Biarlah rahsia!

Anda semua boleh membaca sendiri laporan tersebut di link di bawah dan nilaikan sendiri!

Get The Death of Internet Marketing now... Click here!

Jumaat, 10 November 2006

Terkenang Kat Walkie Talkie

Hari ni saja nak berkongsi pengalaman. Pentingnya alat-alat komunikasi dalam perniagaan. mesti semua orang setuju, kalau ada yang tak setuju memang dia hampeh. Masa di satu syarikat dulu, alat komunikasi yang paling penting adalah:

  1. Telefon : memang penting sangat. Telefon ni gunanya untuk pelanggan telefon tanya pasal servis syarikat, nak tanya harga barang, nak buat appointment, nak itu, nak ini. Dan supplier pulak, telefon nak kutip hutang! Bagi pekerja pulak, penting untuk komunikasi sesama sendiri. Macam aku dulu, syarikat bagi satu line handphone, pakai tanpa limit. Best ooo...kita call, syarikat yang bayar..atau namanya menghabiskan duit syarikat.

  2. Fax : ini memang penting. Untuk cepatkan apa-apa process, semua confirmation document buat melalui fax. Cepatla dapat. Apa-apa jer documents, kalau tak boleh melalui email, melalui fax.

  3. Email : ini satu alat perhubungan untuk dapatkan bisnes. Macam bos aku, kerja dia hari-hari dapatkan bisnes. Cara dia, contact by email jer, kena belajar dengan dia ni. Satu lagi sebab, semua business deal syarikat tu adalah dengan client antarabangsa, kenalah pakai email. Kita tidur, diorang jaga, susah jugak tu!

  4. Walkie talkie : ini komunikasi masa kat field jer. Dulu, masa kat syarikat tu, sebelum aku keluar, ada cadangkan ambil lesen, nanti satu dunia boleh contact pakai walkie talkie jer (sebab kerja masa tu, technician aku ni kena round satu dunia). Tapi tak tahulah, dah lama tak dengar cerita.


Rasanya, kat tempat lain pun, alat-alat komunikasi tu memang penting jugak. Cuma aku rasa, yang kurang digunanya yang walkie talkie tu. Yerlah, takkan jual buku nak pakai walkie talkie kot...

Lama jugak tak dengar cerita kawan-kawan lama. Tapi memang seronok kerja dulu. Banyak cabaran dan boleh kenal ramai orang, dari serata pelosok dunia!

nota: Kerja bahagian admin ni rasa macam bosan jer...macam tak mencabar jer.. :grin:

~leLabu~

Khamis, 9 November 2006

Stesen Minyak Tutup

Petikan BH, 9.11.2006

KUALA LUMPUR: Seramai 300 pemilik stesen minyak Esso dan Mobil di Semenanjung mengancam menutup perniagaan jika Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Mohd Safie Apdal gagal menyelesaikan isu kenaikan sewa bulanan stesen minyak yang mereka kendalikan. Fakta :

  • sebahagian daripada 600 pemilik stesen minyak di bawah ExxonMobil yang enggan menandatangani surat perjanjian pelesenan baru dengan syarikat minyak Amerika Syarikat itu bagi pembayaran kadar sewa bulanan yang kini dinaikkan sehingga 200 peratus.



  • kadar sewaan bulanan lama yang dibayar ialah 0.092 sen seliter (petrol) dan 0.04455 sen seliter (diesel).



  • kenaikan kadar sewa bulanan stesen minyak yang tinggi itu menyebabkan sesetengah pemilik stesen minyak berkenaan menghadapi kemungkinan berdepan kerugian dan seterusnya terpaksa menutup perniagaan mereka.



  • mengikut perjanjian baru, kontrak sewaan juga akan diperbaharui setiap tahun dan bukan lagi lima tahun seperti sebelum ini.



  • pemilik yang tidak bersetuju dengan syarat perjanjian baru akan dihentikan bekalan minyak.



  • malah ada sesetengah daripada pemilik stesen minyak berkenaan sudah dikenakan tindakan itu yang menyebabkan mereka terpaksa menghentikan operasi buat seketika



  • penutupan stesen minyak itu akan menyusahkan orang ramai selain menyebabkan pemilik stesen minyak Esso dan Mobil yang sesetengah daripada mereka sudah beroperasi sejak 40 hingga 60 tahun lalu kehilangan mata pencarian.


Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen-stesen Minyak Malaysia, Alang Zari Ishak, berkata Mohd Shafie mahu perkara berkenaan diselesaikan secara baik antara pengusaha minyak Esso dan Mobil dengan syarikat minyak berkenaan.

Pengarah Perniagaan Runcit Esso Malaysia Bhd, Faridah Ali, berkata anak syarikat ExxonMobil di Malaysia terdiri daripada:

  1. Esso Malaysia,

  2. ExxonMobil Borneo Sdn Bhd; dan

  3. ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd



  • sudah memulakan rundingan dengan persatuan pengedar minyak Esso dan Mobil sejak Mei lalu berhubung terma dan syarat perjanjian pelesenan baru itu.



  • sepanjang tempoh rundingan berjalan, syarikat itu masih membenarkan mana-mana pemilik stesen minyak yang sudah tamat perjanjian mengendalikan operasi menggunakan pendekatan sementara.



  • malangnya, perbincangan terbaru dengan wakil pengedar tidak mencapai sebarang penyelesaian.


nota: Patutla tadi ada stesen minyak Esso tak bukak. Kalau ikut berita ni, kenaikan sebanyak 200%, maknanya sewa seliter minyak sekarang hampir 0.2 sen. Katalah dalam sehari ada 100 kereta isi minyak, dengan 50 liter setiap kereta, dah jadi RM1000 sehari (0.2 x 100 x 50). Banyak jugak tuh, kiranya sebuah stesen minyak, kalau seratus kereta (anggaran) sehari, sewa bulanan dah RM30,000. Mungkin ada kawan-kawan yang lebih tahu?

Rabu, 8 November 2006

Amalan-amalan Semasa Mengandung

Mengandung adalah suatu harapan dan cita-cita sesebuah perkahwinan. Ia adalah suatu anugerah. Oleh sebab itu banyak amalan-amalan yang harus kita lakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal kita lahirkan itu nanti akan menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia mahupun di akhirat.

Untuk mencapai matlamat itu, anak tersebut mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau di dalam kandungan ibunya. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal.

Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an, beristighfar dan berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang.

Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:

  1. Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.

  2. Surah Yusuf, agar mendapat anak yang saleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.

  3. Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.

  4. Surah Maryam.

  5. Surah al-Ikhlas.


Sementara wirid-wiridnya pula ialah:


nota: Panduan ini dipetik daripada Jabatan Mufti Kerajaan Brunei. Sebarang kemusykilan berkaitan perkara ini hendaklah dirujuk kepada yang pakar.

~leLabu~

Selasa, 7 November 2006

Peluang Perniagaan Haram

Dalam perbincangan dengan seorang exco kerajaan negeri Pulau Pinang semalam, tersentuh isu curi motosikal yang menjadi-jadi sekarang ni. Faktanya:

  • dalam sebulan, lebih kurang 40 kejadian curi motosikal di daerah barat daya sahaja

  • motosikal yang menjadi sasaran pencuri adalah daripada jenis Honda

  • motosikal dicuri untuk ambil alat ganti (spare parts)

  • bangkai motosikal (lepas spare parts diambil) akan dihumban ke dalam sungai

  • kebanyakan motosikal yang dicuri adalah daripada jenis yang dibeli cash (menjadi satu persoalan, adakah sindiket ada kaitan dengan penjual)


Rupa-rupanya kegiatan curi motosikal ini seperti mempunyai sindiket yang terancang. Curi motosikal bukan setakat kegiatan jenayah, tetapi jenayah terancang yang membawa kepada peluang perniagaan yang menguntungkan (dan semestinya haram).

Spare parts yang diambil daripada motosikal curi ini akan dikumpulkan dan akan dieksport kembali ke negara-negara Asean lain terutamanya Vietnam (nota ringkas: ini pandangan exco terbabit, bukan pendapat peribadi aku).

Puncanya, di negara-negara Asean memang motosikal Honda (cup) menjadi kenderaan yang paling laris. Disebabkan penduduk negara-negara ini mempunyai kuasa beli yang rendah, maka permintaan kepada alat ganti (spare parts) yang murah amat-amat tinggi.

nota: Kena beringat-ingat kepada sesapa yang ada motosikal, kegiatan curi motosikal sekarang adalah bisnes yang memberikan pendapatan lumayan. Motosikal yang menjadi sasaran utama adalah Honda (cup - EX5 dll), Yamaha RXZ dan juga 125Z.

~leLabu~

Isnin, 6 November 2006

Saddam Hussein Dihukum Gantung

Berita hari ini, Saddam dijatuhkan hukuman gantung. Kenapa?
Sabit kesalahan membunuh orang awam, puak Syiah di Dujail, Iraq.

Aku pelik, macam mana rakyat Iraq sendiri boleh happy dengan keputusan tribunal yang sah-sah dikuasai Amerika. Nak kata Amerika bawak perubahan, keamanan kepada Iraq, memang tidak! Keadaan Iraq sekarang lagi teruk dari zaman Saddam.

Saddam HusseinEntahlah, bagi kita yang jadi pemerhati ni, memanglah tak logik, dan nampak macam rakyat Iraq bodoh dengan menyokong Amerika. Tapi kita tak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi seumur hidup diorang, bawah Saddam. Kita baru kenal Iraq sejak 1990, tapi mereka kenal Iraq sejak lahir.

Ahad, 5 November 2006

Sultan Johor Sokong Mahathir?

Petikan BH 5/11/2006

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Iskandar percaya Johor akan menjadi lebih maju jika Tambak Johor yang sudah beroperasi 82 tahun lalu, digantikan dengan jambatan baru.
Yang sebenarnya bagi saya, Tambak Johor itu dibuka... baru Johor ini boleh maju!"

Titahnya ketika melancarkan Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) yang kini dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Teluk Danga, di sini, semalam. Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. (nota ringkas: Aku tengok tv3 semalam. Dan nampak sangat Sultan Johor baca teks, tapi bila cakap yang ni, lancar jer, tak baca teks. Aku amat pasti, yang ni tak der dalam teks yang diberikan kepada Sultan Johor, ini macam memang dari luahan hati dia sendiri)

Baginda bangga dan yakin WPI sebagai pusat pertumbuhan ekonomi pada peringkat dunia akan membuka peluang kepada semua pihak dengan faedahnya dinikmati seluruh rakyat Johor.

Baginda turut berterima kasih kepada Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri kerana memberi peruntukan besar untuk membangunkan ekonomi Johor.

Sultan Johor kemudian meletakkan kapsul masa di Pucuk Rebung di tapak perasmian yang akan disimpan sehingga 2025.

Sebelum itu, Sultan Iskandar ketika mengumumkan nama baru SJER kepada WPI mempersoalkan penggunaan namanya.
Mengapa nama saya di sini. Orang sebenar yang menentang kerajaan Inggeris adalah Datuk (Datuk Seri Amar Diraja) Abdul Rahman Andak. Jangan lupa itu," katanya.

Abdul Rahman adalah Menteri Besar Johor kedua dan antara yang pertama menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi dalam urusan surat menyurat kerajaan Johor.

Beliau juga adalah anggota delegasi diketuai Sultan Sir Abu Bakar yang melawat Ratu Elizabeth pada 1885 untuk menandatangani perjanjian damai dengan England yang menjadikan Johor kekal tidak dijajah kuasa asing.

nota: Pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor, yang dirancangkan oleh Tun Dr Mahathir telah dibatalkan kerajaan. Sebab itulah Tun Dr Mahathir mengkritik dasar-dasar kerajaan. Namun apabila Sultan Johor bangkitkan keperluan untuk menggantikan tambak Johor ini, adakah Sultan Johor sealiran dengan Tun Dr Mahathir. Ƃ 

~leLabu~

Sabtu, 4 November 2006

Domain Parking

Domain ParkingSapa-sapa yang nak tahu pasal domain parking, boleh ke blog En Aku. Dengar khabar dia tengah siapkan projek yang ada kaitan dengan domain parking. En Aku pun ada page khusus untuk domain parking faq, refer kat dia jer lah.

Kenapa cerita pasal domain parking?

Alkisahnya, dalam perjalanan balik beraya, ketika sampai di Jeli, aku bagi Fuad pulak bawak kereta. Yer lah, dari Balik Pulau sampai Jeli aku jer yang dok pulas stereng, terasa gak nak bagi Fuad pulas, nak bagi bini aku bawak, takut tak sampai rumah.

Niat memang nak lelapkan mata barang seminit dua. Tapi tiba-tiba pulak terbukak cerita pasal bisnes internet. Dalam dok merapu, Fuad bukak cerita pasal domain parking. Menatang hape entah, tapi aku buat-buat faham la masa tuh. Yang faham gitu-gitu jer, domain parking, macam ada domain tapi tak der website, park dekat mana-mana. Nanti dapat profit daripada iklan PPC (Pay Per Click). Atau untung-untung ada orang nak beli domain tu.

Balik dari kampung barulah boleh jengok internet, sebab kat kampung tak der line, buat balik laptop pun jadi charger telefon. Pelik? Tak pelik lah, telefon sekarang kan dah canggih-canggih, caj batteri pakai laptop pun boleh. Hehe.. ;-)

Mulanya nak cari pasal domain parking, tengok-tengok blog En Aku. Pastu cari lagi di internet. Tapi sama je la apa yang diterangkan dalam blog En Aku tu. Terlebih terkurang jer.

Psst, dengar cerita, boleh tahan jugak pendapatan dari domain parking nih.

~leLabu~

Jumaat, 3 November 2006

Pantang Larang Semasa Mengandung

Teruja dengan berita gembira di pagi raya dan juga post semalam, juga berkaitan target minggu ini, iaitu mengetahui bagaimana menjadi bapa yang hebat, aku mencari apakah pantang larang semasa mengharungi situasi yang tercetus dari berita gembira itu.

Dalam mencari, berikut disertakan pantang larang orang Melayu, semasa mengandung:

  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.

  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.

  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.

  • Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.


Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:




  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.


nota: hmm, nampak macam ada ciri-ciri khurafat, dan yang halal diharamkan. Biasalah orang Melayu, yang dulunya Hindu, kalau tidak banyak, sedikit itu terbawa jugak ajaran nenek moyang. Yang penting, yang baik itu dijadikan pengajaran. Dalam proses mencari juga, amalan-amalan semasa mengandung mengikut Islam, adat-adat Melayu ni bukan boleh pakai.

~leLabu~

p/s : jangan marah kalau dalam ke-excited-an aku mendapat berita gembira, blog ini dipenuhi dengan post-post berkaitan kehamilan, bayi, bapa dan yang sewaktu dengannya. Weh, Awie pun boleh nangis masa sidang akhbar, Awie pun mat bunga, inikan pulak aku...hehe.

Khamis, 2 November 2006

Mawi Disaman

Mawi Yang Kena SamanUsahawan muda air mineral ini, yang bernama Mawi disaman kerana menggunakan maklumat orang lain dalam packaging produknya. Itulah, orang nak berniaga, dia pun nak berniaga. Kalau nak berniaga, nak jadi CEO, walaupun syarikat sendiri, sekurangnya selidiklah dulu selok belok perniagaan. Kalau pun malu nak bertanya, sekurangnya boleh baca Ebook Business Guide, bukan kena bayar pun.

Ringkasnya, intipati perlanggaran hak intelek oleh Mawi adalah :

  1. Maklumat pemakanan (nutrition) pada botol air mineral yang diedarkan

  2. Nombor lesen kebenaran

  3. Alamat kilang pengeluaran (yang sah-sah kilang orang lain)


Kalau diteliti, bukan perkara besar pun. Maklumat pemakanan senang-senang boleh hantar lab, mintak mana-mana lab buat. Lesen kebenaran senang-senang boleh mohon dengan kementerian yang berkaitan, antara lambat dengan cepat saja. Alamat kilang? Bagi alamat rumah sendiri pun boleh rasanya..hehe, yang ni kena check betul-betul.

Tapi, tak boleh nak salahkan dia 100%. Sebab ramai yang nak eksploit dia masa ni. Budak Felda ni, yang bernama Mawi mana pernah belajar pasal bisnes pun, ramailah tokei yang nampak potensi nama dia, yang dia sendiri, yang bernama Mawi tak nampak. Macam-macam bisnes boleh buat sebab brand Mawi dah memang orang kenal, dan peminat berani mati Mawi akan support.

Masuk AF pun, bukannya diajar pasal bisnes. Graduate AF pun, graduation gitu-gitu jer, tak cukup credit hours pun boleh grad.

Pengajarannya :

  • Brand Mawi dah established, sapa-sapa boleh try business proposal mereka untuk projek jv dengan Mawi, pasti untung selagi Mawi ada peminat berani mati

  • Jadi CEO bukan setakat bukak syarikat dan goyang kaki, perlu jugak belajar selok belok bisnes, dan yang penting undang-undang berkaitan bisnes

  • Air mineral Mawi, perlukan repackaging, dan dibuang unsur-unsur tidak halal (guna hak orang tanpa kebenaran - tidak halal lah kan?)


Dah lah, tak nak komen panjang-panjang. Manalah tahu, kalau post ni terbaca dek peminat berani mati Mawi, Mak Jijah alias mak mentua aku, naya aku nanti.

~leLabu~

Rabu, 1 November 2006

Berita Gembira

Aku dah balik ke Penang empat hari lebih. Tapi sengaja aku biarkan blog berblog sendiri dengan automatic post yang aku setkan sebelum balik beraya.

Berita gembira? Aku dapat berita gembira di pagi raya. Bagi yang tahu tu, tahulah. Bagi yang belum tahu lagi, tahu la nanti.

Macam takder mood nak tulis. Rasanya setakat ini dulu lah hari ni. Nanti aku hebahkan berita gembira tadi. Untuk minggu ini ada beberapa perancangan yang perlu diteliti, namely :

  1. Details for jv project with investor from UK - can be done or not?

  2. First Ebook Project - first draft to polish!

  3. Research on domain parking - what is it actually?

  4. Research on how to be... a great dad!!


Bye.

~leLabu~

Isnin, 30 Oktober 2006

Rahsia Suami

Sue tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 tahun kotak hitam itu disitu satu hari ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu .

Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya.

"Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita? "

Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab "Sayang , setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai tanda penyesalan. "

Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya.

Kemudian Sue bertanya lagi, " Tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ? "

Dengan suara terketar-ketar suaminya menjawab, "Setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ."

Ahad, 29 Oktober 2006

Jam Tiruan

Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jam tangannya. Setelah melihat sekali imbas, si pembaik jam bertanyakan tentang harga jam itu.

"Seribu ringgit," jawab lelaki itu dengan bangga.

"Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?"

Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab, "Di sinilah!"

Sabtu, 28 Oktober 2006

Nasi Kandar Line Clear

Berniaga makanan/nasi kandar tidak perlukan bangunan atau premis yang cantik. Tapi mampu menarik pengunjung setiap hari, 24 jam sehari. Fakta Line Clear:

  • nasi kandar Line Clear yang tersohor di Penang letaknya hanyalah di lorong antara dua bangunan.

  • bermula sejak dahulu, zaman jamban pakai bucket.

  • asal usul nama Line Clear : bila nak buka kedai pagi-pagi, kena tunggu pengangkut najis habis kerja, sebab lorong tadi menjadi laluan pengangkut najis. Bila kerja pengangkut najis telah selesai, maka bertempiklah pekerjanya, " Okey, Line Clear!". Semua pun mulalah menyusun meja dan sebagainya untuk mulakan perniagaan.

  • Line Clear hanya menyediakan hidangan nasi kandar yang tersedap di Penang.

  • bila ambil order, pelayan akan berkata, "Line clear!". Maksudnya, OK.

  • pekerja-pekerja Line Clear orang sama dari dulu sampai sekarang, jangan harap akan jumpa pelayan yang cantik molek. Restoran nasi kandar di seluruh Penang tak pernah ada pelayan perempuan. (yer ker?)


Line Clear boleh survive sampai hari ini. Purata harga makanan setiap orang dalam RM7.00 sekali makan. Line Clear dibuka 24 jam sehari. Pengalaman aku, Line Clear yang boleh memuatkan hampir 50 orang satu-satu masa, dan setiap masa penuh. Cubalah kira berapa keuntungan setiap hari.

Fikir-fikir, macam mana Line Clear boleh survive dan menarik pelanggan. Mungkin servis diorang yang memang baik. Nak makan nasik kandar, mai Penang, pi Line Clear!

~leLabu~

Jumaat, 27 Oktober 2006

Kurang Cocok

Seorang sahabat sedang mencari pembantu rumah dan setelah diselidik di agensi... senarai akhir... adala 3 orang wanita indonesia yang tersenarai... Banyak la soalan yang ditanya.. kesemuanya sama antara ketiga-tiga calon tu... sapa nama... umur... status... pengalaman kerja...

Calon 1

  • Apa nama?



  • Erni



  • Umur berapa?



  • 22 tahun tuan.



  • Berkahwin atau belum?



  • Ahh..tuan... masih bujang.



  • Kenapa tak kahwin?



  • Belum ada yang COCOK.


Calon 2

  • Apa nama?



  • Esah



  • Umur berapa?



  • 24 tahun tuan.



  • Berkahwin atau belum?



  • Sudah tuan...sudah ada yang COCOK.


Calon 3

  • Apa nama?



  • Piah



  • Umur berapa?



  • 23 tahun tuan.



  • Berkahwin atau belum?



  • Ahh..tuan...sudah bercerai.



  • Aii..muda-muda lagi dah bercerai?



  • Kurang COCOK tuan...


nota: Cocok sama ker dengan cucuk?

Khamis, 26 Oktober 2006

Usahawan Di Sisi Islam

Post kali ini adalah untuk memberi motivasi kepada yang baru nak berjinak-jinak dalam perniagaan atau keusahawanan. Tidak kiralah usahawan online atau offline.


Usahawan berkait rapat dengan bidang perniagaan. Dari perspektif Islam, perniagaan mempunyai ciri tersendiri. Perniagaan atau tijarah dalam bahasa Arab bermaksud Ć¢€˜pertukaranĆ¢€™.


Ibn Khaldun mentakrifkan perniagaan mengikut istilah muamalat Islam sebagai usaha untuk mendapatkan keuntungan dengan mengembangkan harta secara membeli barang dengan harga murah dan menjualkannya dengan yang lebih, sama ada barang itu tepung, tanaman, binatang ternakan atau kapas. Kadar yang lebih itulah yang dinamakan untung.


Ada beberapa ayat dalam al-Quran menyentuh mengenai perniagaan. Perkataan perniagaan di dalam al-Quran ini boleh ditafsirkan sebagai pelaksanaan dakwah atau perniagaan sesama manusia.


Firman Allah bermaksud: Ć¢€Å“Wahai orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?


Ć¢€Å“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta berjuang membela agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


Ć¢€Å“Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta tempat tinggal yang baik dalam syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar.Ć¢€ (Surah as-Saff, ayat 10 hingga 12)


Mengikut ayat di atas Allah menjanjikan syurga kepada orang yang berniaga barangan Allah dan barangan Allah ialah berdakwah.


Perniagaan di antara kita dengan Allah adalah perniagaan yang tidak mengalami kerugian. Namun, perniagaan dengan manusia ada masa menguntungkan dan kerugian.


Firman Allah bermaksud: Ć¢€Å“Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah, mendirikan sembahyang dan mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terang, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.Ć¢€ (Surah Faatir, ayat 29)


Semua mukmin amat beruntung jika mereka berniaga dengan Allah. Perniagaan yang hakiki ialah berniaga barang Allah iaitu berdakwah ke jalan-Nya. Barang dakwah ini walaupun tidak laku, kita masih mendapat keuntungan daripada Allah.


Amalan perniagaan menunjukkan tiga perkara yang berkaitan iaitu adanya proses membeli, menjual dan bertujuan mendapatkan keuntungan.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Saudagar atau perniagaan yang amanah, benar, menghayati tuntutan Islam akan ditempatkan bersama dengan syuhada pada hari kiamat kelak.Ć¢€


Seluruh ulama sependapat perniagaan adalah suatu bentuk muamalah yang fardu kifayah dalam Islam. Maka, beruntunglah orang yang menjalankan perniagaan menurut batas yang ditetapkan oleh Allah dan rasul-Nya kerana Allah menjanjikan syurga kepada golongan sedemikian.


nota: Senang cerita, dalam mengejar keuntungan dunia, jangan lupa berdakwah, nanti dua-dua dapat. Keuntungan perniagaan dapat, syurga pun dapat. Wallahu a'lam.

Rabu, 25 Oktober 2006

Jiran Miskin

Dengan tergopoh-gopoh Neva yang masih kecil itu masuk ke rumah.


"Ayah....Ibu ...!!" teriaknya.


"Jiran kita itu pasti orang miskin ....."


Si Ayah dan si Ibu sangat terkejut mendengar katanya itu kerana sesungguhnya daerah tempat tinggal mereka adalah daerah orang yang berada.


"Mengapa kamu mengatakan begitu, sayang?"


"Sebab, mereka sudah kecoh hanya kerana anaknya menelan duit syiling lima puluh sen."

Selasa, 24 Oktober 2006

Selamat Hari Raya

Di kesempatan ini aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Idilfitri kepada semua pembaca Blog Technopreneur @ leLabu.Com.

Aku juga ingin memohon maaf di atas segala keterlanjuran semasa menulis di blog ini. Kalau ada yang terluka, terguris, tersentuh, tertakpuas hati, terasa nak marah, aku dengan rendah diri memohon keampunan daripada semua.

Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu atas kelemahan diri aku sendiri.

Selamat Hari Raya Idilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas,

~leLabu~

nota: Automatic post. Aku sedang beraya di kampung, di Kota Bharu, Kelantan.

Isnin, 23 Oktober 2006

Panggilan Kecemasan

Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC. Tiba-tiba seorang menjerit..

"Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!"

Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap... dari tingkat 13 itu.

Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak tidak ada isteri..

Setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar yang dia belum berkahwin..

Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar..

Ahad, 22 Oktober 2006

September 11 - Conspiracy?

---------------Forwarded message attached.----------------------

Check this out - make sure you do the Microsoft Word thing at the end. Read below.

  1. New York City has 11 letters

  2. Afghanistan has 11 letters.

  3. Ramsin Yuseb (The terrorist who threatened to destroy the Twin Towers in 1993) has 11 letters.

  4. George W Bush has 11 letters.

  5. Antony Blair has 11 letters.


This could be a mere coincidence, but this gets more interesting:

  1. New York is the 11th state.

  2. The first plane crashing against the Twin Towers was flight number 11.

  3. Flight 11 was carrying 92 passengers. 9 + 2 = 1 1

  4. Flight 77 which also hit Twin Towers was carrying 65 passengers. 6+5 = 11

  5. The tragedy was on September 11, or 9/11 as it is now known. 9 + 1 + 1 = 11

  6. The date is equal to the US emergency services telephone number 911. 9 + 1 + 1 = 11.


Sheer coincidence?! Read on and make up your own mind:

  1. The total number of victims inside all the hi-jacked planes was 254. 2 + 5 + 4 = 11.

  2. September 11 is day number 254 of the calendar year. Again 2+ 5 + 4 = 11.

  3. The Madrid bombing took place on 3/11/2004. 3 + 1 + 1 + 2 + 4 = 11.

  4. The tragedy of Madrid happened 911 days after the Twin Tower incident.


Now this is where things get totally eerie:

The most recognised symbol for the US, after the Stars & Stripes, is the Eagle. The
following verse is taken from the Quran, the Islamic holy book:

"For it is written that a son of Arabia would awaken a fearsome Eagle. The wrath of the Eagle would be felt throughout the lands of Allah and lo, while some of the people trembled in despair still more rejoiced: for the wrath of the Eagle cleansed the lands of Allah and there was peace." That verse is number 9.11 of the Quran.

Still unconvinced about all of this?! Try this and see how you feel afterwards, it made my hair stand on end:

Open Microsoft Word and do the following:

  1. Type in capitals Q33 NY. This is the flight number of the first plane to hit one of the Twin Towers.

  2. Highlight the Q33 NY.

  3. Change the font size to 48

  4. Change the actual font to WINGDINGS


What do you think now?!

----------email tamat di sini------------------

nota: Seorang kawan mengirimkan email. Aku tak tahu la mana dia dapat email ni. Tapi bila aku cari dalam Al-Quran, takder pun ayat macam kat atas tu. Nampak macam ayat Bible jer. Tak eloklah mencemarkan kesucian Al-Quran. Ini mungkin email nih bukan orang Islam yang sebarkan, tapi musuh Islam. Yang hairannya, kita yang Islam ni dok sebar tanpa usul periksa. Apa pendapat kawan-kawan?

Sabtu, 21 Oktober 2006

Beranak Dalam Lif

Sorang pompuan tu... TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu... melalak dan tak mau keluar lif... Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni... nak bawa ke hostipal.

"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hostipal".

"Tak maulah doktor, saya malu.."

Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk
punya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"

Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak.... Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.
Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....

nota: Automatic post. Ketika ini aku dalam perjalanan balik kampung.

Jumaat, 20 Oktober 2006

Zakat Fitrah Jangan Dilupa

Assalamualaikum,

Hari ini elok kita belajar sedikit pasal zakat. Banyak jenis zakat tetapi hari ni kita khususkan kepada zakat fitrah. Hari raya pun dah dekat, jangan lupa pulak nak bayar zakat fitrah.

Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri, keluarga atau tanggungannya ialah:

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

  4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


Nilai zakat fitrah ditetapkan oleh pemerintah agama setiap negeri berdasarkan harga segantang beras (2.6 kg) /makanan ruji (ini kita ikut mazhab Hanafi, kalau ikut mazhab Syafi'i kena bagi segantang beras/makanan ruji sesuatu tempat).

Pada kebiasaannya ketua keluarga akan membayar kepada amil di masjid yang berdekatan dalam bulan Ramadhan.

Kalau bayar kepada fakir miskin pun boleh juga. Banyak lagi asnaf-asnaf yang boleh terima zakat. Sapa-sapa student yang tak boleh balik kampung sebab takder duit tambang pun boleh pergi pejabat agama minta duit zakat.

Waktu membayar (perkataan membayar digunakan sebab pakai duit, mengeluarkan jika pakai beras/makanan ruji) zakat fitrah terbahagi kepada 5 :-

  1. Waktu wajib - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya

  2. Waktu yang paling afdhal - Sebelum sembahyang hari raya

  3. Waktu sunat - Sepanjang bulan Ramadhan

  4. Waktu makruh - Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

  5. Waktu haram - Selepas terbenam matahari satu Syawal


Walau bagaimanapun dinasihatkan supaya zakat fitrah dikeluarkan pada hari pertama bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang hari raya pada satu Syawal bagi mengelakkan kesukaran kepada amil-amil yang mengutip zakat.

Berkenaan waktu yang paling afdhal mengeluarkan fitrah, terdapat banyak pendapat ulama', tetapi yang confirm ia dikeluarkan sebelum sembahyang hari raya. Seperti yang dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah seperti berikut yang bermaksud :

...Maka sesiapa mengeluarkan (fitrah) sebelum sembahyang Hari Raya maka itulah zakat yang diterima dan sesiapa mengeluarkannya sesudah sembahyang Hari Raya maka pengeluarannya itu merupakan sedekah sahaja. (Riwayat Ibnu Majah)

Maklumat lanjut boleh didapati di Pusat Urus Zakat Pulau Pinang.

Khamis, 19 Oktober 2006

Kongsi Raya - Haram atau Halal?

Kenapa mesyuarat mufti kebangsaan memfatwakan sambutan kongsi raya menjejaskan akidah (haram) ?

  • kerana membabitkan akidah. Fikir balik apa rukun Islam yang pertama. Iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.

  • jika tiada penyembahan tuhan-tuhan hindu/buddha/kristian, adakah perayaan deepavali, tahun baru cina & krismas? kerana wujud kepercayaan akan kewujudan tuhan-tuhan inilah maka terciptanya agama-agama, dan dalam agama-agama itu tercipta perayaan-perayaan.

  • bila kita menyertai perayaan-perayaan ini, secara tidak langsung kita mengiktiraf perayaan tadi, seterusnya mengiktiraf agama-agama tadi, dan seterusnya mengiktiraf tuhan-tuhan tadi.

  • bila kita mengiktiraf tuhan-tuhan lain selain Allah, maka akidah kita sudah rosak. Kita sudah mengiktiraf bahawa ada tuhan lain yang disembah selain Allah. Kita sudah kufur, bukan Islam lagi.


Kenapa pemimpin-pemimpin mengatakan tidak mengapa dan membelakangkan fatwa ulamak-ulamak, mufti-mufti?

  • kerana mementingkan perhubungan antara kaum khususnya di Malaysia. Kerana mereka menganggap boleh bersatu dengan perkongsian kebudayaan/perayaan. Mereka lupa, kebersatuan manusia hanyalah melalui agama Islam. Jika bersatu boleh diwujudkan hanya dengan berkongsi perayaan, Nabi (saw) tidak akan bersusah payah mengembangkan Islam.


Adakah perhubungan antara kaum lebih penting daripada akidah sebagai muslim?

  • berbalik kepada pegangan pemimpin-pemimpin tadi, jika tunjang perjuangan adalah kerana bangsa atau kaum, maka jawabnya, ya lebih penting.

  • jika perjuangan semata-mata kerana Allah, maka akidah lebih penting. Akidah yang lebih perlu diselamatkan, bukannya perhubungan kaum.


Apakah jalan penyelesaian paling baik/muktamad?

  • semua kaum boleh bersatu atas nama Islam - tidak kira apa bangsa, memeluk Islam, maka akidah hanya satu, tiada lagi tuhan-tuhan lain, tiada lagi agama-agama lain, dan tiada lagi perayaan-perayaan lain.

  • tidak mungkin semua bangsa boleh menjadi satu bangsa. Tetapi semua bangsa boleh menjadi satu agama.


nota: Kenapa kita yang Islam, tidak mahu menurut keputusan yang pakar dalam hal agama Islam (ulamak-ulamak, mufti-mufti). Sedangkan jika dalam bidang lain, senang sangat kita menurut keputusan yang pakar (sakit - kita ikut cakap doktor, design rumah - kita percaya pada arkitek, pengiraan matematik - kita percaya kepada guru matematik). Kenapa kita sering menganggap agama sebagai benda remeh dan mengangkat diri sendiri sebagai pakar? Mengapa ketika sakit tidak pula kita menentang arahan doktor? Fikir-fikirlah, jangan kerana beberapa pemimpin itu, akidah kita rosak.

Rabu, 18 Oktober 2006

Wordpress Theme

Kepada yang selalu mengunjungi blog ni, anda memang berada di blog yang betul!

Boring jugak bila dok pakai theme yang sama jer. Dah 3 bulan pakai theme K2 tu, dan hari nih aku tukar pakai theme Regulus pulak. Theme K2 ada sedikit kelemahan iaitu:

  • bila view dengan IE jadi tak berapa betul, salah satu post aku jadi tulisan Rusia bila view dengan IE

  • bila view dengan IE jugak sidebar akan jadi turun ke bawah, selepas main page

  • plugin sociable jadi tak best sebab antara icon letaknya jauh-jauh. Semacam jer bila aku tengok


Itu jerlah masalahnya, bukan banyak pun. Tapi kira kritikal jugak sebab masih ramai yang pakai IE bila surf internet. So, aku tak dapat deliver the best kepada yang pakai IE.

Untuk theme ni aku dah try dengan Firefox dan IE 7, dan takder masalah. Mungkin browser lain ada masalah, aku tak tahu. Sesapa yang bila view blog ni tapi tak dapat yang terbaik, atau ada error, boleh bagi komen. Komen anda amat dihargai.

Thanks.

~leLabu~

Selasa, 17 Oktober 2006

Swiss Cash ?

CashSemalam aku terima email daripada seorang kawan pasal Swiss Cash (ada lagi, ingatkan dah senyap :grin: ). Kawan semasa di UTM dulu. Tak nak percaya kawan, tak elok lah kan, sebab dia ni memang baik habis. Memang boleh dipercayai. (www.izwan3g.myswisscash.com) Mengikut maklumat dari kawan ni:

  • Swiss Cash bukannya skim piramid/skim cepat kaya

  • Swiss Cash uruskan offshore investment

  • Tidak bercanggah dengan undang-undang Malaysia sebab pelaburan di luar negara, bukan di Malaysia

  • Pelaburan yang dibuat melalui Swiss Cash tidak libatkan perjudian & arak

  • Pelaburan Swiss Cash melibatkan sektor IT, sumber asli, utiliti, pertanian dan mata wang

  • Dua Datuk yang ditahan tiada kaitan dengan Swiss Cash


Bersungguh-sungguh mengajak aku join Swiss Cash. Siap tunjuk penyata bank lagi. (memang betul dia dapat RM15 000 dalam masa beberapa bulan saja) Aku pun rasa macam hampir-hampir terpengaruh jugak. Tapi tidak kesampaian kerana :

  1. Pelaburan yang meragukan : tiada pengesahan betul ke pelaburan dibuat dalam sektor disebutkan sahaja (isu halal haram kritikal bagi aku)

  2. Ada unsur pertambahan pendapatan bila refer orang lain join, sama macam skim piramid ler kot, cuma satu level sahaja.

  3. Tiada pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia : katalah Swiss Cash lesap, (harap-harap tidak) nak report kat sapa? Kerajaan mesti tak layan punya!

  4. Yang paling PENTING : aku tak der duit nak invest, dah sedekah kat masjid ngan buat bayar zakat fitrah! (banyak pahala sedekah di bulan Ramadhan nih ;-) )


Mungkin kawan-kawan ada maklumat terkini. Yang penting kita kaji dua-dua pihak. Tak semestinya TV3 betul. Bank Negara sendiri pun beri kebenaran melabur di luar negara asal tidak lebih amount tertentu. Ada pandangan?

~leLabu~

Isnin, 16 Oktober 2006

Restoran Sri Raju

Raju - berniaga di Restoran Sri Raju. Ramai orang datang. Tiada persaingan.

Datang Raj, buka Restoran Sri Raaju betul-betul di sebelah restoran Raju. Susun atur, imej restoran semua ditiru daripada restoran Raju. Hatta signboard pun sama.

Akibatnya, Restoran Sri Raju tidak dikunjungi, tetapi Restoran Sri Raaju ramai orang - dengan mencuri pelanggan Raju.

Penyelesaian - Raju letak tanda "entrance" di depan Restoran Sri Raju, dan kembali ramai orang.

Kenapa? Sebab pelanggan ingatkan dua-dua restoran adalah sama.

Akhirnya Restoran Sri Raju dapat kembali pelanggan dengan menambah hanya satu signboard.

Brilliant Idea from Petronas!

~leLabu~

nota: Keterangan lanjut boleh didapati dengan menonton iklan Deepavali daripada Petronas.

Ahad, 15 Oktober 2006

Kasut Ketat

Seorang pengantin perempuan sedang disiapkan oleh mak andam. Malangnya, kasut untuk perkahwinannya telah hilang. Nasib baik adik perempuannya ada sepasang kasut dan meminjamkan kasut itu kepadanya.

Macam mana pun kasut itu sempit dan tak berapa muat untuk dipakai oleh pengantin perempuan. Sebab dah tak ada kasut lain, maka terpaksalah pengantin perempuan memakai kasut tersebut. Sepanjang majlis itu pengantin perempuan terpaksa menahan sakit, tapi dia masih dapat mengontrol kejelitaan di tengah majlis itu.

Sebaik tamat majlis bersanding, pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dalam bilik tidur. Perkara pertama yang hendak dibuat oleh pengantin perempuan ialah menanggalkan kasut milik adiknya itu. Kakinya pedih tak tertahan. Ketika itu keluarga lelaki dan perempuan berada tidak jauh dari bilik tidur mereka. Alangkah terperanjat mereka bila mendengar bunyi suara perempuan mendengus dan mengerang kesakitan dari bilik pengantin.

Tiba-tiba terdengar pengantin lelaki berkata, "Osshh! Ketatnya!".

Keluarga pengantin perempuan dengan bangga berkata kepada keluarga sebelah lelaki, "Kan saya dah cakap, anak perempuan saya tu masih dara lagi....."

Tak berapa lama kemudian terdengar pengantin perempuan menjerit kesakitan. Pengantin lelaki berkata, "Akhirnya dapat juga cabut. Jangan takut sakit sikit je sayang".

Kedua-dua keluarga bertambah hairan bila terdengar pengantin lelaki berkata, "Mari cuba yang satu lagi. Yang ni abang rasa mesti lebih ketat. Jangan takut, kita buat perlahan-lahan. Sayang, tahan ye."

Keluarga kedua belah pihak berpandangan kehairanan...ahak..ahak...ahak......

moral: kena ler standby...kasut kahwin 2 ker..3 ker..... Tak ler kalut macam kejadian di atas...

Bertambah Ilmu

Hari ni macam sesi muhasabah diri. Dah berbulan (lebih kurang 3 bulan) serius berblog, aku ingin lihat kembali apa ilmu yang diperolehi, dan apa ilmu yang bertambah.

  1. Wordpress - dulu tak pernah tahu pasal wp sebab ada blog di blogdrive & blogspot sahaja. Sekarang dah tahu serba sedikit pasal wp. Macam mana nak install, themes, plugins etc.

  2. Domain name & hosting - dulu pakai blogdrive & blogspot, free dan tak perlu hosting berbayar. Sekarang dah ada domain name sendiri dan hosting berbayar. Sebab itu juga, telah belajar bagaimana nak gunakan ftp etc. Sekarang pakai SmartFTP untuk upload & download apa-apa ke/dari server.

  3. HTML - dulu memang tak ambil kisah langsung pasal HTML sebab tak pernah ada website. Sekarang perlu jugak tahu, dan tahu serba sedikit walaupun masih perlukan WYSIWYG editor untuk bina website.

  4. PHP - dulu tak tahu langsung pasal PHP. Sekarang sudah tahu serba sedikit. Terima kasih kepada kelas PHP MdPai. Sekarang sudah tahu macam mana nak install script PHP sendiri. Script affiliate pun dah tahu macam mana nak install.

  5. Photoshop - dulu sepatah haram pun tak tahu macam mana nak guna. Sekarang dah boleh buat design sikit-sikit. Kalau dihitung, aku baru kenal Photoshop dalam sebulan lebih. Itu pun jenuh mencari masa nak belajar. Alhamdulillah ada buku pasal Photoshop yang ditulis oleh pensyarah UTM.

  6. Firefox - dulu asyik sangat pakai IE. Sekarang sudah bertukar kepada Firefox. Yang boleh aku cakap, Firefox lebih laju, tapi ada jugak yang tak best.


Mungkin ada lagi. Nanti muhasabah diri lagi. Muhasabah diri ni perlu setiap masa. Harap-harap ilmu pasal komputer dan internet aku akan lebih bertambah.

~leLabu~

Jumaat, 13 Oktober 2006

Naza Di Bertam, Pulau Pinang

Naza akan membuka satu lagi kilang pemasangan kenderaan di Bertam Pulau Pinang (baru dengar penerangan daripada pengurusan Naza). Sebagai perkongsian dengan semua, aku senaraikan potensi-potensi untuk usahawan-usahawan, tidak kiralah bumiputera atau bukan, asalkan berminat.

  • Industrial & Office Supply (consumable materials, tools, office materials & etc)

  • Sub-material Supplier (lubricants, sealer, air condition gas, petrol & etc)

  • Engineering & Equipment Supplies (equipment supply, maintenance, fabrication, servicing, installation, inspection facilities & etc)

  • Construction & Design (building, interior design & etc)

  • ICT Supplies (system application, networking, telecommunication, computer equipments & etc)

  • Waste Material Management (wooden/cotton box scrap, paint sludge & etc)

  • Landscape (landscaping)

  • Cleaning & Services (house keeping)

  • Hotel & Catering (accommodations & foods)


Pembukaan kilang Naza di Bertam, paling tidak pun akan memberi peluang bisnes kepada 400 lebih pembekal. Sebab kilang Naza di Gurun memberi peluang kepada 200 lebih pembekal, dan kilang di Bertam akan sekali ganda lebih besar daripada di Gurun.

Cepatlah rebut peluang, kilang dijangka siap dalam akhir 2007.

~leLabu~

Khamis, 12 Oktober 2006

Roda-roda Kehidupan

Tulisan ini adalah respons tidak langsung kepada catatan Fuad di Almari Buku.

Kalau nak diikutkan, roda kehidupan aku sekarang ini berada di bawah. Ukuran yang aku gunakan adalah keseronokan untuk bekerja dan menyiapkan kerja.

  • Semasa di atas : Aku rasa begitu semangat nak datang kerja. Seronok. :smile:



  • Semasa di bawah : Aku mencari alasan untuk tidak datang kerja. Tak seronok. :sad:



  • Semasa di atas : Tanggung kerja orang lain, dapat elaun tanggung kerja RM433 sebulan. Seronok. :grin:



  • Semasa di bawah : Elaun tanggung kerja dipotong, sedang aku masih lagi tanggung kerja 1 setengah orang lain. Tak seronok. :cry:


Terasa betul-betul tiada motivasi untuk bekerja, bila elaun dipotong. Dulu, aku buat kerja 2 orang aku dapat elaun, sekarang buat kerja 2 orang setengah, tak dapat elaun. Terkadang rasa sakit hati. Kerja teruk-teruk tapi tak dapat apa-apa.

Inilah roda-roda kehidupan, kejap di atas, kejap di bawah. Kejap ada, kejap tak der (macam biskut). Kejap senang, kejap susah.

Dah la kontrak dah nak abis (masa abis kontrak kira roda tu pancit ler kot). Nampak gaya kena cari kerja lain ni.

Err.., encik, ada keje kosong tak? :oops:

~leLabu~

Rabu, 11 Oktober 2006

Jelingan Ayah

Apa kata kita baca kisah lucu ni. Untuk banyak lagi kisah lucu, boleh ke sini. Kisahnya begini,..(bukan kisah aku, kisah penulis asal cerita ni.)


Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.

Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.

Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi.

Apalagi, melatahlah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. Tak kiralah tok imam sembahyang maghrib ke, isyak ke, hatta sembahyang tarawih sekalipun.

Selasa, 10 Oktober 2006

Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum,

Sempena nuzul al-quran, eloklah kiranya, kita belajar dan memahami apakah kandungan al-quran dan apakah hikmahnya diturunkan al-quran.

Anda boleh ke sini. Dan bacalah, semoga kita semua beroleh manfaat.

Selamat Memperingati Peristiwa Nuzul Al-Quran!

~leLabu~

Isnin, 9 Oktober 2006

Senator Klon AP

Petikan Berita Harian 9 Oktober 2006.

PUTRAJAYA: Syarikat yang dipercayai mengklon lebih 1,000 permit import (AP) kereta sehingga mengaut keuntungan RM500,000 sebulan sejak tiga tahun lalu, didapati milik seorang senator.

Kira DuitSumber-sumber berkata, senator berkenaan disyaki bekerjasama dengan anak lelakinya, juga seorang ahli perniagaan, menjalankan kegiatan menjual AP kereta klon.

Siasatan awal Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung isu itu mendapati kerajaan memang pernah meluluskan pemberian AP kepada sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama senator terbabit.

Bagaimanapun, syarikat beroperasi di Lembah Klang sejak kira-kira tiga tahun lalu itu, dikatakan diuruskan oleh anak senator berkenaan yang menjual kereta import.

Ć¢€Å“Dalam siasatan awal, senator terbabit mendakwa beliau tidak tahu menahu kegiatan menjual AP klon dikatakan dilakukan anak lelakinya menerusi syarikat terbabit.

Ć¢€Å“Adalah tidak munasabah bagi senator itu tidak mengetahui apa-apa mengenai aktiviti anak lelakinya di syarikat miliknya sendiri. Dia sepatutnya lebih bertanggungjawab dan mengambil berat,Ć¢€ kata sumber itu.

KDRM membentuk pasukan penyiasat khas diketuai Pengarah Bahagian Pencegahan, Mohamed Adnan Ariffin menyiasat kes itu dan kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara (AG) dalam tempoh terdekat.

Sumber itu berkata, KDRM mempunyai bukti kukuh selepas merampas 20 kereta mewah dijual syarikat itu menggunakan AP klon.

Walaupun siasatan turut dijalankan terhadap syarikat lain yang disyaki mengklon AP, KDRM memberi keutamaan kepada kes ini kerana ia mempunyai bukti konkrit terhadap senator berkenaan.

Semalam, Berita Minggu melaporkan sebuah syarikat milik usahawan bergelar Datuk disyaki mengklon lebih 1,000 AP setakat ini.

Syarikat terbabit dikatakan, menjual AP yang diklon dengan harga antara RM30,000 hingga RM40,000 setiap satu kepada syarikat pengimport yang berdaftar dengan kerajaan.

Laporan itu adalah susulan kenyataan Ketua Pengarah KDRM, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid, Jumaat lalu yang mendedahkan tiga syarikat terkemuka akan didakwa kerana disyaki melakukan tiga kesalahan berbeza mengikut Akta KDRM 1967. - NST

nota: Senangkan nak kaya? Sebab ada pengaruh politik, mohon AP dapat, jual AP, klon pulak AP. Nak cari makan pun biarlah halal. Lepas ni jangan pulak muncul si YB Jasin backing si Senator ni sudah. Syabas KDRM yang tak takut dengan orang politik!

Ahad, 8 Oktober 2006

Kuih Raya

Semalam menjadi driver untuk membeli barang-barang buat kuih raya.

Dah dekat-dekat raya, pastinya bisnes kuih raya menjadi keutamaan. Termasuklah mak mentua aku. Tapi tahun ni tak bukak bisnes, buat untuk makan sendiri sahaja. Maklumlah dia sibuk jadi pengasuh 3 orang cucu dan 3 orang lagi cucu saudara.

Sesiapa yang nak bahan-bahan mentah yang murah untuk buat kuih, untuk bisnes atau untuk makan sendiri, boleh cuba ke Lebuh Carnavon, Pulau Pinang. Cari satu kedai yang namanya Sim Hin (aku pun lupa..lebih kurangla bunyi nyer). Kedai tu kira macam one stop centre untuk bahan-bahan buat kuih. Murah, dan boleh beli secara runcit atau borong.

Bukanlah aku nak promosikan kedai tersebut, tujuan utama untuk mereka yang berkecimpung dalam bisnes kuih raya, yang ada dekat-dekat Penang atau Kedah boleh dapat bekalan bahan mentah yang murah.

Itu saja yang aku nak kongsikan hari ini.

Selamat berbisnes kuih raya!

~leLabu~

Jumaat, 6 Oktober 2006

Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku. Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rileks dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk rumah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis semua bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Khamis, 5 Oktober 2006

Dewan Cina Bantah

Assalamualaikum,

Kalau semua baca akhbar Berita Harian hari ni, ada satu tajuk di muka utama. Dewan Cina bantah usaha bantu Melayu Pulau Pinang. Apa yang dipertikaikan adalah Draf Rancangan Struktur Pulau Pinang (2005-2020). Isunya :

  1. kuatkuasakan kuota 30% bumiputera untuk unit rumah dan unit komersial;

  2. keutamaan kepada bumiputera dalam semua sektor ekonomi;

  3. 30% ruang perniagaan dalam shopping complex kepada bumiputera;

  4. kuota 30% yang tidak terjual tidak dilepaskan kepada bukan bumiputera;

  5. kuota 30% bumiputera yang tidak terjual diambil alih oleh kerajaan;

  6. penandaan plot bumiputera dalam skim perumahan.


Kenapa bumiputera di Pulau Pinang perlukan semua ini? Sebabnya, ekonomi bumiputera belum stabil. Harga hartanah di Pulau Pinang pula mahal. Kuasa beli bumiputera tidak ada. Yang akhirnya, kuasa geopolitik bumiputera di Pulau Pinang kian menipis dan terkakis.

Sampai bila pun, kuota pemilikan 30% hartanah oleh bumiputera di Pulau Pinang tidak akan tercapai selagi pendapatan kaum bumiputera tidak ditingkatkan. Kenapa?

  • pekerja kilang di level operator hampir semuanya bumiputera

  • eksekutif pula semuanya bukan bumiputera

  • bumiputera yang ingin berniaga kecil-kecilan perlu bersaing dengan peniaga bukan bumiputera yang sememangnya ada jaringan yang kuat

  • gerai di kompleks beli-belah sewanya amat tinggi

  • sebuah rumah kedai di Jelutong harga minimumnya setengah juta ringgit

  • sikap sendiri yang terlalu harapkan bantuan kerajaan


Bagi aku, yang termampu dilakukan, itulah, seperti di atas. Kita sekat. Tapi sampai bila mahu disekat? Kalau bumiputera belum mahu berubah.
Orang Cina ada kuasa beli, bumiputera tiada kuasa beli. Habis, takkanlah yang tidak terjual itu tidak dijual. Bagaimana pula dengan pemaju?

nota: cadangan-cadangan dalam draf rancangan struktur datangnya dari ofis aku, yang desk officer bahagian perumahan pulak aku. bila dewan Cina bantah, terasa pulak macam mereka membantah usaha aku. apa-apa pun, yang semua tahu, bumiputera terlalu mengharapkan bantuan. bila kita boleh berdikari?

Ada cadangan bagaimana nak tingkatkan ekonomi bumiputera?

Selasa, 3 Oktober 2006

Nasib Seorang PKS

Aku nak ceritakan pasal seorang pekerja khidmat singkat (PKS) di tempat kerja aku. Pada aku, kalau kita sudah di atas, jangan menindas yang di bawah.

Pekerja PKS, dalam perjanjiannya, hanya dibenarkan bekerja tidak melebihi lima jam sehari. Dan satu lagi klausa perjanjian yang aku nak highlightkan, pekerja PKS tidak layak menuntut elaun lebih masa. Dengan kata lain;

  1. arahan bekerja hanyalah untuk maksimum lima jam sehari;

  2. dan sebab itu, jika bekerja lebih lima jam, tidak boleh menuntut elaun lebih masa.


Ini semua dipersetujui di dalam perjanjian. Situasinya begini: Pekerja PKS tadi diarahkan oleh Penaung Kelab Ehem-ehem untuk bekerja lebih lima jam, malah sampai lebih 3 jam sehari. Persoalan aku;

  1. adakah pekerja PKS tadi layak diberi elaun lebih masa untuk 3 jam kerja lebih masa yang diarahkan dilakukan?;

  2. siapakah yang melanggar perjanjian? Penaung Kelab Ehem-ehem atau pekerja PKS;


Pendapat aku, bukan pekerja tadi yang melanggar perjanjian, kerana arahan bekerja adalah oleh Penaung Kelab Ehem-ehem. Bagi aku, sepatutnya pekerja tadi dibayar elaun lebih masa, atau arahan supaya bekerja lebih masa tadi tidak dikeluarkan. Biarlah dia senang bekerja setakat 5 jam sehari daripada bekerja tanpa dibayar upah selama 3 jam.
Dalam semangat Islamnya pulak, Nabi (saw) sendiri menyuruh dibayar upah bagi setiap pekerjaan, malah sebelum kering peluhnya. (ini bukan setakat peluh dah kering, malah diperah-perah pulak keringatnya :sad: )


Penyelesaian cadangan:

  1. pekerja PKS tadi dibayar elaun lebih masa untuk kerja lebih masa;atau

  2. arahan untuk bekerja lebih masa tidak dikeluarkan;


Dengan cadangan penyelesaian di atas, bermaksud, kedua-dua yang menandatangani perjanjian bersetuju, jika Penaung Kelab Ehem-ehem meminta pekerja PKS bekerja lebih masa, maka wajarlah untuk dibayar elaun lebih masa. Jika Penaung Kelab Ehem-ehem tidak bersedia membayar elaun lebih masa, jadi tidak usahlah meminta pekerja PKS tadi melakukan kerja lebih masa.

Kerja = dibayar upah, kerja yang tidak dibayar upah, namanya adalah perhambaan. (sukarela/sumbangan ikhlas: bila pekerja tadi ikhlas bekerja. siapa yang ikhlas bekerja setiap hari tanpa dibayar upah?)


Konklusi: Apakah Penaung Kelab Ehem-ehem sedang cuba menghidupkan kembali sistem perhambaan?

nota: Dokumen perjanjian adalah standard di seluruh Malaysia. Kalau anda seorang ketua yang bertanggungjawab, anda tidak akan memaksa anak buah anda bekerja tanpa dibayar upah. Kalau anda seorang pengurus/pentadbir yang bijak, anda pasti kenal istilah "bend the rules..." Kalau anda seorang pengurus/pentadbir yang berani, anda pasti berani membend the rules, keranaƂ  anda tahu tindakan anda menepati sunnah Nabi (saw) dan konsep perhubungan sesama manusia.

Siapa yang tidak bersetuju? Sila angkat tangan. Aku pun nak tahu macam mana nak settlekan masalah begini.

Isnin, 2 Oktober 2006

Kahwinlah Cepat

Assalamualaikum,

Post kali ini aku tujukan khas kepada sesapa yang tak kawin lagi. Kawinlah cepat, kalau boleh bulan syawal nanti, cuti sekolah, kawin. Banyak faedahnya bila berkahwin ni. Macam sabda Nabi (saw), nikah itu sunnah dia. Jangan dok simpan janggut tapi tak nak nikah, itu simpan janggut sebab minat Mike Shinoda namanya.

Apa yang akan anda dapat jika berkahwin:

1. Anda akan dapat laki atau dapat bini.

2. Bagi yang laki, anda tidak perlu lagi basuh baju, masak maggi, goreng telur. Itu semua bini anda yang comel akan lakukan. Bagi yang pompuan, anda tidak perlu lagi angkat tong gas sorang-sorang, laki anda yang gagah akan lakukan.

3. Anda tidak perlu lagi menjadi monyet, bergayutan dengan telefon. Laki atau bini anda ada di hadapan anda. Cakaplah sepuas hati, tak payah bayar bil telefon beratus sebulan. Bayar lump sum masa kawin jer, lagi untung, boleh cakap sampai bila-bila, kredit tak expired.

4. Yang laki tak payah lagi singgah warung nasi kandar sebab kat rumah bini anda dah sediakan banyak lauk untuk anda. Yang pompuan kalau tak terer masak boleh beli jer kat kedai sebab sekarang laki anda dah bagi duit gaji bulan-bulan kat anda.

5. Yang laki boleh menaikkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa 5 bulan (pengalaman sendiri :lol: ) dan susah nak turun. Yang pompuan boleh cuba naikkan berat badan dan boleh turun balik lepas 9 bulan 10 hari. Magik kan?

Apa? Tak cukup duit? ...Boleh cari duit. Tak tahu? ...Tanya la Shuth di link kat bawah. Klik jer...


Ahad, 1 Oktober 2006

Gila Kuasa

Post kali ini adalah hasil penelitian ke atas pengurusan satu kelab sukan dan kebajikan. Aku namakan sahaja kelab tersebut Kelab Ehem-ehem (KE).

KE dianggotai oleh kakitangan sebuah agensi kerajaan yang terdiri daripada semua peringkat. Daripada pegawai hinggalah pemandu. Semua kakitangan agensi tersebut adalah ahli KE secara automatik. Dari segi jawatankuasa, Pengarah agensi adalah secara automatik dilantik sebagai Penaung KE. Secara pentadbirannya, sepatutnya Penaung bukanlah pembuat keputusan, tidak lebih sebagai penasihat sahaja.

Hari Jumaat lalu aku menghadiri mesyuarat KE untuk mencapai kata sepakat untuk jumlah duit raya kepada ahli dan mencapai kata sepakat untuk mengadakan sambutan hari raya. Namun, apa yang terjadi adalah ahli jawatankuasa tidak lebih daripada menerima arahan.

Naik berbulu aku dengar ayat ini daripada mulut Pengerusi (Timbalan Pengarah) "Kita telah bersetuju untuk mengadakan sambutan hari raya di rumah Pengarah agensi (Penaung)."

Siapa kita? Kita adalah Penaung, Pengerusi & Setiausaha KE. Jadi ahli jawatankuasa lain hanya dipaksa menerima keputusan tersebut. Apabila aku bersuara, maka awal-awal lagi Penaung menolak! Siapa Penaung untuk campur tangan urusan KE. Sepatutnya mesyuarat jawatankuasa pun dia tidak sepatutnya dijemput. Aku tidak boleh bertegang leher dengan Penaung kerana dia adalah Pengarah agensi, bos aku. Jadi terang-terang dia telah memperkudakan KE untuk kepentingan peribadi. Dan aku tidak dapat berbuat apa-apa, nanti dituduh ingkar perintah.

Pengerusi pula bersuara begini, "Kami ingin mendapatkan kelulusan Penaung untuk..."

Kenapa dapatkan kelulusan Penaung? Ini KE, bukannya agensi. Dapatkanlah persetujuan ahli jawatankuasa, bukan kelulusan Penaung.

Aku sudah nampak kepincangan pengurusan KE. Semua keputusan telah awal-awal lagi dibuat. Perbincangan hanyalah antara Penaung, Pengerusi dan Setiausaha. Pastinya tidak mewakili kehendak semua ahli. Ahli jawatankuasa hanya dipanggil sebagai formaliti. Keputusan ditangan mereka. Kami hanya dibawa ke bilik mesyuarat untuk dipaksa bersetuju. Sebarang bantahan, akan dipatahkan oleh Penaung. Kelicikan mereka memang terserlah.

Kami semua tahu, apa-apa sahaja keputusan, Penaung yang akan untung. Contohnya buat sambutan hari raya di rumah Penaung, maka tidak perlulah lagi Penaung mengadakan sambutan raya di rumahnya, jimatlah perbelanjaannya. Sedangkan kami ahli-ahli KE sememangnya tidak pernah redha untuk duit KE dipergunakan untuk kepentingan Penaung semata.

Kami hanya mampu berdoa, "Ya Allah, murahkanlah rezeki Penaung kami, naikkanlah pangkatnya, agar cepat dia BERAMBUS dari sisi kami, barulah kami lega dan dapat hidup tenang dan bekerja dengan lebih bersemangat. Amin Ya Rabbal Alamin."

~leLabu~

nota: Aku hanya mewakili hasrat kakitangan bawahan, yang suara dan kehendak mereka tidak pernah dihiraukan. Penaung dan Pengerusi sepatutnya lebih mendekati kakitangan bawahan yang selama ini bertungkus lumus untuk kepentingan agensi. Janganlah terlalu memandang jawatan kalian yang tinggi. Roda ini berputar. Bila kalian sudah pencen, dengan tingkah laku kalian sekarang, tiada siapa yang ingin hormati (aku pun tak ingin). Biarlah orang hormati kerana sikap dan peribadi mulia, bukan kerana pangkat. Dan sekarang, terus terang, kami terpaksa hormati kalian kerana pangkat kalian, bila ia tiada,..entahlah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...